Salam dears… 04.09.2020 – genap lah 12 tahun umur si kembar ni. Ishhh dah besar panjang dah anak anak Mama. Semua tinggi daripada Mama. Suara pun garau..sora jantans dah semua, tiada lagi suara cute miut hehehe.
Hmm terasa macam cepat sangat si kembar tiga ni membesar. Pejam celik pejam celik…ehhh Mama dah ada hero remaja lah! Alhamdulillah 😊


Apa Permintaan Si Kembar Sempena Harijadi?
So…macam mana kitorang celebrate birthday yang ke 12 tahun ni? Simple simple ja. Si kembar ni pun bukan jenis yang demand nak buat birthday party ka apa kaa. Kek pun tak ada. Cukup dengan sesuatu yang lain daripada biasa, diorang dah seronok dah.

Kali ni, yang diorang minta ialah nak minum Cool Blog paling besar & mahal (sebab biasa Mama kedek suh pilih yang paling murah ja hahaha), nak makan KFC (sebab jarang dapat makan KFC, tambahan sekarang ni Mama tiap hari masak sebab nak jimat) dan nak beli komik sorang 3 buah (sebab biasanya Mama bagi beli sorang 1 ja, tu pun jarang sangat beli komik).
Selain daripada apa yang diorang minta tu, Mama & Ayah dah plan nak belikan hadiah beg untuk gantikan beg sekolah diorang yang dah koyak. Boleh gak buat pakai bila naik tingkatan 1 nanti. Kiranya ni hadiah birthday merangkap persiapan sekolah tahun depan, jimat sikit..bijak tak Mama? Bijak…bijak! Hahahaha
Fikir punya fikir, kitorang decide untuk ke MidValley Megamall cari hadiah si kembar ni. Kat situ KFC pun ada kan. Teruja lah si kembar ni, sebab dah lamaaa sangat tak pergi jalan jalan ke mana pun. Sejak mula PKP bulan Mac ritu, diorang langsung tak jejak shopping complex tau. Maunya tak excited..pagi pagi lagi dah bangun bersiap encem encem hehehe.

Sampai ja kat Midvalley, dah pakat kelaparan. Terus cari KFC tapi staff cakap kalau nak dine-in, situ tengah tak ada air. Laaa tak syiok laa nak makan ayam KFC tapi tak leh basuh tangan kan. So kitorang decide beli ja roti bun dulu buat alas perut dan pi shopping dulu.
Mula mula pergi MPH pilih komik. Berjam jam gak laa dak tiga orang ni nak memilih. Maklumlah, dah lama tak dapat beli dan bukan selalu Mama bagi beli lebih daripada satu kan hehehe.
Settle kat MPH, terus naik ke tingkat atas untuk cari beg plak. Diorang dah tak nak dah beg sekolah Swan sebab katanya Swan ‘tak remaja’ hahaha. Padahal Mama suka Swan, sebab berkualiti. Tapi takpalah, layankan je lah ikut kehendak birthday boys ni.

Lepas beli beg tu, kitorang gerak ke Aeon plak sebab nak gi makan KFC dan nak cari dompet plak. Opah & Wan si kembar ni bagi duit suruh beli dompet elok elok sebagai hadiah birthday. Maklumlah… dah umur 12 tahun kan, nanti ada IC mesti nak ada dompet untuk bawa IC kann.

Ikutkan Opah & Tok Wan bagi duit suruh beli dompet kulit yang elok. Tapi si kembar ni nak juga dompet Body Glove, baru lah remaja katanya hahaha. Disebabkan Body Glove tengah diskaun, jadi cukup lah duit untuk beli dompet Body Glove dan dompet kulit gak sorang satu. Yang Body Glove nak bawa ke sekolah, dompet kulit nak buat guna masa keluar jalan jalan katanya. Ikut suka hati korang lah si kembar oii, janji duit cukup hehehe

Hari Sabtu tu memang shopping & layan permintaan birthday boys saja. Mama tak sempat nak cuci mata tengok tengok atau beli barang untuk diri sendiri pun. Errr..adakah ini bermakna Mama nak kena cari masa keluar shopping untuk diri sendiri plak? Hehehehe
Apa apa pun, didoakan semoga Fahmi, Faris dan Fauzi akan terus membesar dengan sihat dan sentiasa happy. Jadi hambaNya yang soleh & sentiasa dibawah rahmat dan lindungan Yang Maha Esa, Aamiin…
1,570 total views, 6 views today
kejap je masa berlalu..Tetiba rasa diri saya tua pulak. sebab memula baca blog ni masa diaorang kecik2 lagi..hahahah
diana rashid recently posted…REVIEW KONSERT BIG STAGE 2020 MINGGU KE 4 – NETIZEN MAHU KAK LINA POM POM KEKAL JADI PRESIDENT NETIZEN
Tu laa cepat ja kan
dah besar dah, dah jadi anak teruna. selamat ulangtahun kembar. jiwa remaja sangat taauuu
Terima kasih unty
Pejam celik dah 12 tahun membesarkan kembar 3 hensem ni ye, aunty doakan adik2 terus sukses dan cemerlang 🙂
Syaz Rahim recently posted…Sekitar Majlis Nikah Nana
Aamiin. Terima kasih Unty.
Comel giler kecik2 tu. Hahaha.. 3 org mcm copy paste letak kiri knn tgh. haha. Happy Birthday
YB Shehan recently posted…THE SHEEP SANCTUARY CAMERON HIGHLAND JADI TEMPAT PILIHAN KALI INI
Masa kecik muka seiras mmg mcm copy paste hehehe
Comelnyaa..Moga membesar dengan baik adik2.. 😀
Aamiin. Terima kasih 🙂