Salam dears… Bangun pagi tadi, terus Ayah tunjuk “ni tengok budak ni, siap tinggal nota ni kat abang”. Bila Mama tengok nota tu, terus terbahak bahak gelak hahahaha

Amboi…bukan main lagi mengarah Ayahnya kannn. Sebelum tidur semalam sempat tulis nota dan letak kat tab. Risau betul dia takut Ayah guna tab tengok Netflix pastu tertidur dan lupa charge, kang pagi dia tak cukup masa nak main game 🤣🤣
Sebabnya si kembar ni kena ikut jadual supaya tak leka dan terlalu lama mengadap gadjet. Nak main game/guna gadjet hanya boleh pada masa tertentu saja. Jadi kalau bateri kurang atau habis, melepas laa time main game tu. Mau tak kalut masing masing pastikan bateri full ikut jadual 😂😂
Si kembar mau plak ikut jadual? Ya, sebab diorang dah terbiasa sejak kecil ada jadual. Pukul berapa boleh buat ini, berapa jam masa untuk buat itu, tidur pukul berapa bla bla bla.
Kalau tak ikut time, raksaksa gorgon akan ‘sound alarm’ berkali kali. Kalau ‘alarm’ berbunyi tapi tak gerak gak, haa siap korang kena ‘sembur api’ hahaha.
Tapi kadang kadang terbabas gak laa tak ikut jadual, maklumlah raksaksa gorgon pun hanya manusia biasa yang kadang kadang terleka..ehhh? Hehehe
3,205 total views, 4 views today
sweetnya hahaha
Comei kan haha
Haha.. Ayah ni la, pakai tab tak mau cas pulak.Nak kena sorok tab dari ayah ni nampaknya.Hahaha
diana rashid recently posted…RESEPI DONUT ALA-ALA BIG APPLE
Tu laa..dah guna tu cas laa kan hehe
Pandai pula bagi nota suruh tengok bateri tu jangan bagi habis. Haha budak-budak zaman sekarang.
Kerja Sendiri recently posted…Gunakan duit KWSP i-Sinar untuk berniaga
Pesanan penting tu hehehe
Boleh dah tempahkan cop nama dan belikan sekali stam pad. Ada bakat memimpin tu. Kalau tak pun bakat mengarah sekurang-kurangnya.
Saiful recently posted…1 Dirham Perak Sempena Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke 63 oleh Nubex.
Kalau bakat memimpin ok lagi lah hehe