Salam dears… Fuhh..fuhh… Ben Ashaari buat segmen laa wehhh! Terus terkenang zaman awal awal berblog dulu, Mama kerap gak join segmen dia. Kenapa join? Saja, suka dapat menambah kenalan. Lagipun kadang kadang soalan dalam segmen tu buat kita berfikir juga. Contohnya segmen kali ni, banyak soalan nak kena jawab! Haa meh baca meh….
Kenapa anda jadi blogger?
Mama mula berblog sebab seronok tengok orang lain ada blog, boleh gitu? hehehe. Asalnya nak coretkan kenangan untuk diri sendiri ja, macam ‘online diary’. Menulis dengan harapan suatu hari nanti, bila Mama dah tiada, si kembar akan dapat baca coretan Mama di blog ni. Dan juga berkongsi cerita tentang si kembar dengan Opah Wan dan ahli keluarga yang jauh dimata.
Bila ada readers yang email bertanya pasal pengalaman Mama semasa berusaha nak dapat anak, pengalaman melahirkan dan tips membesarkan anak kembar, pasal ‘speech delay’ si kembar dan macam macam lagi lah…Mama mula sedar melalui blog ni bukan setakat berkongsi cerita, tapi secara tak langung Mama dapat membantu orang lain juga. Ada impak positif daripada celoteh Mama di blog ni rupanya, dia punya rasa puas hati tu tak tahu nak terangkan lah. Tapi menjadikan blogging ni lebih manis 🙂
Dari berblog jugalah, Mama dapat tambah kenalan dan juga dapat ‘keluarga angkat’…iaitu ‘adik beradik’ dalam Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9). Pernah satu masa tu, ‘mood’ nak berblog memang jatuh merudum sampaikan berbulan bulan tak update blog. Tapi bila tengok geng dalam KBBA9 semua pakat semangat bercakap dan berkongsi idea tentang blogging…Mama rasa semangat untuk terus jadi seorang blogger!
Dikatakan sekarang blog tidak lagi relevan dan akan pupus dari internet . Apa pendapat korang?
Mama rasa selagi ada internet, selagi ada orang yang suka menulis dan bercerita, selagi itu lah akan wujudnya blog. Macam Mama ni haa, nak menulis buku tak layak…jadi berceloteh di blog je lah hehehe. Dan juga selagi ada enjin carian macam Google, selagi itulah blog akan relevan sebab banyak maklumat yang pengguna internet cari ada dalam blog, walaupun ianya sekadar blog cerita personal!
Antara blog, Facebook dan Instagram, mana satu medan pengiklanan yang lebih berkesan bagi korang dan kenapa?
Daripada segi ‘exposure’ atau nak bagi orang ‘nampak’ dan tahu kewujudan produk tu, mungkin Facebook dan Instagram berkesan untuk kesan jangka masa pendek. Tapi untuk jangka masa panjang, pengiklanan atau review dalam blog lebih berkesan sebab entry blog adalah kekal, kecuali pemilik blog tu delete lah entry tu. Mama tak pernah delete, uishhh dah penat penat perah otak karang entry, tak kan nak delete kot?
Lagipun bila pengguna nak tahu lebih lanjut mengenai produk, diorang boleh Google untuk baca review dan maklumat mengenai produk tu di blog kan? Ini dah memudahkan kerja pengiklan tu juga sebenarnya, sebab tak payah nak menjawab ‘pm’ panjang lebar kat Facebook dah. Tunggu pelanggan ‘pm’ untuk beli ja. Kan senang?
Blogger sering dikaitkan dengan ‘perwira papan kunci’. Bagaimana nak menafikan dakwaan ini? Apakah yang perlu blogger buat?
Ini kes ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’. Jagalah penulisan kita dan jadilah blogger yang beretika. Menulis dengan fakta, elakkan dari ‘gossip’ dan menyebarkan cerita yang kita sendiri tak tahu betul atau tidak. Berhati hati dalam menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis ni boleh jadi saham akhirat juga.
Apakah Facebook dan Instagram anda. Sila letakkan link. Kengkawan nak follow..
Jemput follow FB dan IG Mama ni yer…
Facebook: Nani Zati
FB Page: Mama Kembar 3
Instagram: MamaKembarTiga
IG Shop: Kedai_MamaKembarTiga
Okeh…done! Rasa syiok plak join segmen ni…walaupun mungkin syok sendiri saja hahaha 😉
10,569 total views, 2 views today




Hahahaha x sempat laaaa..
YB Shehan recently posted…RESTORAN MAKANAN JEPUN HALAL DI BANGI – KONICHIWA CAFE
Tunggu kot kot ada segmen lagi leh join
hapy blogging…. & teruskan majukan dunia blog.
Bonde Zaidallifah recently posted…‘ BEN ASHAARI NAK KOREK RAHSIA MEDIA SOSIAL AKU ! “.
TQ. Same to u Bonde
tak sempat dah kejar segmen,skrg kejar humaira je hehehhee
sue izza recently posted…Ajar anak duduk dalam car seat : Yeayyy Humaira lulus.
Geram plak teringat kat humaira, wanginyaaa bau dia hehe
ala !!! nak join jugak.. hahaha~ kat mana nak amik syarat2 nih ? adoi.. banyak plak terlepas ketapi..
atiehilmi dot com recently posted…CARA MAKAN NUTRIFERON DENGAN DOS YANG BETUL UNTUK MENGUATKAN SISTEM IMUN
Kat blog Ben, tapi dah tutup dah kul 12 mlm smalam. Takpa…tunggu kot ada segmen lagi
salam perkenalan
hahahha 🙂
wow. kite mcm segan nk join, sbb en ben tu blogger bersohor, hhahah, tgklah keadaan, kalau rajin….mcm nk join ;-))
dieyana recently posted…Master Class Salsation @ The Club, Bukit Utama!
Alaa tak yah segan. Ni laa time nak tumpang blog ben hehehe. Kalau ada segmen lagi lain kali join laa
Dah terlambat nak join ni. semalam dah expired. hehe
IK Tia recently posted…Kepala baby dah engaged, berat badan naik
Kalau ada lagi lain kali leh join 🙂
Hai mamakembartiga. Heheeh. Uyul baru terjah blog ini untuk pertama kalinya. Habislahh rahsia blog akak, uyul dah tahu. heheheh
JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
Hehehe thank u sudi singgah 🙂
Ai pun lebih suka baca blog kalau nak cari info² tentang review terutama produk atau movie.
mas saari recently posted…Selesai pendaftaran sekolah Airis
Sama la kita
Betul tu…menulis itu saham akhirat kita kan kak…all the best!
Julia Johari recently posted…Kesukaran atau Kesyukuran !
All the best to u too Juju 🙂
Entri yg sgt bagus… good good.. saya baru tahu mama ada fb page.. hihi.. tq for all your sharing.saya suka baca
Thank u sudi baca 🙂
masih relevan blog nie
lokmanamirul recently posted…Kelebihan Bisnes Air Balang Di Bazar Ramadan
InsyaAllah sampai bila bila pun akan relevan 🙂
Blogging paling relevan dalam dunia pemasaran sekarang selain media sosial yang lain
Noriza Abdul Rahman recently posted…Wah! Sukanya Parut Campak Sudah Hilang
Setuju!