Salam dears… Selain daripada face mask, sanitiser atau cecair pembasmi kuman juga salah satu benda penting yang kita semua kena ada pada zaman Covid-19 ni kan?
Dulu sebelum adanya Covid-19 pun Mama dah biasa bawa hand sanitiser kemana-mana sebab Mama ni sejenis yang mudah rasa geli dan tak konfiden bila pegang benda di tempat awam hehehe
Mama dok mencari juga cara mudah dan selamat untuk buat sanitiser sendiri. Dan sekarang Mama dah jumpa – guna ELECLEAN Disinfectant Device!

Yang paling menariknya, kita boleh buat sanitiser atau disinfektan spray guna air saja wehhh! Jadi kalau kulit sensitif pun tak perlu risau nak guna, dan dah tak rasa berlengas bila banyak kali sapu hand sanitizer. Serius best!!
Apa Itu ELECLEAN Disinfectant Device?
Korang pernah dengar tak pasal ELECLEAN? Okay… ELECLEAN Disinfectant Device ni ialah satu alat mudah alih yang boleh menghasilkan spray sanitizer atau cecair pembasmi kuman dengan menggunakan air saja.
Ianya dicipta oleh sekumpulan saintis dari Taiwan dan menggunakan teknologi elektrokimia nano-catalysis pertama di dunia untuk mengubah struktur air menjadi Spesies Oksigen Reaktif (ROS) hanya dalam masa 15 minit saja. Fuhh menarik kan!

Kenapa Nak Pilih ELECLEAN ?
Kalau tanya Mama apa istimewanya ELECLEAN ni, jawapannya ialah sebab:
1. ELECLEAN Disinfectant Device adalah alat yang menggunakan teknologi canggih dan mempunyai lebih daripada 34 paten. Ianya dicipta dan dimiliki oleh ELECLEAN, satu-satunya syarikat yang mempunyai teknologi ini di dunia.


2. Dengan alat ELECLEAN ni kita boleh buat sanitiser / disinfektan spray dengan menggunakan air saja! Tidak ada bahan kimia, alkohol dan bahan pengawet yang digunakan. Jadi tak ada sisa racun dan bahan kimia yang tertinggal di kulit kita. Selamat digunakan untuk bayi, kanak-kanak dan juga wanita mengandung.
3. Sanitizer yang dihasilkan oleh alat ELECLEAN ni mempunyai kadar pensterilan sehingga 99.9%. Ia dapat membantu menghilangkan virus dan bakteria seperti H1N1 influenza virus, E.Coli, Salmonella dan banyak lagi.
4. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menyenaraikan ELECLEAN sebagai inovasi teknologi dalam usaha global menentang COVID-19.

5. Jimat! Alat ni boleh digunakan banyak kali dan tahan bertahun-tahun lamanya. Sanitiser yang dihasilkan menggunakan alat ELECLEAN ni boleh digunakan sehingga 72 jam (3 hari). Lepas tu, buat je semula sanitiser baru guna air saja. Activated Carrier pula boleh tahan sehingga 6 bulan atau 150 kali electrochemical reactions. Best!
6. Saiz peranti ELECLEAN yang kecil memudahkan untuk ianya dibawa kemana-mana saja.

Cara Guna ELECLEAN Disinfectant Device:
Cara untuk hasilkan sanitiser guna ELECLEAN ni pun mudah sangat…

Mula mula cas alat peranti ELECLEAN selama 4 jam untuk kali pertama nak guna. Bila indicator light dah berubah warna hijau, maksudnya alat sudah sedia untuk digunakan.


Mulakan peranti dengan menekan butang ON / OFF selama 2 saat kemudian lepaskan. Lampu petunjuk tindak balas elektrokimia akan terus berkelip selama 15 minit semasa memproses tindak balas.

Bila lampu indicator dah berhenti berkelip, maka ianya dah sedia untuk digunakan sebagai sanitiser! Mudah ja kan?
Kat Mana Nak Beli Alat ELECLEAN Disinfectant Device?
Menarik betul kan alat ELECLEAN ni! Untuk yang ada kulit sensitif atau yang ada anak kecil tu, memang suka sangat laa bila boleh guna sanitiser yang berasaskan air saja macam ni. Dah tak perlu risau jadi allergik ka apa ka kannn

Kalau korang pun nak buat sanitiser sendiri yang menggunakan air saja, korang boleh dapatkan ELECLEAN Disinfectant Device ni dengan harga diskaun tau. Guna ja kod MAMAKEMBARTIGA15% untuk dapatkan diskaun sebanyak 15%!
Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web dan media sosial ELECLEAN seperti dibawah ni ye:
Website: www.eleclean.com.my
Facebook: ELECLEAN Malaysia
Beli ELECLEAN: https://store17926140.ecwid.com/
Kod Diskaun: MAMAKEMBARTIGA15%
1,771 total views, 1 views today
Wow! Macam menarik ni. Kita mmg sejenis kulit sensitif ni & tak suka bila rasa melekit2 semua tu. Hehehe… ada promo tu, better have a look ni. 😁
Yup, tak dak rasa melekit. Best! Hehe