Salam dears… Tajuk macam dramatik je kan? Hahaha. Well..memang dramatik pun, satu keputusan yang penting, benda yang bukan small matter punya hal. Sampaikan blog pun terabai, sebab sibuk getting my life in order lah omputih kata (amboi alasannnn tak update blog hahaha).
Hmm kalau korang follow Instagram Mama, mesti korang tahu yang Mama dah berhenti kerja. Yup, setelah hampir 20 tahun, akhirnya Mama ambil keputusan untuk meninggalkan alam pekerjaan.
Bukan Keputusan Yang Mudah
“Orang lain dok cari kerja, awak plak berhenti kerja??”. Itu antara komen yang Mama terima bila bagitahu tentang keputusan Mama. Tak dinafikan, hati ni memang dup dap dup dap berdebar memikirkan lepas ni dah tak ada gaji tetap. Lepas ni akan banyak bergantung pada Ayah, dan harapnya Mama masih ada income daripada blog dan boleh jana pendapatan dari rumah. Jadi work-at-home-mom ja.

Dalam keadaan sekarang ni, memang risau memikirkan pelbagai kemungkinan. Tapi situasi sekarang jugalah yang jadi salah satu penyebab Mama nekad buat keputusan untuk berhenti kerja makan gaji.
Tapi sebelum buat keputusan ni, kami laki bini dah bincang. Tengok bajet, potong apa yang tak perlu, kenalpasti apa yang perlu. Cukup tak nak hidup dengan gaji Ayah sorang ja? Memang poket akan terasa ‘ketat’. Tapi InsyaAllah boleh.
Ada perbelanjaan yang kena kurangkan, kena lebih banyak berjimat cermat. Tak boleh selalu makan kat kedai (nasib baik dah rajin masak dah sekarang hahaha), kena kurangkan enjoy jalan jalan (memang dah kurang sangat sangat dah pun sejak kes Covid kat Malaysia ni), kena kurangkan shopping di Shopee (huwaaaa ni paling susah hahaha) dan macam macam lagi lah.
Yup, gaya hidup memang akan berubah! Tapi Mama yakin InsyaAllah kami akan survive. Dan Mama rasa keputusan ni adalah yang paling sesuai untuk kami sekeluarga buat masa ni.
Demi Anak-Anak…
Nak jaga dan uruskan sendiri anak anak – ini penyebab utama Mama berhenti kerja. Dalam keadaan sekarang, kitorang risau memikirkan si kembar kena pergi taska, kena pergi sekolah naik van. Konpem lah susah nak ikut SOP kat taska dan dalam van kan. Mama ni pergi kerja naik MRT pun Ayah risau gak. Kalau boleh, nak Mama work-from-home ja. Tapi tu lah, kompeni tak benarkan dan masih perlu ke pejabat setiap hari.
Lagi satu…masa kerja, kadang kadang bab pendidikan anak anak terabai. Setakat suruh buat homework, buat latihan, tapi Mama tak sempat nak semak pun. Ye lah, balik kerja dah penat. Pastu kelam kabut uruskan kerja rumah dan nak masak lagi. Tak dapat nak fokus pada anak anak ja.
Tambah plak dengan keadaan sekarang ni, ada masanya Mama & Ayah rehatkan ja diorang daripada ke sekolah sebab bimbang penularan jangkitan Covid-19. Bila tak pergi sekolah, perlu lebih banyak belajar di rumah. Tapi bila Mama bekerja, tak dapat nak tumpukan 100% kat diorang. Sian diorang huhuhu…
Kalau korang dah lama follow blog Mama, mungkin korang tahu yang si kembar ni dulu ada speech delay dan bertahun tahun jugalah jalani terapi pertuturan dan terapi cara kerja. Diorang ni ‘late bloomers’ lah kiranya. Daripada segi akademik, diorang perlukan lebih perhatian.

Tahun depan si kembar ni dah nak masuk tingkatan 1, pastinya silibus lebih susah dan mencabar. Jadi Mama rasa Mama perlu lebih banyak bantu diorang daripada sekarang untuk persediaan sebelum masuk ke sekolah menengah. Sesuatu yang Mama tak berapa dapat nak buat masa kerja makan gaji. Sekarang dah berhenti kerja pejabat, moga Mama dapat lebih banyak bantu si kembar ni belajar dirumah.
Hmm…macam yang Mama kata kat Ayah, kalau betul betul perlu, Mama akan cari kerja makan gaji balik. We’ll see how lah nanti. Tapi harapnya tak perlulah, moga Mama dapat jadi work-at-home-mom saja. Moga rezeki akan sentiasa cukup untuk kami sekelurga. Moga banyak lah job blog untuk Mama, boleh bantu Ayah tampung apa apa perbelanjaan yang perlu. Kalau ada lebih, boleh buat duit shopping hahaha.
Apa apa pun, mohon korang tolong doakan agar dipermudahkan dan dimurah rezeki kami sekeluarga ya? Terima kasihhh 😊
Pssttt…kalau ada nak suh review produk ka bisnes korang ka, roger roger lah aii yer. E-mail ja ke mamakembartiga@gmail.com ok 😊
1,548 total views, 2 views today
insyaallah mama..ada rezeki lain.duk rumah pun boleh jana pendapatan juga. tak semestinya bekerja di pejabat je..moga dipermudahkan untuk mama, kembar 3 & ayah…
Aamiin. Terima kasih.
Satu keputusan yg agak sukar tp setiap yg berlaku itu pasti ada hikmahnya. Semoga di perluaskan rezeki dgn blogging pula nanti walaupun dh x berkeja MKN gaji
Aamiin. Terima kasih.
All The Best Mama. InsyaAllah. Jalan ternaik intuk Mama dan anak-anak.
InsyaAllah…
Kalau niat baik, mesti Allah permudahkan. Demi masa depan anak-anak memang kena ada pengorbanan.
diana rashid recently posted…PERFORMANCE BLOG DIANARASHID.COM BULAN SEPTEMBER 2020
InsyaAllah..
Congrates mama.. semoga semuanya baik2 dan murah rezeki lagi. Amin
Aamiin. Terima kasih UN.
Semoga dipermudahkan urusan. InshaAllah semua nya ok kot.
InsyaAllah…
InshaAllah,niat nak tumpu pada anak-anak itu pun dah pahala dah satu ibadah juga.Niat yang baik Allah bantu dan permudahkan.
InsyaAllah. Terima kasih PC
Wah… Your dream come true. Happy for u Nani! All the best
Welcome to the club 😊
Alhamdulillah. Kita geng hehe
Insyallah..moga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki buat mama dan kembar tiga…amin~
Aamiin. Terima kasih.