Salam dears,
Pagi tadi Mama gorengkan nuggets, buat bekal si kembar 3. Dalam dok berkira kira berapa ketul nugget nak bagi setiap sorang, teringat plak crita si kembar minggu lepas. Terus decide biar bagi lebih kot kot nanti ada kawan yang nak kongsi makan.
Yup, minggu lepas ada beberapa kali si kembar berkongsi bekal yang dibawa dengan kawan kawan diorang. Biasalah budak budak kan, walau ada makanan sendiri, makanan dalam pinggan/bekas orang lain jugak yang nampak best…walaupun setakat nugget cicah mayonis jer hehehe.
Yang buat Mama tersenyum simpul, bila si kembar cerita ada sorang budak darjah 2 yang diorang tak kenal pun datang kongsi makan sama sama. Mula mula Mama rasa nak marah juga, buli ambik makanan anak aku ke apa? Tapi lepas tu rasa nak tergelak bila dengan muka kehairanan si Faris kata “dia nak bagi duit kat Faris, Mama! Kenapa dia nak bagi duit kat Faris? Faris bukan uncle!”.
Mama rasa uncle yang dia maksudkan ialah uncle kantin kot hehe. Dan mungkin budak tu malas nak beratur beli makanan & bila dia tengok si kembar makan bertiga, dia datang join skali la kot…mungkin?
Lepas tu dengan muka simpati Faris kata “mama dia tak bagi bekal pun kat dia tau, sian dia”. Alahai…time tu Mama terasa…hmm biarlah bekal yang simple, tapi anak anak hargai & ada ‘kesan’ dalam hati anak rupanya 🙂
Lagipun seronok juga dengar diorang bercerita berkongsi & bertukar tukar makan bekal dengan kawan kawan. Cuma Mama pesan, jangan lah bagi semua kat kawan kawan sampai diri sendiri tak makan tau.
Hmm Mama memang tiap hari siapkan bekal, tapi very simple things je – nuggets, roti bun, muffin, kek etc etc. Nak goreng nasi ke mee ke tak terbuat lagi, sebab asyik kelam kabut je pagi pagi hehe. Air plak Mama siapkan sirap sorang sebotol.
Setakat ni memang tiap tiap hari balik bekal & air semua habis. So tak kisahlah kalau bekal yang dibawa tu simple je & yang bukan masak sendiri pun (i.e. roti bun, muffin). Tapi rasa puas, sekurang kurangnya ada & diorang tak yah berebut beratur nak membeli makanan 🙂
3,459 total views, 1 views today




seronoknya baca kisah kemba ni dekat sekolahh. rinduu pulak zaman dulu dulu 🙂
berdebar jugak nak tunggu anak masuk darjah satu nanti. hehhe.
betul3…yg penting bekalnya habis 🙂
bekal anak saya zarif, hari2 mmg wajib buat dua bekas. satu utk dia, satu lg utk kawan2 (kalo tak nnti dia x dapat makan, kawan2 'pau' habis). bawak dua bekal baru lega, semua dapat makan. alhamdulillah..
tak tau bila baca mama bagi bekal nuget, hati rasa berbunga saja..
sebab kami pun sebenarnya bekalkan naget jugak kat anak plus bun or donut.. yang tu saja yang dia makan pun.. kadang pening kepala nak bekalkan apa sebab anak kami ni sangat lah peaky eater.. sekadar isi perut break kat sekolah pun 15minit saja..
Ena kecil kecil dulu pun selalu jugak mak bekalkan makanan tapi duit taknak simpan pergi beli janjan
simple but nice :)… kdg2 mknan org mmg rasa sedap hihi
Terharu baca.. touching la.. mesti mak dia tak sempat prepare breakfast utk dia.. nasib baik kembar 3 tlg 🙂
mmg ya pun,,ank sya bekalkan Murtabak da siap potong & sos.. tgh dia terkial² buka sos,,,kwannya da makan abis makanan dia,,,sian tol.. skang sya mesti lebihkan makanan tu,,,byk lg yg senang bawa,,beli frozen samosa,,roti roll sosej,,karipap ker…
aida tiap ari pun dari dulu bekalkan anak2 dara makanan. aida x galakkan diorang beli makanan kat skola sebab nak kena beratur. buang masa…
sama la. bekal simple dimple aje 🙂
Best nye baca entry ni and dengar citer faris.. serinok tengok anaj2 makan makanan yg kita sebdiri masak kan