Salam dears… Tahun ni si kembar tiga dah nak masuk Tingkatan 1. Memandangkan tahun 2020 diorang lebih banyak belajar dirumah saja berbanding pergi ke sekolah, Mama risau juga kalau bila masuk Tingkatan 1 nanti diorang akan agak susah nak ikut apa yang bakal dipelajari. Jadi Mama dok mencari kelas tuisyen online yang sesuai untuk diorang join.
Masa sekolah ditutup dan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) diadakan, kebanyakan guru akan bagi latihan melalui Whatsapp saja. Ada yang bagi link YouTube dan link kuiz online yang pelajar perlu buat. Tapi ada juga beberapa kali cikgu buat kelas ‘Face-to-Face’ secara online melalui Google Meet. Dan Mama lihat kelas ‘Face-to-Face’ tu lebih berkesan!

Mama juga mengajar sendiri si kembar ni, tapi rasa mencabar betullah. Seringkali bertukar jadi ‘raksaksa gorgon’ masa mengajar hehehe. Garang tu bukan sebab apa, kadang budak-budak ni tanya benda yang Mama sendiri tak tahu, jadi stress sama naik dalam nak mengajar diorang.
Bila diasak dengan pelbagai soalan, dan bila Mama terangkan tapi diorang tak faham faham juga (sebab Mama sendiri pun tak cekap), maka mulalah nak ‘meletup’ ja rasa huhuhu.
Jadi Mama rasa lebih baik Mama carikan kelas tuisyen untuk diorang join. Biar cikgu-cikgu yang lebih pakar mengajar untuk bimbing diorang. Dan ada kawan Mama cadangkan Fly High Training Centre.
Kelas Tuisyen Online di Fly High Training Centre
Pusat Tuisyen Fly High Training Centre ni bertempat di Alam Avenue 2, Shah Alam. Ada kelas tuisyen online dan juga kelas fizikal. Tapi dalam keadaan sekarang ni, secara peribadinya Mama rasa lebih mudah untuk sertai kelas tuisyen online ja. Sebab senang tak perlu nak berulang alik hantar anak-anak ke kelas, boleh belajar dengan kelas pilihan daripada mana pun. Orang Kedah pun boleh join kelas kat KL…gitteww hehehe.
Lagipun dalam keadaan sekarang ni Mama rasa lebih selesa dapat belajar dari rumah sendiri, tapi pada masa yang sama tetap dapat dengar dan lihat cikgu mengajar sambil berinteraksi dengan pelajar-pelajar lain juga. Tak lah dok mengadap ‘cikgu Mama’ yang garang macam raksaksa gorgon ni je kan hahaha.

Kelas Yang Menarik!
Beberapa hari lepas Mama berkesempatan sertai salah satu kelas online yang diadakan melalui aplikasi Zoom iaitu kelas Sains jadi Mama dapat alami sendiri macam mana cara kelas tu diadakan. Dan Mama memang tertarik dengan kelas tu!
Cikgu yang mengajar kelas Sains tu ialah Cikgu Ridzuan atau nama manjanya dikalangan murid-murid – Cikgu Waan. Mama pun jadi seronok dengar Cikgu Waan bercerita tentang sel-sel haiwan dan tumbuhan, penerangan yang jelas dan menarik.


Kelas berjalan dalam keadaan yang tak terlalu serius dan ada interaksi diantara murid dan guru. Cikgu bagi latihan untuk buat semasa kelas online tu dan semak jawapan bersama-sama.


