Salam dears… Kalau korang umur lebih kurang Mama sweet seventeen *kof kof 38 kof kof*, mungkin korang pernah tengok cerita Oshin. Alaa cerita bersiri dari Jepun, tiap tiap petang ada kat TV1 ka TV2 ntah. Ingat lagi tak? Wehh syiok giler kot layan cerita Oshin. Balik sekolah tak pernah miss nak tengok tau. Haaa Oshin ngan Moero Attack… ‘summersault berputar!”. Haaa sapa peminat cerita tu dulu? Kita geng! *high five*
Seharian Layan Oshin!
Sebenarnya Mama dah lupa pasal cerita Oshin ni. Tapi gara gara tertengok video satu perkampungan Jepun di Facebook Ben Ashaari tadi, tetiba teringatkan cerita Oshin tu. So..bukak laa YouTube, cari Oshin. Pastu…pastu…terus terjebak seharian dok menganga depan laptop ni layan siri Oshin tu.
Lepas satu…satu…siri Mama tengok. Dah sudahhh..satu kerja pun tak jalan hari ni gara gara Oshin! Ini semua Ben Ashaari punya salah! Sapa suruh dia asyik dok cerita pasal Jepun dan share video pasal perkampungan Jepun tu kan, kan? Hahaha
Ni lah video yang jadi penyebab Mama seharian dok depan laptop layan Oshin…adehhh…. Walaupun video tu di ambil Fukushima, dan dalam siri Oshin tempatnya Sakata, Yamagata dan Tokyo, tapi bila Mama tengok rumah rumah kampung tu, terbayang rumah rumah zaman Oshin hahahaha

Siri Oshin ni best wehhh
Teringin Nak ke Fukushima
Hmm selain daripada terrrlayan cerita Oshin, Mama laa ni dah teringin nak ke Fukushima plak dah. Semua sebab dok follow Ben Ashaari melancong ke sana lah ni. Errr follow melalui Instagram, Facebook dan blog dia je lah. Belum cukup bertuah nak dapat follow trip ke sana lagi hehe.
Kenapa Mama nak ke Fukushima? Sebab Mama terpikat tengok keindangan permandangan kat sana. Serius cantik sangat! Ni haa beberapa keping gambar yang Mama cilok dari blog Ben.


Haa cantik kan? Berkenan sungguh tengok daun daun warna gitu, cantik! Haishh ntah bila laa nak dapat pergi ke sana. Takpa, kita pasang angan angan dan kumpul duit dulu hokey? Hehe. Kalau korang nak tengok lebih banyak gambar dan tahu lebih banyak tentang Fukushima, sila baca kat blog Ben Ashaari yer…
Ohh yaa…kalau korang nak tengok cerita Oshin tu plak, leh tengok kat YouTube oshinseries2. Ada sarikata dalam Bahasa Inggeris. Ok lah…nak sambung tengok Oshin ni…ada lagi berpuluh puluh siri belum tengok. Tak tidur laa Mama malam ni nampak nya hahahaha 😉
5,374 total views, 2 views today



Haaa saya layan cte Oshin tu. Hahahaha
Best kan hehe
Tq nani.. InshaAllah akan dpt gi sanaaa..hee..
Aaminn…
Memang cantik-cantik view kat sana kan. Teringin jugak nak pergi
Moga ada rezeki nak pi sana nanti, Aaminn
mmg cantik tempat tu.,..hati mmgt eringin nak pergi tp hrp ada rezeki kendian hari nak bercuti ke sana..hehe
InsyaAllah, suatu hari nanti 🙂
Drama Oshin pernah popular suatu ketika dahulu. Bertualah kalau impian dapat menjejaki ke bumi matahari terbit menjadi kenyataan.
Mana tau impian tercapai nanti kan 🙂
cantik betul tempat dia
Kan…nampak tenang je