Salam dears… Biasanya semasa berbuka puasa, Mama nak ada satu juadah manis sebagai pencuci mulut. Tahun tahun yang lalu, Mama beli ja apa apa kuih sebab tak rajin nak buat sendiri hehehe.
Tapi disebabkan tahun ni PKP, maka setiap hari memang masak sendiri ja lah. Sampaikan fenin gak tiap hari fikir nak masak apa. Maka Mama pun mengGoogle lah cari apa apa resepi kuih atau cucur manis yang simple, terjumpa plak resepi susu goreng..wah menarik!
Pertama kali Mama dengar pasal susu goreng ni. Terus teruja nak buat. Kebetulan ada stok susu kambing Lazz Kurma kat rumah ni. Tengok cara nak buat pun senang ja, apa lagi…terus onzz lah hehehe

Resepi Susu Goreng Lazz Kurma

Bahan-bahan:
– Air 300 ml
– Susu kambing Lazz Kurma 5 sudu besar
– Gula pasir 4 sudu besar
– Tepung jagung 6 sudu besar
– Tepung gandum/tepung serbaguna secukupnya
– 2 biji telur
– Breadcrumbs
Cara:
– Masukkan susu Lazz Kurma yang telah dibancuh dengan air, gula dan tepung jagung ke dalam periuk.
– Masak di atas api kecil. Kacau sehingga sebati dan bancuhan menjadi likat.
– Tutup api dan angkat periuk.
– Sediakan bekas, lapik plastik dalam bekas atau pun sapukan marjerin dikeliling bekas supaya tidak melekat.
– Tuangkan bancuhan tadi ke dalam bekas tersebut.
– Biarkan bancuhan sejuk, kemudian masukkan ke dalam peti ais selama 3-4 jam sampai bancuhan tadi keras.
– Keluarkan dari bekas dan potong.
– Salut dengan tepung gandum atau tepung serbaguna.
– Kemudian celupkan ke dalam telur dan salut dengan breadcrumbs.
– Goreng sehingga kekuningan.
– Angkat dan hidang.
Makan panas panas masa berbuka puasa syiok woo. Rasa lemak lemak susu Lazz Kurma tu, memang sedap! Berebut rebut si kembar ni makan hehe
Nampak gaya lain kali kena buat lebih banyak lagi ni. Takpa, kalau susu Lazz habis, leh Whatsapp je untuk order..nanti delivery sampai ke rumah, senang!
Susu Lazz dan LazzCafe Sedap dan Berkhasiat
Kalau korang nak tahu, Mama ni jenis yang kurang gemar minum susu. Tambah plak susu kambing, sebab macam ada bau. Tapi sejak cuba susu Lazz ni dulu, sampai sekarang Mama suka! Susu kambing Lazz ni memang Mama boleh telan sebab rasanya sedap, smooth ja dan langsung tak ada bau hamis tau.
Bab khasiat tak payah cerita panjang laa kan. Susu memang banyak kebaikannya untuk tubuh badan, untuk gigi dan tulang yang sihat dan macam macam lagi lah. Ditambah pula dengan khasiat kurma, memang terbaik!
Semasa berpuasa ni, elok minum susu Lazz masa bersahur. InsyaAllah boleh tahan lapar, tak pedih perut dan kekal bertenaga sepanjang hari.

Hmm masa bersahur minum secawan susu Lazz Kurma. Buka puasa, makan susu goreng Lazz. Lepas berbuka, pekena plak secawan LazzCafe. Perghhh nikmat! Hehehe
Ohhh yaaa…susu Lazz ada perisa baru gak tau, iaitu perisa strawberi. Pasni boleh laa cuba buat susu goreng Lazz Strawberi plak, mesti sedap kannn
Macam Mana Nak Order Susu Lazz?
Kalau korang nak beli susu kambing Lazz atau LazzCafe ni, boleh order melalui Lazz Careline. Penghantaran sampai depan pintu rumah. Amat memudahkan!

Lazz Careline 1 : 018-2777290
Lazz Careline 2 : 016-2449722
Website: LAZZ Susu Kambing
Facebook: LAZZ Susu Kambing
Instagram: LazzSusuKambingHQ
Selamat mencuba resepi susu goreng Lazz Kurma 😉
1,660 total views, 2 views today
Wahh menarik resepi ni Nani . Nanti nak try uat la utk anak anak . Mesti diaorang suka ..
InsyaAllah diorang akan suka
Menarik tertarik menu ni. Rare tu..!! Nanti nak try laaa
Nina Mirza recently posted…Fungsi Dan Cara Pakai CC Cream Sunscreen Yang Ada SPF Dan Tidak Berminyak
Sila sila try
wahhhh serius la ,first time tau ni boleh try nanti ,susu lazzmemang mengenyangkan terutama time puasa
Try laa, sedap
Teruja tengok kuih tu.. Lain dripada yang lain.. Boleh cuba ni