Salam dears,
Pagi semalam Mama sekeluarga ke panggung wayang, melayan permintaan si kembar ni lah…nak tengok Alvin and the Chipmunks: The Roadchip. Si kembar memang suka tengok kartun Chipmunks, siap pakat ‘cop’ yang mana satu watak masing masing tau. Si Fahmi mengaku jadi Alvin, Faris nak jadi Theodore dan Fauzi kata dia Simon. Cute kan? hehehe

Bagi Mama, jalan cerita Chipmunks The Roadchip ni tak banyak bezanya dengan Chipmunks sebelum sebelum ni. Jalan cerita yang simple. Alaa dah namanya pun The Chipmunks kan, cerita untuk budak budak. Fokus cerita opkos lah kenakalan Alvin, Simon dan Theodore yang menyebabkan macam macam perkara terjadi. Cuma kali ni, ada sorang remaja lelaki iaitu Miles yang terjebak sekali ikut Chipmunks.
Walaupun ceritanya simple ja, Mama enjoy tengok The Roadchip ni sebab kelakar! Si kembar 3 ni pun banyak kali ketawa berdekah dekah tau hehehe. Pastu, banyak lagu lagu yang rancak dan ‘catchy’. Jadi budak budak pun tak boring tengok.
Yang paling seronok ialah sebab tengok anak anak seronok. Nampak sangat diorang enjoy tengok wayang The Roadchip ni. Siap menari, badan bergoyang, kepala terhangguk hangguk ikut rentak musik dan bertepuk tangan dalam panggung hehehe
Nasib baiklah yang pergi tu memang majoritinya mak pak bawak anak anak. Jadi saling memahami bila anak anak tak duduk diam. Malah, Mama tengok budak budak lain pun ada gak yang bangun menari macam si kembar ni. Yang ikut menyanyi pun ada hehe
Hmm kalau nak diikutkan, cerita ni tak tengok kat panggung pun takpa. Tengok kat TV dirumah je pun dah ok dah. Tapi sekali sekala nak bagi anak anak merasa ‘movie experience’ – masuk panggung, tengok kat skrin besar sambil makan popcorn, best!
5,635 total views, 1 views today






Sesekalikan mama…nanti jadi kenangan indah untuk mereka diceritakan pada anak cucu…
Memang padan sangat tengok cerita tu. Tiga orang. Sorang boleh pilih satu.
Latih anak untuk pergi tempat2 ramai orang ni supaya diaorang pandai sesuai kan diri..memang bagus kalau sekali sekala bawak anak2 ni..
Seronoklah kembar dapat tengok citer kartun kegemaran 😀
Alamak… dulu kecik2x selalu pergi tengok. Ni nak g malu la. Takda budak kecil nak bawa g tengok. Hahahha.