Salam dears… Dalam keadaan sekarang ni, selain daripada ikut SOP, pakai mask, jaga jarak dan jaga kebersihan…adalah sangat penting untuk kita jaga tahap kesihatan diri kita juga kan. Jadi sebaiknya ambillah makanan yang berkhasiat setiap hari, terutamanya yang semulajadi contohnya minyak zaitun.
Dan itulah yang Mama buat, sebab minyak zaitun adalah salah satu superfood yang Rasulullah pun sarankan guna. Dah lama juga Mama amalkan pengambilan minyak zaitun.
Rasulullah SAW bersabda :
“Makanlah minyak zaitun, dan berminyaklah dengannya kerana ia keluar dari pohon yang diberkati” (Riwayat Tarmizi)

Mula mula dulu sebab Mama selalu sakit sakit lutut. Bila terbaca yang Ben Ashaari dapat atasi masalah sakit lutut dengan minum minyak zaitun setiap hari, Mama pun cubalah. Alhamdulillah, serasi dan berkesan untuk Mama.
Sekarang dah jarang sangat alami sakit lutut. Kalau sekali sekala lepas angkat barang berat, banyak berdiri atau berjalan…baru terasa kat lutut tu. Biasa laa kan, faktor usia sama hehehe. Tapi nak kata sakit menyucuk nyucuk macam dulu, Alhamdulillah dah tak ada. Legaaa!
Macam Mana Cara Guna Minyak Zaitun Extra Virgin Olive Oil (EVOO)?
Ada banyak kegunaan Minyak Zaitun Extra Virgin Olive Oil (EVOO) untuk kesihatan dan kecantikan tau. Ni Mama kongsikan beberapa cara penggunaan minyak zaitun dalam kehidupan seharian…
1) Minum Secara Terus
Minyak Zaitun Extra Virgin yang berkualiti tinggi boleh diminum secara terus dengan sudu bagi memastikan semua kandungan khasiat Minyak Zaitun itu dapat diserap dengan lebih efektif oleh tubuh badan.
FDA menyarankan dos sebanyak 2 sudu besar sehari bagi amalan penjagaan kesihatan harian. 1 sudu besar sebelum sarapan pagi dan 1 sudu besar sebelum tidur malam.
Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan pula, dos pengambilan perlu ditambah mengikut keadaan dan kesesuaian kesihatan individu tersebut dimana jumlah pengambilan boleh digandakan kepada 4 sudu besar sehari.

Mama dah biasa minum EVOO ni begitu saja. Caranya:
- Minum 2 kali sehari iaitu 1 sudu besar (15ml) pagi sebelum makan pagi dan sebelum tidur.
- Minyak zaitun perlu diminum ketika perut kosong secara kemam dulu 1/2 minit sebelum ditelan perlahan. Selepas 3 – 5 minit barulah minum air.
Tapi kalau korang rasa tak leh nak telan minyak zaitun camtu ja, boleh juga campurkan sesudu minyak zaitun ke dalam jus lemon dan madu. Minum suam suam sedap!
2) Campuran Bersama Masakan dan Makanan
Selain daripada digunakan sebagai bahan masakan untuk menumis dan menggoreng, Minyak Zaitun Extra Virgin juga boleh dicampurkan bersama semua jenis makanan. Campurkan 1 atau 2 sudu besar minyak zaitun sebelum makanan dihidangkan bagi mendapat sepenuh kebaikkan khasiat minyak zaitun.
Mama selalu campurkan minyak zaitun extra virgin bila masak pasta, Mama suka drizzle kan sedikit minyak zaitun ke dalam pasta tu supaya pasta tak melekit.

Boleh juga campurkan ke dalam masakan berkuah macam kari dan sup, dan dalam sambal belacan pun ok tau.
Lagi satu, boleh guna Minyak Zaitun sebagai pencicah. Campurkan sedikit cuka buah, rempah ratus seperti Za’atar, Oregano, Rosmary atau Lada Hitam untuk dicicah dengan roti.
3) Untuk Sapuan dan Kegunaan Luar
Minyak zaitun juga boleh digunakan untuk kesihatan kulit dan rambut. Untuk kulit muka, gunakan sebagai cleansing oil, pelembap atau moisturiser, nak buat rawat breakout jerawat pun boleh.
Caranya, gunakan cotton bud untuk sapukan minyak zaitun pada jerawat. Biarkan ianya kering dan meresap ke dalam kulit. Sifat anti keradangan pada minyak zaitun dapat membantu menghilangkan jerawat.
Untuk rambut plak, boleh guna sebagai hair mask untuk elakkan rambut kering, bagi rambut lebat dan sihat. Hair mask tu buat seminggu sekali je pun dah ok.

