Salam dears…. Semenjak terjebak dengan hobi bela pokok ni, siang malam dok fikir itu je lah. Bila ada masa terluang, ralit dok scroll Facebook dan Instagram tengok gambar pokok lawa lawa. Rasa syok jaa tengok tu semua hehehe.
Pastu…mula laa asyik nak hunting cari pokok lawa atau rare yang nampak kat IG ka FB tu. Ajak Ayah pergi nurseri, dia sentiasanya ok ja sebab dia pun minat sama hehe. Bila pergi nurseri tu biasalah, niat nak hunting satu pokok ja…tapi yang dibawa baliknya opkos lebih hahaha.
Sudahnya, dah banyak pokok kat rumah dan penuh bersusun ja kat lantai. Dah tu Ayah mengomel plak, nak baring baring kat balkoni pun tak boleh dah sebab penuh pokok! Ehhhh dia yang sakan membeli, pastu bising plak? Memang nak kena babab ni kan? Hahahaha

Rak Pokok Murah dan Simple
Ok laaa…nak bagi nampak lebih kemas dan space saving, Mama pun survey lah rak untuk pokok. Tengok balkoni Mommy Shehan, lawa jaa rak dia. Tambah dengan deko semua, memang cantik sangat! Tapi…Mama belum ada bajet nak beli rak dan deko deko gitu. Jadi cari yang murah murah ja lah dulu.
Elok plak dok survey tu, Nina Mirza share gambar rak dia baru beli kat Shopee…katanya murah RM42 saja dan kukuh gak. Haa ini lah yang saya mahu, murah dan berkualiti gitu hehe.
Mama pun tengok tengok lah kat Shopee tu, tapi seller yang Nina beli tu tak ada warna hitam yang Mama nak. Jadi Mama beli daripada seller lain dan harganya mahal sikit, RM52.62 termasuk pos. Ok laa masih dalam bajet Mama.
Lepas order tu, punyalah teruja tunggu rak tu sampai tau. Nasib baik seller pos cepat hehe. Bila dapat, terus pasang, susun pokok, snap snap gambar dan upload ke IG & FB. Biasalah…blogger kannn hahaha. Bukan nak eksyen menunjuk, tapi sebab happy sangat dah dapat barang yang nak, gittewww hehe

Ok laa daripada dulu semua susun atas lantai je kan. Tapi…ni dengan rak ni nampak macam banyak ruang plak, boleh laa beli pokok lagi kan, kan, kannn? 🤣🤣
Ohh yaa, kot kot korang pun mencari rak pokok yang murah dan simple macam ni, Mama beli daripada seller ni: Rainbowcities
Tapi korang cuba lah survey kat Shopee ka PG Mall ka kot kot ada yang lagi murah dan menarik di mata korang kan. Happy shopping and happy planting hehehe 😉
809 total views, 1 views today
Wahhh… murah jugak tu.. dilah pun tengah mencari rak utk letak pokok jugak ni.. boleh consider rak ni.. haha
Sila sila hehehe
Bila dah aada rak lagi la kemas Nani.. Rajin Nani menanam pokok hehehe .
Seronok plak jaga pokok, jadi hobi hehe
Kemas je jadinya, boleh tu nak tambah2 koleksi 🙂
Pelan pelan tambah lagi hehehe
banyaknya pokok.. semua cantik2..
Rajin betul jaga..
kat lantai tu boleh letak carpet rumput tu..
Diana recently posted…20 RESEPI MASALODEH PALING SEDAH YANG DAH RAMAI CUBA
A ahh ada plan gak nak letak carpet rumput tu.