Salam dears…walaupun Mama dah ada teh kegemaran Mama sendiri, tapi baru-baru ni bila nampak kawan Mama si Kak Long share pasal satu teh herba yang dia memang consume, jadi berminat plak nak cuba juga. Sebab Kak Long kata teh misai kucing yang dia minum tu baik untuk kesihatan dan untuk elakkan kencing kotor.
Orang yang dah pernah kena sakit kencing kotor ni jer yang tahu betapa seksanya rasa. Masa mengandungkan si kembar, Mama pernah sampai kena masuk wad dan kena masuk tiub tau sebab tak boleh nak kencing, memang seksa wehhh huhu.
Mama teringat yang Kak Long pernah mengadu dalam whatsapp group yang dia tengah sakit sebab kena kencing kotor. Tapi sejak dia amalkan minum Teh Misai Kucing, Kak Long kata dia dah jarang kena serang dengan penyakit kencing kotor ni.

Jadi Mama berminat nak cuba jugalah sebab Mama pun sedar bila umur semakin meningkat ni boleh jadi buah pinggang kita juga dah semakin kurang berfungsi. Takut juga bila Mama dengar macam-macam penyakit boleh datang kalau tak jaga kesihatan dari sekarang.

Khasiat Teh Misai Kucing
Ini Mama nak kongsi sikit tentang kebaikan Teh Misai Kucing. Mama pun ada baca-baca jugak pasal herba Misai Kucing ni samada betul ke ianya selamat untuk diambil.
Daripada apa yang Mama baca, diantara khasiat misai kucing ini ialah:
- Dapat membantu membuang toksin dalam badan. Ia juga membantu mengurangkan kepekatan glukosa dalam darah.
- Apabila kita mengamalkan air herba ini, bahan aktif akan dicernakan membentuk satu bahan dikenali sebagai asid kafeik. Kajian awal yang dijalankan oleh seorang penyilidik di MARDI menunjukkan bunga misai kucing mengandungi kuantiti asid kafeik yang agak tinggi. Katanya asid kafeik membantu menurunkan paras glukosa dalam darah dan meningkatkan paras insulin plasma darah.
- Mengandungi bahan antioksidan mudah serap yang tinggi dan juga dapat membantu menjaga sel daripada tindak balas radikal.
- Membantu mengurangkan kolestrol dan merendahkan tekanan darah, sekaligus dapat membantu dalam menjaga tahap kesihatan yang baik.
- Membantu membersihkan sistem perkumuhan dalam badan kita, contohnya ginjal dan saluran air kencing.
Cara Pengambilan Teh Misai Kucing
Mudah sahaja caranya. Ambik satu uncang Teh Misai Kucing dan tuang sahaja air panas. Biar teh selama 1 – 2 minit sebelum minum. Uncang teh juga boleh diguna pakai untuk 2 ke 3 kali rendaman atau sehingga tiada rasa dan warna.

Mama dah cuba minum teh misai kucing ni tanpa tambah gula ka apa ka. Ikut tekak Mama, rasanya tak lah sepahit green tea. Ok lah boleh ja telan habis secawan tanpa berkerut dahi atau tutup hidung hehehe
Ladang Teh Misai Kucing
Haaa selain daripada tu apa yang buat Mama nak cuba Teh Misai Kucing dari Apotec Malaysia ni ialah sebab ianya ada ladang Misai Kucing sendiri di Desaru, Johor dan Pasir Raja, Terangganu.

Dari apa yang Mama baca ia adalah antara taman herba terbesar di Malaysia dibawah kendalian Syarikat BioAlpha Holdings Berhad iaitu sebuah syarikat tambahan kesihatan bersepadu.
Aktiviti penanaman pula terletak di Desaru, Johor dan Pasir Raja, Terengganu. Dengan jumlah keseluruhan seluas 1,303 ekar, syarikat Bioalpha mengendalikan salah satu taman herba yang terbesar di Malaysia.

Taman herba ini juga sedang dibangunkan untuk penanaman herba mentah bagi pengeluaran dalaman kesihatan berasaskan herba-herba.

Taman herba Bioalpha di Desaru merentasi sekitar 300 ekar, di mana lebih 100 ekar telah dibangunkan dan ditanam sepenuhnya dengan pelbagai jenis tanaman, sementara aktiviti penanaman sedang dijalankan untuk baki 200 ekar.

Jadi pada korang yang berminat nak beli dan cuba Teh Misai Kucing ni atau nak tahu lebih lanjut pasal produk-produk herba keluaran Apotec Malaysia yang lain, korang boleh rujuk disini.
Website : Apotec Malaysia
Facebook : Apotec Malaysia
Instagram : @apotecnushine
Store Locator : Constant Pharmacy
24,136 total views, 2 views today
ku dah cuba juga. Fuh kawwww
YB Shehan recently posted…SCHOOL HOLIDAY SPECIAL 2019 WITH PRASARANA
Minum panas panas ok kan
Penah try consume teh misai kucing. Badan jadi ringan dan bertenaga. Kena konsisten minum, akan dapat keberkesanannya. Minum panas² best !
SalinaJohari recently posted…Jangan Bersedih Untuk Sihat Dan Kuat
Yup, kalau konsisten insyaAllah rasa kesan
misai kucing ni memang banyak khasiat, mudah tak nak dapatkan produk ni selain online?
Boleh try cari kat Constant Pharmacy. Tapi order online lagi senang rasanya hehe
Ladang dia besr betul ye..pokok nya serupa macam misai kucing. Banyak khasiat minuman ni
Yup, bagus amalkan
ini paket yg ketiga singgah di rumah un
Bagus laa UN amalkan
Ai tau misai kucing ni baik untuk kencing manis je. Cantik pula tengok bunga dia tu.
Mama pun baru tau gitu rupa bunga misai kucing hehe
Terimakasih long share khasiat dia. Boleh cuba ni
DIta Vera recently posted…7 Manfaat Wardah White Secret Intense Brightening Essence Serum, Cerahkan hingga Jaga kelembaban Wajah
Dah warna n bentuknya cantik, khasiatnya bagus pula. Pernah sekali pakai, dalam semalam badan kembali fit n bertnga
Ruis tyara recently posted…Naavagreen: Ini 20 Skincare dan Perawatan Kulit Terbaik yang Layak Dicoba
Wah bagus lah camtu, sesuai dengan you.