Salam dears… Punya lah selesa dari pukul 9 pagi sampai tengah hari pakai, tak sedar yang Norwex Hair Wrap ni dok ada atas kepala lagi.
Bila kembar tegur “Mama nak pakai sampai bila tu?” baru sedar ehhh laaa aku tak buka lagi kaaa 🤣🤣🤣
Norwex Hair Wrap ni kainnya ringan, lembut, selesa dan kemas ja dok atas kepala. Tu yang tak terasa pun dok pakai sampai berjam-jam hehehe.
Tak rimas macam bila balut kepala dengan towel. Tak rasa nak tertanggal pun walau dok kehulu kehilir buat kerja.
Gerak gerak dan tundukkan kepala pun dia dok terletak elok jaa. Fuhhh manyak syiok wehh!
Korang yang berambut panjang, memang elok sangat lah ada Norwex Hair Wrap ni. Yang rambut pendek pun patut ada. Lagi lah cepat kering rambut.
Ehhh lelaki pun boleh gak pakai ni tau. Lelaki biasa basahkan rambut masa mandi kan? Lepas mandi tu sarungkan ja Hair Wrap ni kat kepala, kejap ja rambut dah kering. Haaa syiok!

Kenapa Mesti Ada Norwex Hair Wrap?
Selain daripada yang Mama dah sebut kat atas tadi, ni Mama senaraikan lagi kelebihan dan 7 sebab kenapa korang mesti ada Hair Wrap ni:
- Kering kan rambut dengan lebih mudah dan cepat. Hair Wrap ni memang ‘power’ serap air, jadi rambut lebih cepat kering. Macam Mama yang rambut agak panjang dan lebat ni, lepas 10-15 minit ja pakai Hair Wrap ni rambut rasanya dah 70% juga lah kering. Dah tak ada air menitik nitik / meleleh langsung. Kalau yang rambut pendek tu, mesti lagi cepat dan lebih kering.
- Dapat kurangkan penggunaan hair dryer, jimat letrik dan rambut pun lebih sihat. Macam Mama ni memang tak gemar guna hair dryer sebab rasa rambut jadi kering keras kejung.
- Tak perlu duduk setempat sambil keringkan rambut. Lagi satu sebab Mama tak suka guna hair dryer ialah kena duduk setempat ja sambil keringkan rambut. Tapi dengan Hair Wrap ni, sambil pakai boleh buat kerja lain, bersiap tepek bedak ke makan ke atau kehulu kehilir pun no problem.
- Kemas dan selesa dipakai. Dikelilingnya ada getah, satu hujung ada butang dan satu hujung lagi ada tali. Bila balut atas kepala, sangkutkan tali ke butang tu. Hair Wrap ‘duduk’ terletak elok kemas ja atas kepala.
- Diperbuat menggunakan kain Microfiber Norwex yang sangat halus dan berkualiti. Ringan, lembut dan selesa. Microfiber Norwex ni saiznya hanya 1/200 daripada sehelai rambut manusia jadi kain Norwex lebih padat, dapat serap air lebih efisien dan lebih banyak berbanding kain microfiber lain dan kain tuala biasa.
- Ada teknologi BacLock (microsilver antibacterial agent) dan boleh self-purify itself dalam masa 24 jam, jadi kainnya tak berbau hapak, berkulat atau naik bintik bintik tahi lalat macam kain biasa. Mama pakai berjam jam pun tak berbau kepam macam tuala biasa walaupun lembap.
- Warranty sehingga 2 tahun (dengan ikut cara penjagaan yang betul). Kalau Hair Wrap ni tiba tiba dah tak efisien serap air, jadi berkulat atau berbau hapak, boleh claim warranty. Kain pun ada warranty? Haaa hebat kannn…


Kat Mana Nak Beli?
Kalau korang berminat nak order Hair Wrap ni atau apa-apa saja produk Norwex, boleh order melalui website Norwex Hanani (Mama Kembar Tiga).
Ada macam-macam lagi produk Norwex yang menarik tau. Serendah RM49 pun ada, lepas diskaun lagi lah murah.
Mama tahu, mesti ada diantara korang yang skeptikal dan ragu-ragu nak cuba produk Norwex kan?
Kenapa mahal? Betul ke lain daripada kain lain? Betul ke berbaloi? Mama tahu sebab Mama pun macam tu juga dulu. Kawan Mama, blogger Ummi Nani pun sama, ragu ragu dengan kain Norwex.
Tapi bila dah cuba sendiri baru yakin yang produk Norwex nyata berbeza! Memang berkualiti dan berbaloi dengan harganya. Sangat puas hati guna. Terus dia daftar jadi Consultant juga hehehe
Kalau korang berminat nak beli atau nak ‘cuci mata’ tengok tengok produk Norwex, boleh ke website Norwex seperti link di bawah ni yer…
👉 Website: Norwex Hanani (Mama Kembar Tiga)
#NorwexMamaKembarTiga #NorwexAdvocateTeam #NorwexConsultant #Norwextraordinary #NorwexAngels #NorwexCheras #Norwex #NorwexIdaBaharum #NorwexMalaysia #kbba9 #mamakembartiga
3,244 total views, 1 views today
produk norwex mmg berkualiti,aim jugak ni heheheh
Beli Sue, memang berbaloi sangat ada ni.
menarik, tergoda pulak rasa nak beli ni hahaha
Baik u grab sementara ada ni, serius tak rugi beli. Memang best pakai. Mai laa wassap Mama, kita sembang sembang. Don’t worry, harga boleh diskaun lagi 🙂
https://HananiNorwex.wasap.my
Serius best! Tak tipu. Mmg skrg tak kisah dah bila nak basahkan rambut, sbb tau, guna hair wrap ni, rambut cepat ja kering & sambil pakai, sambil buat kerja lain. Multitasking, no problem. Hehehe
Ya betoi sgt! Boleh multitasking tu best.
kan . un dah guna haor wrap ni.. at least kurangkan penggunaan hair dryer kalau pakai hair wrap
Yup, jimat elektrik kan