Salam dears,
Baru semalam Mama dapat tau tentang kewujudan Baju Melayu Hipster ni. Sebab kebetulan dalam group Whatsapp semalam ada yang bukak cerita.


(pics from Google)
Pertama kali Mama tengok gambar Baju Melayu Hipster ni terus terasa macam….kenapa baju melayu jadi camni plak dah? Lagi dibelek gambar tu, lagi rasa macam errr…macam pakai legging pun ada gak tu hehe. Mungkin sebab material kain yang digunakan atau mungkin dalam gambar je camtu, in real life lain & nampak lebih cantik kot?
Yang ni pula…errr…baju Melayu ke ni?


(pics from Google)
Hmm…tepuk dada, tanya selera.
Kalau suka, pakai je lah.
Tapi yang pastinya, pada pandangan mata Mama yang tak pandai bab bab fesyen ni, baju Melayu yang biasa lebih nampak segak & bergaya.


(pic from Google)
Timeless. Evergreen.
Kena plak yang pakai tu tall, dark & handsome…
aduhhh bisa bikin jantung ku dup dap dup dap gitu!
Ewahhh mak budak ni, gatai! hahaha 😉
Korang plak suka yang mana?
6,241 total views, 1 views today




setuju ngan mama.. ntah apa2. tah fesyen hipster tu.. geli nengok pun ada
x bkenan lnsung bj2 kt atas tu kecuali bj melayu biasa…pelik gila
aduh..hipster pulok doh…tak berkenan sgt, tapi kalu aron ajis, jul aripin dan seangkatannya pakai, lawa la kot…kihkhihk..
buruk sangat..tengok dua tiga kali nak bagi hadam,tak hadam2 jugak..pakai buat orang gelak je..dah la nampak ketat.raya2 ni biasanya nak berjalan ke rumah2 kawan,selesa ke,tak panas ke pakai macam tu..adoi..kalau takat nak buang duit bagi pereka tu kaya boleh la beli..tapi pakai untuk sekali je la kot..
Tak selesa kalau nak beraya nanti. Ketat benor..
baju melayu hipster! pg td dengar kat ultra.fm katanya dah start jual kat zalora yea..hahaha..
mcm kelako je tengoknya…seluar kating kecik…sampin singkat..
suka yg original baju melayu…smart! 🙂
Mmg tak dpt diterima fesyen ni… Buruk bebenor…
Cantik lagi baju melayu yang asal. Entah apa2 fesyen hipster ni.
macam amcam fesyen sekarang ni
Saya lagi prefer baju melayu tradisional berbanding baju melayu hipster yang sememangnya saya tak berkenan…
Biar la fesyen yg kita dh biasa tgok…ekceli pelihara keasluan..kalau dh dimodenkan sampai jd hodoh mcm tu…ermmmm rosakla kebanggaan melayu…kan….
merepek la!
baju melayu yg biasa la lagi menarik.
kita org melayu, nape baju melayu nampak gaya org bukan melayu, kan?