Salam dears… Masa mula mula Mama tengok harga kain Norwex ni dulu, Mama terus terfikir “ishhh awat mahainya? Kain buruk ja kot tapi harga kayangan!”. Punya laa kedekut nak keluarkan duit untuk ‘kain buruk ja pun’ ni π Orang yang rapat memang tau laa perangai ‘cheapskate’ Mama ni kan, selagi boleh nak cari yang murah murah ja hehehe.
TAPI…bila tengok makin ramai kawan-kawan guna #KainBurukKayangan ni, jadi curious plak “memang elok sangat ka?” π€
So Mama cari lagi maklumat dan testimoni tentang kain Norwex ni. Dah baca macam macam maklumat, dah tengok video demo, testimoni bagai semua, hati mula terpikat!


“Kalau aku sanggup keluaq duit berpuluh ringgit beli baju, beli tudung yang kadang tak pakai pun, dok simpan ja dalam almari…kenapa aku tak mau keluaq duit untuk beli benda yang akan selalu guna dan boleh memudahkan kerja aku?”.
Tapi Mama masih ada rasa skeptical, masih was was. Nak beli ka tak beli? Nak beli ka tak beli? Dalam dok pikiaq pi mai pi mai tang tu, kawan Mama si Shehan datang approach tanya “kak tak mau try ka kain Norwex? Tak mahai tera mana pun ni kak, benda elok tak rugi guna”.
Aisehhhh sebagai seorang kawan yang baik (ewahhh π€£π€£) terus gundah gulana hati Mama…membuak buak lagi rasa nak cuba. Bila tanya Ayah, dia kata “ikut awak lah, kalau boleh mudah kan kerja, beli ja. Tapi kena rajin lah, jangan beli pastu tak guna”. Pandai dia kan, sambil bagi green light, sambil sound setepek gak hahahaha.
Dan akhirnya…saya terjebak!! Ya, terjebak juga dengan kain buruk kayangan ni hahaha. Dah alang alang beli tu, terus daftar jadi Consultant Norwex juga. Sambil membeli, sambil jana pendapatan gak why not kan? Surirumah macam Mama pun nak gak ada duit sendiri.


Korang tolong doakan sama yer, semoga Mama Kembar Tiga akan berjaya jana pendapatan yang lumayan sebagai seorang Consultant Norwex, Aamiin… π
Hmm sesungguhnya lebih banyak Mama baca, lebih Mama faham kenapa kain Norwex ni harga ‘kayangan’. Yang bila di fikir fikirkan, tak lah kayangan mana pun sebab kualitinya berbaloi! So…sat naaa…nanti Mama cerita lagi kat korang tentang kebaikan kain Norwex ni wokeh?
Instagram: Mama Kembar Tiga
Facebook: Nani Zati
Website: NorwexHanani
5,299 total views, 4 views today
Semoga sukses! Kain dia memang bagus, saya suka sangat ehehhe
Kan…berbaloi sangat beli kain Norwex ni.
teringin nak beli, huh! sbaar jap sabar jap..huhu
Mari mari beli ngan Mama, berbaloi tau π