Salam dears… Sebaik saja masuk dalam mulut, terus terasa nikmatnya. Lembut, gebu, isinya padat! Fuhhh makan satu tak cukup, makan lebih tak jemu…haaa gitteww lah yang Mama rasa masa makan donat kapas gebu gebas dari Donat Kapas & Coffee, serius sedap!
Donut Kapas dan Nasi Arab di Donat Kapas & Coffee, Kajang
Selalu dok usha gambar ja kat Facebook Donat Kapas & Coffee, akhirnya dapat juga rasa sendiri. Hari tu kitorang pergi beramai-ramai untuk Hi-Tea kat sana, sekali ngan Shehan dan Kak Long Saidila juga. Bukan setakat donut kapas, tapi Nasi Arab dan Bubur Nasi sekali kitorang bedal sampai boncit! hehehe


Pelbagai Pilihan Filling Donat Kapas
Donut Kapas atau bombolini kat sini ada pelbagai pilihan filling tau. Ada Fruity Series (filling epal, mango, strawberry ngan apa lagi ntah dah lupa haha), ada donut peanut butter, coklat, Milo, Nutella, dan macam macam lagi lah. Yang penting, donutnya lembut gebu gebas dan isi padat! Rasanya pun tak terlalu manis, just nice ja dan kena ngan taste aii lah.




Tapi paling sedap nak mampoih Mama rasa ialah yang Burger Malaysia ni. Pedas pedas manis ngan ikan bilis rangup, wallawehhh sedap oii!




Nasi Arab Sedap!
Selain daripada donut kapas, sini ada Nasi Arab juga dan Nasi Arabnya memang da bomb! Sampai hari ni Mama teringat ingat Nasi Arab di Donat Kapas & Coffee tu, sedap oii!
Nasinya lembut, daging ayam dan kambing terasa lah rempahnya. Sup sedap, sambal sedap…ehh semua laa sedap kena dengan selera tekak Mama ni 😍

Ayam dan kambingnya ada yang original dan spicy, pilih la ikut taste sendiri yang mana nak. Yang spicy tu, terasa gak lah bahangnya hehe. Lagi best, daging kambingnya tak berbau pun, syok ja makan…terbaik! 👍👍

Si Faris pulun makan sungguh lah Nasi Arab tu, ntah berapa round duk ulang makan pun tatau lah. Sampai kan orang dah nak balik, dia dok ulang makan lagi. Pastu masuk kereta terus lena sepanjang perjalanan, siap berdengkur dengkur haaa. Betul betul gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati lah hehehe.

Tak puas makan kat situ, Mama siap order tapau 2 bekas donut kapas tu bawak balik hokey…takut kang balik rumah dok teringat ingat kang punya pasal hahaha. Balik rumah makan pun masih sedap tau, yummy!
Gambar dicilok dari FB Donat Kapas & Coffee
Mama dok usha FB diorang, dah keluar produk baru…Cinnamon Rolls laa pulak. Nampak sedap ni wehhh. Habis tu, ni nak kena rasa yang ni plak laa kan, kan? Haishhh acaner nak diet ni kalau gini? hahahaha
Nak Order atau Jadi Ejen?
Ohh yaaa…kalau nak order Donat Kapas atau Nasi Arab ni boleh contact Kak Su 0176137255 atau 0129202058. Order untuk buat jamuan ka gathering kat rumah ka ofis korang pun sesuai ni.
Nak walk-in pergi beli kat kedai Donat Kapas & Coffee pun boleh, cuma perlu tunggu sekejap lah sementara diorang masukkan filling donut tu. Tapi kalau Nasi Arab, better korang call dan buat tempahan dulu tau.
Haaa kalau nak jadi ejen pun dialu alukan. Diorang memang tengah cari ejen tu. Untuk lebih info, boleh tengok kat FB dan IG gak yer. Selamat menjamu selera 😉
Donat Kapas & Coffee
Alamat: No 12-1, Jalan Putra 3 , Taman Putra, 43000 Kajang
Facebook: Donat Kapas & Coffee
Instagram: DonatKapasKajang
Untuk tempahan, telefon: Kak Su 0176137255 / 0129202058
894 total views, 18 views today
nasi arab tu mcm sedap aje…nak ajak geng lepak sini plak lah
Sila sila…call order dulu tau
Uish… Terliuq aih tgk all those good food! 🤩🤩🤩 Nak kena try nih 😁
Jom nanti kita set pi sama sama
ni kalau bawa my sis ni mahu dia order semua .. dia suka makan donut kapas ni
Bawa jgn tak bawa hehehe
omygodddddddd sedapnyerrrr
Memang sedapppp
makan bersama chicken floss tu meranrik….lagi best org yang belanja
Memang sedap