Cikgu Waan pun dok bergurau dengan murid-murid jadi tak lah boring keras kejung ja orang kata kan hehehe. Melalui reaksi anak-anak yang join pun, dapat rasa yang diorang selesa belajar dengan Cikgu Waan. Seronok tau tengok kelas macam ni.
Guru-Guru Yang Berpengalaman
Tenaga pengajar di Fly High Training Centre ni pun bukan calang-calang orangnya, semuanya memang berpengalaman dalam bidang masing-masing! Ni sedikit profil tentang cikgu-cikgu di sana:
Cikgu Ridzuan (Cikgu Waan) Sains:
• Jurulatih Utama PPSMI
• Penulis Modul Sains Tahun 4, 5 & 6
• Penceramah Bebas atas Jemputan Sekolah-sekolah Seluruh Negara
• Bekas Penceramah BH DIDIK
• Pembimbing kelas Premium dan Elite FHTC
Ustazah Siti Zubaidah Isa (UPKK)
• Guru KAFA Berpengalaman
• Pemeriksa Kertas UPKK Sejak 2018
• Penyelaras Peperiksaan UPKK
• Guru Celik Jawi & Solat
• Guru Quizziz UPKK
• Guru Program Meroket UPKK
• Mempunyai ‘track-record’ cemerlang dalam pencapaian anak didik dalam UPKK 2019
• Guru Panel Fly High Training Centre
• Guru kelas dalam talian UPKK sejak Mac 2020
Cikgu Asri (Bahasa Melayu Prisma)
• Guru BM
• Penulis Modul DBP
• Penceramah Bengkel UPSR sejak tahun 2000
• Pengajar Kelas Berkala UPSR & Sekolah Menengah
• Pembina Item Soalan UPSR
• Penerima Anugerah Silver Inside Universiti Malaya Modul SPEKTRUM untuk sekolah rendah dan menengah
Cikgu Hj Zulkifli (Matematik Prem A)
• Guru Cemerlang Matematik
• Guru Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
• Guru (SEAMEO- RECSAM) specialist “Higher Order Thinking and Creative Problem Solving”
• Guru Dual Language Program (DLP)
• Pembimbing kelas Pemium dan Elite FHTC
Teacher Manisah (Bahasa Inggeris Prisma)
• Berpengalaman memberi ceramah sejak 1996
• Jurulatih Utama BI Peringkat Negeri Selangor
• Pembina Modul BI Jabatan Negeri Selangor
• Pembimbing kelas Premium dan Elite FHTC
GB Shahril Othman
• Guru Cemerlang Matematik
• Jurulatih Utama Kebangsaan
• Guru Inovatif Kebangsaan
• Penulis Buku Matematik KSSR
• Tenaga Pengajar TV Pendidikan PKP
Cikgu Ghalib
• Munsyi Dewan
• Panel Penulis Buku Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah (TDESR) & Tatabahasa Dewan Sekolah Menengah (TDESM)
• Penulis Buku DBP
• Tenaga Pengajar KELAS BERKALA UPSR, PT3 & SPM
Cikgu Shukry Supaat
• Jurulatih Utama Kebangsaan Sains
• Penggubal Kebangsaan Modul Pengajaran Sains Kementerian Pendidikan Malaysia
• Penceramah Teknik Menjawab Sains UPSRPenulis Ulasan Sains Akhbar Pendidikan
• Penulis Buku Model Soalan Sains UPSR
• Tenaga Pengajar TV Pendidikan PKP.
Jadual dan Pakej Kelas Tuisyen di Fly High Training Centre
Ada pelbagai subjek yang ditawarkan di Fly High Training Centre ni. Ada untuk Darjah 3, 4, 5, 6 dan juga untuk Tingkatan 1. Ni Mama kongsikan beberapa pakej dan jadual yang ada untuk tahun 2021 ni…





Hari tu berborak dengan Ummi Nani yang dah daftarkan anaknya ke kelas tuisyen online di Fly High Training Centre ni, katanya kelas UPKK dan kelas Matematik memang mantap!
Cara pengajaran Matematik yang berbeza dengan cara di sekolah, formula yang macam tak masuk akal tapi berkesan…congak congak ja dapat jawapan! Ni yang buat Mama pun terasa nak masuk kelas Matematik juga, sebab Mama ni bab Matematik memang ‘out’ huhu. Memang kena cari guru yang pakar untuk ajar si kembar tiga ni.
Korang yang dok cari kelas tuisyen untuk anak-anak pun, silalah tengok-tengok kat Fly High Training Centre ni. Ada macam-macam subjek dan pakej tu, nak tau lebih lanjut korang Whatsapp je diorang, atau tengok kat Facebook page.
Moga-moga dengan hadiri kelas ni, anak-anak kita akan makin mudah faham apa yang dipelajari dan akan lebih sukses dalam pelajaran, Aamiin.
WhatsApp: wasap.my/601156998919
Facebook: Fly High Training Centre
Instagram: flyhightrainingcentre
4,198 total views, 2 views today
Bagus usaha mama kembar 3. Semoga kembar 3 ini semua berjaya dalam SPM akan datang dan berjaya masuk universiti. Amin
Aamiin. TQ DP 🙂
cabaran belajar zaman pandemik kan mama,tapi bagus lah tusieyn ngan fly high ni nampak intensif sgt
Bagusnya semua boleh berdikari dan belajar sendiri.
Nona recently posted…Roro Bin