Salam dears… Bila PKPB diseluruh Semenanjung (kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan) diumumkan semalam, Mama dah terasa sayu dah. Bila hari ni diumumkan pula semua sekolah ditutup mulai esok 9 November hingga tarikh akhir sesi persekolahan, terus rasa macam ehhh tiba tiba ja dah habis ka sekolah tahun 2020 ni?

Ya, masih ada sesi pembelajaran dirumah atau ‘home based learning’, tapi…lain feel nya, terasa macam dah tak sekolah dah bila belajar dirumah saja kan?
Bila pandang muka anak anak, lagi bertambah sayu rasanya. Bukan sebab si kembar ni tak happy duduk rumah. Diorang ok ja, tak mengadu bosan pun tak dapat keluar rumah ke apa ke. Tapi Mama rasa sayu memikirkan pasal diorang tak dapat ke sekolah lagi laa jawabnya tahun ni.
Tambahan pula tahun ni adalah tahun terakhir si kembar ni di alam sekolah rendah. Tahun depan dah masuk sekolah menengah. Selama ni Mama bayangkan macam macam kenangan bakal dikutip bila si kembar ni darjah 6.
Mama bayangkan debaran anak anak nak ambil peperiksaan UPSR, bayangkan resah gelisah nak ambil keputusan UPSR. Bayangkan diorang pergi jamuan akhir tahun & graduasi tahun 6, bersalaman dan bergambar dengan kawan kawan dan guru guru yang mungkin tak kan ketemu lagi di sekolah menengah nanti. Tapi realitinya? Itu semua hanya tinggal angan angan sahaja…
Dah Nak Masuk Tingkatan 1
Tahun depan si kembar ni dah naik tingkatan 1, pastinya silibus makin mencabar. Tak tahu lah macam mana anak anak nak hadapinya, sedangkan yang tahun 6 ni pun tunggang langgang ja rasanya huhuhu.

Ya, tak pergi sekolah pun masih dapat belajar di rumah. Tapi belajar dirumah tak sama macam di sekolah. Mama pun sama naik struggle nak memahamkan tugasan yang cikgu cikgu bagi.
Kalau subjek BM, English, Sains atau Sejarah tu Mama boleh laa juga mengGoogle cari jawapan. Tapi kalau Bahasa Arab, Mama memang surrender tak dapat tolong huhu. Korang buat ja lah sendiri asal siap kerja sekolah tu.

Tak banyak kenangan alam persekolahan darjah 6 untuk anak anak di tahun 2020 ni. Tahun depan dah tukar sekolah lain, masuk sekolah menengah. Entah masih dapat jumpa kawan-kawan semasa sekolah rendah atau tidak. Cikgu cikgu tentulah lain.
Hmm nak buat macam mana, apa yang terjadi tahun ni, tak siapa sangka. Nak mengeluh atau komplen pun tak kan mengubah apa apa.
Yang boleh kita buat ialah cuba ikut keadaan dan move on sebaik mungkin. Hidup mesti diteruskan. Anggap lah ini peluang untuk luangkan lebih masa bersama anak anak dirumah kan.
Bersyukurlah kita masih sihat dan ada rezeki duduk dirumah bersama keluarga tersayang. Sama sama lah kita berdoa moga Covid-19 ni cepat berakhir dan kehidupan kita akan kembali macam dulu semula, Aamiin…
3,084 total views, 2 views today
Samalah… No choice. Lalui semua dengan penuh kesyukuran. Tersiratnya masih ada peluang dan ruang yang perlu diperbaiki sebaiknya dalam kehidupan seharian.
Ya, depa dah rindu nak pi sekolah … Baru depa sedar, seronoknya pi sekolah ! Kannn?
HAhaaa
Tu lah…baru depa sedar pi sekolah tu seronok haha
Semoga cepat lah virus ni pergi.
Aamiin