Salam dears… Hujung minggu lepas kitorang sekelurga telah pegi berjoli di A’Famosa Resort Melaka, first time for all of us pi A’Famosa. Actually pi sana tu sebab ada family day company Ayah, 2 hari satu malam. Pegi Jumaat, balik Sabtu. Everything sponsored. Best wooo, benda free hehe. Cuma bayar duit minyak keta & tol jer 🙂
But unfortunately, kitorang pegi lambat and tak dapat nak masuk ke Water World. Lambat sebab pagi tu Ayah kena pi bengkel repair keta dulu. Bila kitorang sampai di A’Famosa Resort Melaka tu dah kul 4.30 petang and aktiviti yang kompeni Ayah buat kat Water World pun dah abih, diorang dah pakat nak balik bilik dah. Pastu cari tukang pegang tiket Water World tak jumpa, takat dapat kunci bilik je. So tak dapat lah si kembar nak main air kat situ, tak dak rezeki kali ni 🙁
But lepas tu bila sampai ke bilik kitorang je, terus rasa happy balik. Sebabnya kitorang dapat one condo all to ourselves. Very spacious & comfortable. Actually memula Mama risau gak nak pi family day ni, memikirkan nanti kena share apartment ngan families lain. Risau memikirkan camna laa aku nak control si kembar ni bagi tak kaco keamanan sesapa yang kena share ngan kitorang. But Alhamdulillah, dah lah tak yah share, dapat bilik yang best yang amat plak tu, yippeee!
Tambah best bila bilik mandi ada bath tub and ni first time si kembar merasa mandi dalam bathtub.Tak dapat berkubang kat WaterWorld, berkubang dalam bathtub pun jadi lah hehe. Punya laa diorang suka, celik mata pagi pagi terus mintak “Mama, nak mandi!” 🙂 Anyways, jom layan pics kitorang di A’Famosa Resort Melaka…
Tambah best bila bilik mandi ada bath tub and ni first time si kembar merasa mandi dalam bathtub.Tak dapat berkubang kat WaterWorld, berkubang dalam bathtub pun jadi lah hehe. Punya laa diorang suka, celik mata pagi pagi terus mintak “Mama, nak mandi!” 🙂 Anyways, jom layan pics kitorang di A’Famosa Resort Melaka…
Pi 2 hari 1 malam je, tapi beg macam nak nak dok seminggu hehe.
Siap bawak toto lagi tau risau kot tak cukup katil kalau room/apartment sharing.
Ni family studio, luas kan? Siap ada 2 queen beds lagi tu.
We stayed at Room 2017 @ Tower 2, Condotel.
Bilik cantik sangat. Aii loike!
Berkubang atas katil pun syiokkk.
Jenuh kena tempik nak suh tido *sigh*
Pakat syiok main belon masa makan malam.
Semasa majlis makan malam tu si kembar ni tak boleh dok diam langsung, tatau malu lari sana sini kacau orang merata. Time orang menyanyi kat stage, diorang pun join skaki pi berjoget kat depan stage hehe. Pastu time orang dok bagi hadiah lucky draw, bebudak ni dengan tatau malu pi depan mintak hadiah jugak! Last last dapat laa pencil kaler Ben 10 sorang sekotak, agaknya organizer cian tengok muka seposen budak budak nih kot hehehe. But they really enjoyed themselves 🙂
Pagi Sabtu, posing dulu sebelum masuk Animal World Safari.
Tengok laa 3 orang budak tecik tu, time bird show diorang tanpa segan silu pi masuk kat tempat show tu *sigh*
Emcee tu pun tegur kata something like “aiyoo kembar 3 – tangkap sorang kluar, lagi 2 orang masuk” hehehe
Hari Sabtu lepas lunch je kitorang dah bertolak balik. Percutian singkat, tapi sangat menyeronokkan. Harap harap lain kali ada laa rezeki kitorang nak ke sana lagi, nak masuk Water World & nak pi Cowboy Town plak. Ayah…ooo Ayahhh…baca tak nih? hahaha 😉
6,393 total views, 1 views today













Bertambah seronok bila tengok anak seronok 🙂
Jom gi same2 lenkali, mamavogue pun dah masuk dlm planning book nak ke sana..hihi.
mamavogue: yup, paling best tgk diorang enjoy themselves. jom jom…tunggu tiket murah dalam GroupOn haha 😉
huhuhu…nasib baik burung tak lari…seronok tengok anak2 enjoy walau bawa jenuh mama nak packing kain baju kan…hahaha 🙂 same experience!
bgus nya kak nani..hepy jer diorg… jaa boleh bygkan kekecohan mereka bila hepy….hihi… jaa anak satu pon dah kelam kabut!
wahh…bestnye dapat pergi short trip pergi A'Famosa !!
waaa..bergembira sakan.. sayang kembar 3
seronoknya.. da besar rasa tenang sikit kan. masa kecik je susah… meragam serentak. da besar ni, da jalan… da boleh main sendiri… 😉
Hehe..seronoknya…..
wah. meriah bila tgk anak-anak akak. hehe. hero-hero mama kembar 3
ayat last skali tu *ayah buat2 fengsan*
mama, tengok budak 3 orang ni automatik terdetik dalam hati,
indahnya ciptaan Allah ni. :')
seronok betul kembar² yer…