Salam dears… Dah lama teringin, tapi ragu ragu. Takut terabai, takut nanti ia cepat mati. Sebab tau diri sendiri ni jenis yang tak berapa rajin. Tapi…bila kebelakangan ni asyik laa lalu lalang di timeline FB tentang kebaikan snake plant, jadi tertarik juga. Tambah plak bila baca yang snake plant ni tak susah dijaga..hmm nak juga lah!
Kebetulan sejak PKP dan terperap ja kat rumah ni, memang ada terfikir nak mula bela pokok pokok hijau dalam rumah. Bagi segar sikit udara dan sedap mata memandang. Itu yang mudah sangat jadi terjebak bila viral pasal Snake Plant tu hehe.
Masalahnya…bukan takat Snake Plant ja, tapi ntah apa apa lagi plant yang terangkut sama! Hahahaha




Jadi macam obses tau. Mula mula beli 3, 4 pokok ja. Bila dah susun & nampak cantik rumah, jadi meronta ronta jiwa nak pergi beli lagi. Asyik teringat ingat “cantik laa pokok kat nurseri tadi, patut beli ja…”. Maka esoknya, pergi lah melawat lagi ke nurseri tu.
Tapi..tapi…ada plak pokok lain baru sampai dan terpikat lagi! Makanya terangkut lah lagi banyak ‘anak anak baru’ bawa balik rumah hehehe. Sebab Ayah pun sama naik ‘menggila’ bila pergi ke nurseri tu. Kalau ikut kan dia, nak gantung pokok penuh kat balkoni sampai jadi cam hutan katanya hehehe.
Haru…memang haru! Nasib baik lah Ayah yang belanja, robek poket dia, bukan poket ku gittewww ahahaha

Some of my new ‘babies’. Bangun pagi tengok dah berbunga bunga comel, adakah itu tandanya dia bahagia di sini? π

Yang Calathea ni ja risau sikit nak jaga. Sebab baca infor katanya agak cerewet & mudah ‘merajuk’. Harap harap happy lah kat sini & jangan mudah merajuk ngan Mama yer. Nanti kang Mama sedih jenuh Ayah nak kena belikan pokok baru lagi…ehhh ππ
Apa apa pun, memang rasa seronok lah ada pokok pokok gini di rumah. Rasa macam makin berseri plak rumah hehe. Rasa macam segar dan sejuk ja mata memandang, syok! Alhamdulillah π
2,040 total views, 4 views today
Cantik2 semuanya.. rumah saya je malas nak berpokok2. Tak rwti nak jaga sebenarnya.. heheh
Ni pun baru dok belajar gak, siap tgk kat youtube cara jaga pokok haha
cantik2 pokoknya…sama lah..sy sebelum viral tu dah beli…lepas tu terus viral…
Skg harga dah boleh tahan…dulu murah ajer masa beli
Kan..skarang boleh cecah ratus harganya
tengah viral pokok ni kan
Yup, sampai naik harga lah
saya pun ada satu snake plant
Hi geng! hehe