Salam dears… Tengah dok sibuk buat kerja kat ofis semalam, tiba tiba dapat Whatsapp daripada Ayah tentang Pre-Raya Warehouse Sale Wisma Minlon. Uishhh…dekat je ni! Pastu Google tengok sales bukak sampai kul 8 malam. Hokey…balik kerja berdesup terus ke warehouse sale tu.

‘Household Items’ Serendah RM1 Saja!
Tak menyesal pergi sebab Mama rasa barangan ‘household items’ atau barangan harian kat situ memang murah murah! Paling murah RM1 saja uolls! Perghhh Mama ni pantang nampak benda RM1, rasa semua nak diangkut hehe. Nasib baik masih sedar diri, ambik yang perlu ja. Errr betul ke…angkut yang perlu ja? Hahaha! Ok lah.. meh nak share gambar bagi korang pun teringin nak pi 😉

Mama rasa cam nak meroyan joget joget masa tengok harga botol air ni! Terkebil kebil tak percaya pun ada hahaha. Memang benda idaman aii ni, sebab si kembar kan selalu sangat bagi hilang dan kena beli baru. Bila jumpa yang murah, opkos aii borong yang harga RM1 tu! Yahoooo! hehe

Ni lagi satu benda yang buat Mama excited – beg sandang ni harganya RM10 ja, murah kan? Terus angkut, sebab kebetulan beg si kembar dok bawa ke sekolah agama dah lusuh sangat dah.

Yang ni rasa nak beli gak…tapi sabar…tak perlu…tak perlu…. Tapi, dah balik rumah ni tetiba rasa macam perlu plak hahaha. Nafsu! hahaha.

Set ni lawa, nampak ‘stylish’

Kalau pi ngan geng, leh kongsi kongsi beli, murah!

Yang ni pun cantik gak
Ni pic dari FB Wisma Minlon, masa Mama pi tu stok dah tak sebanyak ni. Mesti orang dah pakat beli kan. Mug kaca RM1 saja, murah tu oii!
Pic dari FB Wisma Minlon. Cantik oii set ni, tapi masa Mama pi, pinggan tu dah habih. Kalau tak, memang aii angkut lah! Tak tahu lah stok tu akan ditambah lagi ke tak lepas ni.
Pakaian Berjenama Pun Ada…
Pakaian kanak-kanak dan dewasa pun ada juga kat Warehouse Sale Wisma Minlon ni. Macam macam jenama termasuklah World of Sports, Brands for Less, Esprit, Levis, Puma, Disney dan ntah apa lagi Mama pun dah tak ingat dah.
Mula mula Mama hajat nak beli gak baju untuk si kembar. Tapi tak beli…sebab harga dalam RM19.90 ke atas. Ye lah…baju branded kan, lepas dah diskaun pun kalau nak beli 3, parah gak lah hehe. Tapi, kalau ada bajet, apa salahnya kan?


Ni hasil tangkapan Ayah. Yang Mizuno tu harga asal RM129, tapi jadi RM50 ja. Yang Russel tu plak asalnya RM79, jadi harga RM20. Ayah kata murah! Tapi Mama tak tahulah betul ke tak murah, sebab bukan jenis yang pakai baju sukan pun hahaha. Yang Mama tahu, hasil tangkapan Mama memang murah! Apa yang Mama beli? Tadaaa….

Borong botol air, yayyy! Satu sehinggit je, rugi laa wehhh kalau tak beli banyak banyak buat stok, kan? Ikut hati sebenarnya nak beli banyak lagi tau, tapi berjaya kawal diri hahaha. Ishhh happynya rasa tengok pic ni 😉

Muka happy dapat shoppinggg hehe
Haaa kalau korang nak pi ke Warehouse Sale Wisma Minlon, ni maklumatnya…
Lokasi:
Events @ Wisma Minlon
2nd Floor, Wisma Minlon
Bt 12, Lebuhraya Sg Besi
Seri Kembangan, Selangor
Tarikh & Masa:
26 Mei – 6 Jun 2016
10.00 pagi to 8.00 malam
Facebook: Events at Wisma Minlon
8,320 total views, 2 views today





inilah masanya untuk membeli keperluan anak-anakkan mama..mesti mereka suka sangat.. 🙂
Yup PC, jimat beli time ni
Menarik…!! Puashati membeli-belah ni….
Nina Mirza recently posted…Penting ke catat carta pergerakkan tendangan baby??
yup, balik dengan senyuman gitu hehe
Oh my! Banyaknyaa barang murah murahhh… Ena pun boleh jadi gila kalau datang sini
tau takpa! nasib baik tak bawak duit banyak masa tu haha
nangis gi masa jumaat lepas, time lunch hour kan, memnag nagis, 1 jam pusing carik parking baru dapat.. pastu lautan manusia, penuh, dengan yg beratur kat kaunter bayar pon dah sampai ke dinding belakang beratur nya, memang non hado lah nak shopping kak hri tu, balik le dengan hampa, ekekekekekke
Uishh sampai camtu skali ye? Sedihnya balik tangan kosong huhu