4) Kegunaan Lain – Membersihkan Berus Mekap
Mama ada jumpa tips yang mengatakan minyak zaitun boleh digunakan untuk mencuci berus mekap juga. Campurkan beberapa titis minyak zaitun ke dalam air dan sabun yang korang biasa guna untuk cuci berus mekap. Minyak zaitun boleh bantu melonggarkan zarah yang ditinggalkan oleh solekan berasaskan minyak, jadi lebih mudah nak cuci berus mekap tu.
Kebaikan dan Khasiat Minyak Zaitun
Kenapa kita nak amalkan guna minyak zaitun setiap hari? Ni Mama kongsikan beberapa khasiat dan kebaikan minyak zaitun:
- Minyak zaitun mempunyai 74% lemak mono tak tepu dan memberikan banyak kebaikan kepada kesihatan serta membantu mencegah pelbagai penyakit.
- Mengurangkan kolesterol di dalam badan. Kajian menunjukkan seseorang yang mengambil minyak zaitun secara kerap akan mempunyai risiko lebih rendah mendapat penyakit kardiovaskular iaitu penyakit jantung, darah tinggi, strok dan kolesterol tinggi.
- Ianya kaya dengan antioksida, ia bertindak sebagai antikeradangan.
- Minyak Zaitun ini dikaitkan dengan diet mediteranean yang dapat menurunkan risiko penyakit.
- Membantu pencernaan dan mengurangkan ulser perut (gastrik).

Kenapa Pilih Minyak Zaitun Al’Ard Organic Extra Virgin Palestinian Olive Oil?
Dipasaran ada banyak jenis dan jenama minyak zaitun, jadi bila nak beli tu pastikan pilih yang berkualiti dan berkhasiat. Mama akan pilih yang dalam botol kaca gelap sebab ia boleh menghindari daripada terkena cahaya dan haba yang boleh merosakkan kualiti minyak zaitun tu.

Bagi Mama, Minyak Zaitun Al’Ard Organic Extra Virgin Palestinian Olive Oil menepati apa yang Mama nak, kerana daripada apa yang Mama baca ianya:
- Minyak zaitun terbaik awal musim atau early harvest.
- Minyak zaitun extra virgin adalah daripada perahan pertama dan cold pressed.
- Pilihan buah zaitun terbaik dan diproses pada hari yang sama.
- Kandungan acidity rendah kurang dari 0.5%.
- Minyak dari pokok zaitun jenis Nabali, Roomy dan Souri.
- Diiktiraf Halal, Organik EU dan JAS serta pengiktirafan Fairtrade.
- Hasil dari ladang zaitun di kawasan tanah tinggi sekitar Nablus, Tebing Barat Palestine.
- Buah zaitun dari pokok tua berusia sehingga 500 tahun hasil tanaman petani Palestine.
- Menghasilkan minyak dengan kandungan khasiat antioksidan yang lebih tinggi.
- Minyak zaitun diproses dan dibotolkan mengikut ‘Standard & Piawaian International Olive Oil Council.’
Premium Palestinian Za’atar Blend
Selain daripada Organic Extra Virgin Palestinian Olive Oil, Mama juga dah guna Al’Ard Premium Palestinian Za’atar Blend. Za’atar adalah campuran herba yang terdiri daripada thyme, bijan dan garam asli yang merupakan amalan pemakanan harian berkurun lamanya oleh masyarakat Timur Tengah. Biasanya Mama campurkan serbuk Za’atar ni ke dalam masakan.

Khasiat Za’atar:
- Dapat menguatkan minda.
- Melancarkan sistem pernafasan dan peredaran darah.
- Anti kulat/fungus dan mencantikkan kulit
- Menguatkan imunisasi tubuh badan.
Sebenarnya ada banyak lagi produk Al’Ard yang berkualiti dan bagus digunakan untuk kesihatan. Kalau nak tahu lebih lanjut dan nak beli, korang boleh layari:
Website: http://www.alard.my
Facebook: Al Ard Malaysia
Instagram: @alardmalaysia
45,409 total views, 2 views today
Minyak Zaitun memang bagus kalau diamalkan.
diana rashid recently posted…INILAH HADIAH HARIJADI MIKHAIL YANG KE 8
Yup, banyak khasiatnya
memang selalu beli olive oil ni bvuat masak spaghetti dengan macaroni hehe
Sama laa kita