Salam dears… Dikala ramai dok kemaruk layan drama ‘7 Hari Mencintaiku’, Mama plak tengah kemaruk tonton siri ‘The Blacklist’ kat Netflix. Mama dari dulu lagi memang tak berapa nak tengok sangat drama Melayu, terutama yang cintan cintun. Drama Korea pun tak minat. Tapi, kalau siri omputih pasal crime thriller atau superheroes, itu Mama suka tonton.

Siri The Blacklist ni dah lama ada, sejak tahun 2013 lagi rupanya. Korang pun mungkin dah tonton kan? Tapi Mama baru je tahu dan start follow, sebab sebelum ni Mama tak ada Netflix. Ehh..Astro pun tak ada, channel TV biasa TV1, 2..3 pun tak ada. Memang tak tengok TV lah kiranya hehe.
Tapi masa PKP hari tu, Ayah mula langgan Netflix. Nak bagi kurang bosan duduk rumah ja kan masa tu. Sejak dari tu lah Mama dok layan tengok segala siri yang ada kat Netflix tu. Bermula dengan siri ‘The Flash’, lepas tu tengok ‘How To Get Away With Murder’ dan sekarang obses tengok ‘The Blacklist’ plak.
Kenapa Nak Tonton The Blacklist?
Kenapa Mama terjebak tonton The Blacklist ni? Sebab Mama memang suka siri crime thriller camni. Dan Mama rasa jalan cerita The Blacklist ni menarik, banyak misteri, suspens dan plot twist.
Watak utama dalam siri The Blacklist ni ialah Raymond “Red” Reddington, seorang penjenayah yang paling diburu dalam senarai America’s Most Wanted Fugitive tiba tiba menyerah diri kat FBI.

Tapi Red bagi syarat, dia nak bekerja dengan Elizabeth Keen sahaja. Elizabeth ni ejen yang baru ja join FBI…jadi kenapa Red nak kerja dengan Elizabeth? Apa hubungan antara diorang? Itu pun dah buat Mama tertanya tanya dah.
Lepas tu..satu persatu plot twist dalam cerita ni dibongkarkan. Contohnya..suami Elizabeth iaitu Tom Keen bukanlah cikgu sekolah macam yang dia kata, tapi dia ‘dimasukkan’ ke dalam hidup ejen Keen. Tapi…oleh siapa dan untuk apa? Siapa sebenarnya Tom Keen?

Raymond Reddington – Menakutkan Tapi Menarik..
Watak watak dalam siri The Blacklist ni pun menarik. Mama paling suka watak Raymond Reddington tu lah. Seorang penjenayah yang ruthless and unforgiving, tapi ada certain charm gitu.

Red ni bijak dan sangat protective dengan orang orang yang rapat ngan dia. Jangan laa cari pasal ngan dia atau orang orang yang dia sayang, memang bye bye donia lah jawabnya…gulppp menakutkan!
Tapi..gaya dia, cara dia berfikir, bercakap…cara dia confident and determined dalam apa yang dia buat, well…itu boleh buat kita kagum. Cuma jangan lah kagum sampai nak jadi penjenayah camtu plak tauuu hehe.

Ehhh macam macam lagi lah cerita yang menarik dan plot twist yang ada dalam The Blacklist nk. Siapa sebenarnya Raymond Reddington ni? Katarina Rostova, mak Elizabeth betul ke dah mati? Raymond akan dapat tahu tak siapa sebenarnya yang mengkhianati dia sampai kena tangkap dan hampir kena hukum gantung?
Haaa…nak tahu semua tu punya pasal, maka menganga laa Mama tengok siri The Blacklist ni satu persatu hahaha. Punya laa obses, tiap tiap hari Mama layan…masa rehat tengah hari pun sambil makan sambil tengok. Malam lepas dah siap semua kerja rumah, sebelum tidur layan lagi. Kiranya sakan marathon nak habis kan semua episod yang ada lah..
Hmm sekarang Mama dah tengok sampai Season 6. The Blacklist kat Netflix sekarang ada sampai Season 7 ja..lepas habis tu nak tengok siri apa plak eh? Cadangkan please 😊
1,400 total views, 4 views today
Kalau jalan crita tu kena dengan jiwa, susah nak stop kan
Yup betul, nak tgk lagi dan lagi jaa
Hahaha selamat terjebak! Mmg Best citer The Blacklist ni. Saya mmg follow dr S1-S7 kat AXN. So dah tahu rahsia Red tu siapa…😂 😂 😂 Nak bg spoiler tak 🤭🤭🤭🤭
Alaa no spoiler please hehehhehe
last saya tengok drama omputih cerita Desperate Housewife dengan Ghost whisperer.. Ha..punya la lama tu.. berapa belas tahun dah tu,,Hahha.. Saya suka drama-drama tu.. kalau drama jenayah2 gini tak minat..
drama melayu kalau anak2 buka saya layan la sekali. tapi sdrama jam 7 tak minat.Cintan cintun melampau sangat.hahah
diana recently posted…APA PERASAAN NYA BILA DAH KAHWIN
I pun layan crita Desperate Housewives tu gak dulu
Wah rajin sis tonton kat Netflix…tgk tajuk pun leh agak mesti seronok ni layan sampai season 7.
Sekali start terus terjebak hehe