Salam dears… Sekolah dah dekat nak buka ni, korang dah beli kasut sekolah untuk anak anak ke? Mama dah. Baru ja beli, sebab terpengaruh bila nampak promosi kasut sekolah Bata di instagram Dato’ Dr Sheikh Muszaphar. Yup, Mama suka skodeng IG dia. Jadi memang aii mudah terpengaruh lah hehehe
Tambah plak bila tengok Bata buat promosi ‘Smart Combo’ kasut sekolah hitam 2 pasang RM79 saja! Ehhh murah tu wehh! Maka terus terjah website Bata cari infor pasal ni.
Sambil tu, ternampak plak koleksi terbaru kasut sekolah Bata yang ada ciri antibakteria. Okeh…harus lah melawat kedai Bata kan, kan?

Sebenarnya kan, si kembar ada kat kampung sekarang tapi Mama tetap bersemangat nak terjah kedai Bata tu sebab kaki kitorang lebih kurang sama saiz jer. So boleh laa Mama cuba pakai kasut tu untuk diorang. Senang kan bila kaki anak nak sama besar dah ngan kaki Mama nya hehehe
Koleksi Terbaru Kasut Sekolah Bata Dengan Ciri Antibakteria
Daripada apa yang Mama baca, koleksi kasut Bata dengan ciri antibakteria ni direka khas dengan bahan hidup semulajadi atau ‘Life Naturals’. Ianya berasaskan bakteria tumbuhan yang boleh melawan bakteria penyebab bau peluh.
Bahan revolusioner ni juga mampu menghapuskan 99% bau yang disebabkan oleh bakteria serta membolehkan kaki rasa segar sepanjang hari.

Tu diantara design yang ada dalam koleksi kasut antibakteria Bata. Smart kan? Bahagian insole nya lembut dan kasut pun ringan ja, InsyaAllah selesa anak anak pakai.

Koleksi antibakteria ni juga telah diuji di makmal bagi memastikan perlindungan dan prestasi yang maksimum. Haa menarik kan? Takde lah risau kasut sekolah tu bau busuk mashamm jer hehehe.


Hmm dulu masa kasut putih, risau bab kasut mudah kotor dan juga busuk. Kena kerap basuh nak pastikan kasut bersih. Sejak pakai kasut hitam, dah tak risau kasut nampak comot tapi bab bau tetap jadi masalah. Ye laa sehari 6 jam kasut bertutup, konpem berpeluh. Kalau seminggu pakai tak basuh, memang ‘harum’ lah baunya kan. Boleh pitam wehhh hahaha
So…terpaksa basuh juga lah kasut tu. Tapi sekarang bila ada kasut sekolah Bata dengan ciri antibakteria ni, dah tak payah risau bab bau dah. Juga tak risau lah kaki anak naik kudis ka gatal gatal sebab kasut kotor kan? Plus….dapatlah laa kurangkan kekerapan basuh kasut, yahoooo! Hehehe
Promosi Smart Kombo – 2 Pasang Kasut Hitam RM79 Saja!
Tengok harga, terus jatuh cinta..gittewww hehe. Ye lah, sapa tak suka barang elok pada harga murah kan? Dapat berjimat, opkos lah suka kannn…Jenama Bata ni kan dah memang sinonim dengan kasut sekolah yang selesa dan berkualiti. Bila ada harga promosi, rugi wehh kalau tak grab!

Harga asal sepasang RM49.99, tapi beli dua pasang RM79 saja. Fuhh memang berbaloi, jimat banyak!


Selain daripada tu, kalau beli 2 pasang kasut hitam Bata…boleh beli backpack North Star pada harga RM49 atau pun stokin dalam pek berkembar pada harga RM29.90 saja. Wahhh dapat jimat lagi ni, best!




Done shopping kasut sekolah Bata untuk si kembar tiga, yayyy! Tak sabar nak surprise kan diorang dengan kasut ni. Mesti diorang teruja lah! hehe
Memang berbaloi lah grab promosi ‘Kembali ke Sekolah’ Bata ni. Tapi korang kena cepat, sebab promosi ni sah sehingga 5 Januari 2020 saja tau…
Maklumat lanjut:
Website: https://www.bata.com.my/
Facebook: Bata
Instagram: Bata Malaysia
5,697 total views, 1 views today
Wah…. Tertarik dengan Anti-Bakteria tu..
Kasut bebudak memang ada bau! Hahaa
Nina Mirza recently posted…Bedak SUCHI tanpa pewangi pelbagai guna wajib bawa ketika Umrah Haji
Tu lahhh..leh pitam mak bau hehe
Baru ja shopping kasut Bata utk anak2…
Berbaloi kan 🙂
mak mak memang excited nak shopping. even anak tak ada, bantai la shopping pun kan. hehe. lagi2 kaki mak sama besar dengan anak..keciknya kaki maknyaaaa
Tu lah, excited haha. Bukan kaki mama nya kecik, tapi kaki si kembar ni yg besar hehehe
Wow! Menariknya feature anti-bakteria tu. Design pun cantik2. Boleh cuba test try ni 😁
A ahh design smart!
Tak pernah lagi try bata . Berbalo rasa kalau 2 pasang RM79 dengan condition kasut yang boleh dikatakan agak terbaik. Nanti nak singgah la
Yup, memang berbaloi beli.