Salam dears… Sejak jadi surirumah sepenuh masa ni, Mama asyik dok intai-intai apa benda yang boleh dijual untuk jana pendapatan. Selain daripada jual ‘kain kayangan’ yang tengah viral tu, Mama rasa kalau jual buah kurma bagus juga. Bukan setakat boleh buat duit, tapi buah kurma ada pelbagai kebaikan untuk pembeli jadi lagi syiok nak berniaga benda yang bermanfaat, kan?
Beberapa bulan je lagi Ramadhan bakal menjelma, mesti ramai yang akan cari buah kurma masa tu kan? Actually buah kurma ni makanan yang orang sentiasa cari, bila bila masa pun orang makan. Sebab ianya memang banyak manfaat untuk kesihatan tubuh badan kan. Cuma biasanya permintaan akan meningkat di bulan puasa.
So kalau nak jual buah kurma, elok laa mula dari sekarang kan? Biar buat ‘personal branding’ dulu agar orang kenal kita sebagai ‘saudagar kurma’ yang sedap dan berkualiti supaya bila bulan Ramadhan sampai je diorang akan terus cari kita untuk beli.
Al Hannan Kurma Premium Harga Borong
Untuk berniaga, tentu kita nak cari pembekal yang boleh bekalkan kurma pada harga yang murah daripada pasaran, berkualiti, rasa sedap, pembungkusan yang elok dan pembekal tu sendiri adalah syarikat yang berpengalaman…betul tak? Al Hannan Group Trading ada semua tu!
Ohh yaa.. Al Hannan Group Trading ni adalah sebuah syarikat pemborong kurma, pembekal kurma eksklusif, pembekal kurma Arab Saudi di Malaysia, Brunei, Thailand dan Singapura.


Mama dah cuba rasa 3 jenis kurma berlainan daripada Al Hannan iaitu Mariami AAA, Ajwa VIP dan Safawi VIP. Rasa juicy manis manis kurma premium, bukan yang biasa biasa punya tau hehe. Memang sedap!



Packaging pun lawa kan, nampak classy gitu. Dan paling Mama suka tentang packaging ni ialah ada ‘ziplock’, jadi lebih mudah untuk disimpan. Lepas makan, tutup je balik guna ‘ziplock’ tu supaya kurma kekal elok dan tak masuk semut. Nak bawa ke mana mana pun senang tak payah nak tukar bekas ke apa ke.
Dan kalau jual online, Mama rasa packaging macam ni lebih senang nak dibungkus dan lebih selamat bila pos, tak risau kotak terpecah ke apa ke kan.
Pakej Jualan Kurma Yang Ditawarkan Oleh Al Hannan
Selain daripada jualan runcit, Al Hannan juga menawarkan jualan borang atau karton, jadi rakan niaga Al-Hannan (ejen/stokis), dan juga OEM untuk buat kurma jenama sendiri.
Jualan Borong Karton
Kalau korang nak beli kurma pada harga borong secara karton, nak berkongsi ramai ramai ke nak makan sendiri atau pun dah ada kedai dan nak jual kat kedai ke, boleh laa beli secara karton. Beli borong secara karton pastinya lebih murah kan daripada beli sikit sikit.
Harga kurma karton ni bergantung kepada gred kurma dan kuantiti. Korang boleh hubungi Al Hannan untuk dapatkan harga terbaik.


Rakan Niaga Al Hannan Marketing (Ejen / Stokis)
Mama rasa jadi ejen atau stokis ni antara cara paling mudah nak mula berniaga. Sebab barang dah ada, jenama orang dah kenal, marketing HQ buat, kita ni tinggal nak promote bagi orang tau kita jual je kan? Ni Mama kongsikan pakej ejen / stokis yang ditawarkan oleh Al Hannan…




Kurma Jenama Sendiri (OEM)
Lagi satu yang Mama rasa menarik ialah Al Hannan juga tawarkan kurma OEM – maksudnya korang boleh buat kurma jenama sendiri! Fuhhh tentu rasa lebih bersemangat nak menjual kurma jenama sendiri kan? Kurma Premium MK3…ok tak nama tu? Hehehe


Minimum order quantity (MOQ) untuk kurma jenama sendiri ialah 1,000 pack. Al Hannan akan sediakan semuanya termasuk label dan packaging.
Menarik kan pakej yang ditawarkan oleh Al Hannan ni. Kalau korang nak tahu lebih lanjut, boleh laa hubungi sendiri team pemasaran Al Hannan. Mana tahu kot dapat jana pendapatan lumayan dengan buat bisnes kurma premium Al Hannan ni kan?

Website : Al Hannan Marketing
Facebook: Kurma Harga Borong Al Hannan HQ
Instagram: Kurma Premium Harga Borong
Telefon : 016-873 4032
Email : sales.alhannan@gmail.com
2,979 total views, 2 views today
Leave a Reply