Salam dears… Korang dah beli barang kelengkapan sekolah ke? Mama dah! Sebelum si kembar balik kampung masa cuti sekolah ni kitorang dah pergi shopping siap siap kat kedai favourite Mama ~ Pusat Pakaian Hari Hari. Hampir setiap tahun Mama beli baju sekolah di Hari Hari, terutamanya baju sekolah agama.

Baju Sekolah di Hari Hari Murah dan Berkualiti
Sejak si kembar tiga ni Darjah 1 lagi Mama dah biasa beli uniform sekolah kat Pusat Pakaian Hari Hari, terutama sekali set Baju Melayu untuk uniform sekolah agama.
Mama suka shopping baju sekolah di Hari Hari sebab harga berpatutan dan kualiti kainnya pun elok, setanding dengan jenama lain.
Kat Hari Hari dengan harga kurang daripada RM65 dah boleh beli full set baju, seluar, kasut dan stokin untuk size paling kecil tau. Macam untuk si kembar ni, sebab size dah besar harga lain dah tapi masih ‘mesra bajet’ lah bagi Mama.


Masa kitorang pergi tu ada promosi, dapat beli seluar sekolah yang panjang dengan harga serendah RM15 ja sehelai, gilerrr murah weh! Terus aii grab 3 helai untuk si Fauzi hehe.


Dapat beli untuk Fauzi sorang je sebab yang promosi tu limited size dan stok. Masa tu paling besar saiz 30 dan Fauzi ja yang boleh muat. Fahmi dan Faris tak muat sebab perut diorang muncit hahaha.
So untuk si Fahmi dan Faris beli yang lain saiz 31, harga RM32.90 sehelai. Baju kemeja putih plak Mama beli yang lengan pendek kain cotton dan harga RM26.90 sehelai (saiznya Mama lupa hehe).

Untuk uniform sekolah agama plak Mama beli set Baju Melayu putih saiz 38 harga RM38.90 setiap set dan kain sampin hijau harga RM11.90 sehelai.


Bagi Mama harga tu memang berpatutan dan berbaloi lah beli, sebab kainnya elok dan berkualiti, tak panas dan selesa pakai. Tahan elok pakai sepanjang tahun. Tak payah nak keluar duit beli lagi nanti ganti baju rosak ka lusuh ka apa ka, jimat!
Hmm buat apa beli yang mahal, kalau boleh dapat yang murah tapi berkualiti, betul tak? Hehe.
Jony&Jeny atau No Problem?
Ohh yaa…kat Pusat Pakaian Hari Hari ni ada dua jenama iaitu Jony&Jeny dan No Problem. Mama pernah beli kedua duanya, sebab dua dua brand pun elok.
Cuma daripada pemerhatian Mama, cuttingnya ja berbeza sikit. Yang No Problem tu kaki seluarnya cutting kecil sikit ala ala slim fit, tapi tak lah ketat pun…tetap stylo gittew hehe. Cumanya kalau korang suka cutting yang loose, ambil brand Jony&Jeny.
Daripada segi kualiti kainnya plak, Mama rasa dua dua brand pun sama ja. Kalau baju kemeja tu ada yang jenis kain cotton dan kain licin. Tapi Mama selalu beli yang cotton, tebal elok dan tak mudah lusuh. Jahitannya pun kemas. Aii like! Hehe
Pelbagai Kelengkapan Sekolah di Hari Hari
Bukan setakat baju sekolah ja tapi macam macam lagi barang kelengkapan sekolah yang ada di Pusat Pakaian Hari Hari tau. Beg sekolah dan alat tulis pun ada. Kasut, stokin, singlet, anak tudung dan tudung sekolah opkos lah ada hehe.








Tahun ni si kembar sibuk nak kan beg sekolah No Problem sebab diorang berkenan dengan design nya, simple dan cantik diorang kata. Mama pun ok kan je, sebab tengok kualitinya elok dan harganya pun tak mahal. Yang si kembar pilih harga RM39.90 ja sebiji. Ok lah kan, harga berpatutan sangat.


Ada Promosi dan Freegift
Tambah best, sepanjang bulan Disember 2019 ni ada macam macam promosi plak tu di Hari Hari:
– FREEGIFT Calendar, Stokin Putih, Kasut Putih untuk pembelian dari RM30 sehingga RM150 (selagi stok masih ada).
– Pemegang Kad Debit/Credit CIMB boleh dapat discount 15% sepanjang bulan Disember 2019. Dah laa murah, dapat diskaun lagi kalau bayar guna kad tu, jimat wehhh!


Kat Mana Cawangan Hari Hari?
Ohh yaa Pusat Pakaian Hari-Hari ada 86 cawangan seluruh Malaysia tau. Korang boleh layari www.hari.com.my kalau nak tau kat mana cawangan yang terdekat dengan korang. Yang Mama biasa pergi ialah cawangan kat Lake Fields, Pekan Sungai Besi.

Sejak si kembar kecil kitorang dok shopping baju kat situ sampaikan si kembar ni dah selesa lari sana sini macam kat rumah sendiri ja, siap boleh main nyorok nyorok lagi kat situ adehhh 🤦
Nasib baik lah staff Hari Hari kat situ baik dan mesra, buat tak kisah je si kembar ni lari merata hehe. Susun atur kedai pun kemas dan selesa, tak lah rasa fenin kepala sangat ngan si kembar ni bila shopping kat situ hehehe
Beli Online Pun Boleh
Kalau korang sibuk dan tak sempat nak ke kedai, boleh gak beli online di website www.ehari.com. Lagi best sebab sepanjang bulan Disember 2019 ni beli online ada DISKAUN 15% untuk semua barangan sekolah.
Pastu, boleh dapat PENGHANTARAN PERCUMA untuk pembelian berharga RM50 ke atas. Fuhhh dapat jimat masa, tenaga dan duit, syok!

So kalau korang masih mencari barang kelengkapan sekolah dan baju sekolah yang murah dan berkualiti, silalah bershopping di Hari Hari. Malas nak pergi ke kedai, beli online saja. Mudah, harga berpatutan dan kualiti bagus…aii like Hari Hari! Hehehe

Maklumat lanjut:
Website: www.hari.com.my
Facebook: http://www.facebook.com/harihari
Instagram: http://www.instagram.com/harihariofficial
Beli Online: www.ehari.com
19,110 total views, 2 views today
Hari Hari memang kedai favourite, harganya murah dan pakaian sekolah berkualiti.
Kann..puas hati shopping kat Hari Hari
mama, mmg kat sini best..btul Jony&Jenny cutting loose , un beli utk along. adik beli jenama no problem, sebb cutting kecil. slim fit gitu
Yup, tapi dua dua jenama pun kualiti elok kan
Yeayyy kita pon dah soping dah kat hari2 baru2 ni. Mmg best soping kat sini. Harga murah barang berkualiti. Opkos laaa kita suka .
Kannn…berbaloi!