Salam dears… “Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari”. Tiba tiba Mama teringat plak akan peribahasa ni sebab hari ni Mama kena buat sesuatu yang tak pernah terfikir akan kena buat haaa.
Walaupun bukan lah ‘hujan’ tu sesuatu yang buruk atau malapetaka ke apa ke, cuma ianya berbeza daripada apa yang dibayangkan sebelum ni.
Selama ni Mama bayangkan tahun 2020 ni akan dapat merasa debaran anak-anak ambil peperiksaan UPSR, akan dok kat sekolah tunggu anak-anak exam…tapi rupa rupanya tahun 2020 ni Mama dapat pengalaman jadi ‘pengawas peperiksaan’. Sesuatu yang tak pernah ku sangka akan berlaku! Hahahaha
Sebabnya minggu ni si kembar tiga ni ada peperiksaan akhir tahun dan kena buat kat rumah ja. Kertas soalan dah ambil siap siap dari sekolah minggu lepas, tapi minggu ni baru buat ikut jadual.

Periksa kat rumah pun ada jadual? Ya ada, tapi cikgu kata boleh ja buat bila bila masa bergantung pada kelapangan ibubapa untuk pantau anak. Cuma kena pastikan ikut tempoh yang ditetapkan. Kalau masa 1 jam, maka siapkan dalam 1 jam.
Cikgu pun faham tentang kekangan yang dihadapi oleh ibubapa sebab ramai yang bekerja kan. Jadi ibubapa plak walau sesibuk mana sekalipun, kenalah cuba untuk bantu anak-anak setakat yang boleh. Kalau bukan kita yang tolong anak sendiri, siapa lagi nak tolong, betul tak?
Hmmm bila dah jadi ‘pengawas peperiksaan’, Mama pun tak boleh nak pi mana la ni, nak pantau pastikan calon calon tidak meniru 😅. Alamak…kalau Mama yang nak ke tandas camna?? Tak dak pengawas back-up ni hahahaha
3,520 total views, 2 views today
Wahh, bagusnyaa mama
Bila dah terpaksa, kena laa buat hehehe
Pasti kelainan SUASANA dirasai. Walau mungkin lebih Santai tapi peperiksaan tetap peperiksaan. Kalau sebelum-sebelum ini para guru yang mengawasai kali ini guru sedari alam rahim yang ambil alih jadi guru yang mengawasi.
Perdu Cinta recently posted…Sangat Padu Kasih Sayang Yan Diberi
Ya, walau pun peperiksaan kat rumah pun tak boleh terlalu santai.
Sekolah anak2 saya tak de exam tahun ni. Cma kerja sekolah memang banyak la. Dan mak pak kena jadi cikgu juga untuk bab2 yang tak sempat cikgu ajar. Tak jadi pengawas peperiksaan cuma kena jadi cikgu je..hahaha
Tu la, kerja sekolah pun banyak kan. Pengalaman baru untuk kita semua hehe