Salam dears… Seriously Mama rasa teruja sangat nak cerita kat korang ni…pasal cara mudah Mama berjaya cuci kereta tanpa sabun pun dah berkilat shine shine uollss! Dah laa cepat ja siap plak tu, memang senang lah!
Sejujurnya sebelum ni Mama tak pernah pun cuci kereta sendiri. Sebab Mama tengok orang cuci kereta rasa macam renyah ja kena sabun pastu bilas plak sampai hilang sabun, pastu nak lap bagi kering lagi. Haishh nampak macam memenatkan sungguh!
Tapi bila Mama dah ada Norwex Car Wash Set ni rasa ehhh senangnya! Satu kereta Mama cuci tak sempat peluh tiak pun tau, terasa hebat superwoman sangat hahaha. Bumbung kereta ja terpaksa suruh Ayah buat sebab Mama tak berapa cukup ketinggian hahahaha

Haaa berkilat kan? Tu Mama cuci guna setengah baldi air je tu. Untuk yang duduk apartment / condo memang sesuai sangat laa ada set ni. Tak payah nak guna air banyak banyak nak bilas sabun bagai. Hanya guna air dan kain Norwex car wash set ni ja dah settled!

Jimat Bila Guna Norwex Car Wash Set Ni!
Selama ni Ayah pun tak lah rajin sangat nak cuci sendiri kereta, sebab kitorang duduk di apartment jadi susah laa tak ada paip air (water hose) kat parking nak guna buat cuci kereta. Nak usung 2 ka 3 baldi bawa air banyak banyak naik turun tangga, errr penat!
Jadinya sebelum ni kitorang upah orang untuk cuci kereta seminggu sekali pada harga RM45 sebulan. Tapi kadang kadang tu rasa tak puas hati tengok dia cuci sebab macam ada tompok tompok air kat cermin dan body kereta. Alaaa yang watermarks kalau lepas dah basuh pastu lap tak kering tu.
Masa mula mula Mama cadangkan kat Ayah untuk beli Car Wash Set Norwex ni, dia macam berat gak laa bila tengok harganya. Tapi lepas fikir fikir, ehh lagi jimat lah guna set ni daripada upah orang cuci kereta. Boleh cuci sendiri, bawa air satu baldi pun dah cukup ni.

Kenapa terbeliak mata tu? Terkejut tengok harganya ker? ππ Releks releks..walau nampak mahal tapi jimat sebenarnya.
Kain microfiber Norwex ni InsyaAllah tahan lama bertahun tahun dengan cara penjagaan yang betul. Jadi keluar duit sekali, boleh pakai berkali kali memang jimat!
Ok jom buat kira kira sikit…
Dulu Mama upah orang cucikan kereta sebulan RM45 cuci 4 kali sebulan (sebab dok apartment payah nak cuci sendiri tak ada paip air / water hose). Maksudnya setahun upahnya RM540 wehhh!
Kalau yang pergi kedai carwash plak, katalah sekali cuci kosnya RM12. Kalau sebulan 2 kali pergi carwash dah RM24. Setahun?? Dah RM288!
Ada gak yang pergi drive-thru carwash kan? Katalah RM7 sekali cuci. Kalau sebulan 2 kali, dah RM14. Kalau setahun, dah RM168.
Itu untuk 1 kereta, kalau ada 2 ka 3 kereta tentu laa lagi berganda kosnya kan? Bila buat kira kira macam ni baru sedar tu diaaa berapa banyak duit dah habis hanya untuk cuci kereta ja π
Tapi dengan Norwex, sekali ja keluarkan duit beli Car Wash Set ni pastu gunalah berkali kali bertahun tahun lamanya! Nak cuci 3 biji kereta pun selamba cepat ja settled! Siap ada warranty 2 tahun lagi haa kain Norwex ni tau.
Membersih dengan guna air saja Menjimatkan wang dan masa Ada teknologi BacLock agen antibakteria Lebih kuat menyerap Mudah dijaga
Car Wash Set Norwex RM199.75 boleh guna bertahun tahun berbanding pergi kedai car wash RM288 setahun, mana lagi jimat?
Boleh cuci kereta hanya guna air dan kain ja plak tu, tak payah guna sabun dah pun. Lebih selamat untuk kereta dan kulit gak sebab tak guna sebarang bahan kimia kan. Mencuci pun jadi lebih senang dan cepat!

Haaa bila difikir fikir…siapa yang mahal sebenarnya ni? Walaupun ada yang kata ‘kain harga kayangan‘, tetapi sebenarnya jimat! Jadi kalau korang nak jimat jom lah guna Norwex! π
Instagram: Mama Kembar Tiga
Facebook: Nani Zati
Website: Norwex Hanani
5,978 total views, 2 views today
Norwex ni memang power kan.
Ya, memang puas hati guna π
Sy basuh kereta pun blh dikatakan 2 kali juga seminggu…biasa 12 ringit siap luar dan dalam…
Tehokaw.com recently posted…Afnan Homestay Percutian Selangor
Banyak juga tu kosnya tuan kalau konsisten 2 kali seminggu selama setahun. Nak jimat boleh guna Car Wash Set Norwex ni…lebih senang & cepat untuk basuh sendiri.
Berkilat sungguh dah.. tak tipu kain norwex nie
Ya betul, senang ja cuci guna kain Norwex & air ja berkilat dah
Dari segi tak guna sabun memang jimat. Sesuailah untuk penduduk-penduduk di rumah bertingkat-tingkat seperti flat atau apartment.
Kerja Sendiri recently posted…Foodpanda VS Bungkusit
Ya betul, lebih mudah tak perlu nak usung berbaldi baldi air.