Salam dears…Macam mana nak bagi anak anak suka pergi sekolah dan minat belajar? Mama yakin, ini adalah salah satu persoalan yang sering kali bermain difikiran ramai ibu bapa dan juga guru guru!
Tambah plak dalam zaman yang semakin berubah ni, adakah cukup sekadar belajar menghafal daripada buku dan boleh jawab soalan peperiksaan je? Mama rasa tidak! Education is more than just that!

Ya, bila hantar ke sekolah tu tentulah kita nak anak anak belajar daripada segi akademik. Nak diorang pandai membaca, menulis, mengira dan sebagainya kan?
Tapi bagi Mama, bila ke sekolah tu penting juga untuk anak anak mendapat pendidikan yang menyeluruh dan holistik.
Maksudnya, selain daripada akademik, Mama nak si kembar ni belajar tentang kemahiran hidup (life skills) seperti keyakinan diri, kebolehan berkomunikasi, critical thinking, kreativiti, kebolehan untuk bekerja dalam kumpulan (team work), adab sopan dan macam macam skills lagi lah. Omputeh kata ‘street smart’ gitu.
Dan bagi Mama bila zaman semakin berubah, cara belajar dan mengajar juga perlu mengikut peredaran zaman.
Sebab tu lah Mama rasa teruja sangat bila dapat hadiri sesi perbincangan ‘Education Transformation in Malaysia: A Dialogue Session + Survey Findings Presentation’ baru baru ni dimana Mama dapat tahu lebih lanjut tentang Program Sekolah Amanah atau ‘Trust Schools Programme (TSP 1.0)’.

Apa Itu Program Sekolah Amanah atau Trust Schools?
Sebelum ni Mama pernah dengar gitu gitu je pasal Sekolah Amanah atau ‘Trust Schools Programme (TSP 1.0)’ ni, tapi tak tahu apa benda sebenarnya dan apa impaknya? Korang pun mesti ada yang macam Mama gak kan, kan? Mengaku je lah hehehe. Okeh.meh nak cerita…
Secara ringkasnya, program Sekolah Amanah ni adalah satu program transformasi sekolah awam (sekolah kerajaan) yang diuruskan secara bersama oleh pihak swasta dan pihak kepimpinan sekolah awam tu, dibawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Program Sekolah Amanah (TSP 1.0) ni merupakan program utama LeapEd Services Sdn Bhd (subsidiari Khazanah Nasional Berhad) yang direka untuk membangunkan para pelajar secara holistik dengan keupayaan abad ke-21.

Melalui kerjasama dengan Yayasan AMIR dan Kementerian Pendidikan, program ni dicipta khusus untuk memastikan kemampanan dengan sekolah-sekolah di Malaysia. Matlamat strategik utama yang difokuskan adalah:
- Membangunkan kepimpinan berkualiti tinggi
- Menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran
- Memaksimumkan potensi dan pencapaian murid
- Memperkukuhkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan yang lain
Program TSP ni akan dijalankan selama tiga tahun di sekolah yang terpilih. Sekolah rendah ada, sekolah menengah pun ada juga.
Kos untuk program ni plak ditaja oleh pihak syarikat korporat (corporate sponsorship) yang bekerjasama dengan LeapEd.
Sejak dilancarkan pada tahun 2011, TSP 1.0 telah memberi kesan kepada lebih 5,300 ibu bapa dan 65,000 pelajar di 83 buah sekolah meliputi 12 buah negeri di Malaysia.
Fuhh banyak gak sekolah yang terlibat tu kan? Tapi Mama harap lebih banyak sekolah akan dapat sertai program ni. Kenapa? Sebab daripada kajian yang dijalankan, program ni memang ada impak yang positif!
Apa Impak Program Sekolah Amanah?
Untuk mengetahui hasil daripada fasa pertama Program Sekolah Amanah (TSP 1.0) dan menambahbaik program tu untuk TSP 2.0 yang akan datang, LeapEd telah menjalankan Kajian Impak TSP 1.0.
Kajian tu telah dibuat menggunakan kaedah campuran yang melibatkan tinjauan, temubual dan pemerhatian daripada lebih 3,000 responden termasuk kakitangan sekolah, pelajar dan ibu bapa.
Di antara impak positif utama TSP 1.0 dapat dilihat daripada segi peningkatan kecekapan professional dan pengajaran dan pembelajaran berkualiti tinggi

Peningkatan Kecekapan Professional:
- 66% Kepimpinan Kanan dan 49% daripada Kepimpinan Pertengahan di sekolah menunjukkan mereka telah mencapai peningkatan 1 tahap dalam skala kecekapan professional.
- 61% Guru telah mencapai kemajuan minimum peningkatan 1 tahap, manakala 25% mencapai peningkatan 2-3 tahap dalam skala kecekapan professional.
Pembelajaran Berkualiti Tinggi dan Persekitaran Positif:
- 91% pelajar sekolah rendah dan 88% pelajar sekolah menengah mengatakan diorang rasa ada peningkatan dalam kualiti pengajaran dan pembelajaran.
- 79.5% bersetuju bahawa ada peningkatan dalam persekitaran sekolah yang positif.
- 65.5% mengatakan ada peningkatan dalam kesejahteraan hidup.
- 89.5% mengatakan ada hasil pembelajaran positif para pelajar.
Peningkatan tahap skala tu maksudnya ada anjakan paradigma dalam tahap pengetahuan, kemahiran, pemikiran, pedagogi (sains dan seni mengenai cara mengajar di sekolah) dan amalan.
Hmm Mama rasa bukan mudah ye nak dapatkan peningkatan tu, sebab biasalah bila ada apa apa perubahan atau benda baru ni tak semua orang yang boleh terima dengan terbuka kan? Nak ubah ‘mind set’ dan sikap bukan senang. So…good job TSP 1.0, tahniah! Hehe
Kenapa Program Sekolah Amanah Berkesan?
Pada pendapat Mama, Sekolah Amanah ni berkesan sebab fokusnya bukan pada pendidikan akademik semata mata. TSP menitik beratkan pada cara pembelajaran yang lebih interaktif dan menyeronokkan juga. Bila anak anak rasa seronok belajar, seronok pergi sekolah, tentu diorang akan lebih involved dalam sesi pembelajaran tu gak kan?
Dan lagi satu, bak kata Pn. Nina Adlan, General Manager, Education Development dari LeapEd, program ni lebih menekankan kepada pembangunan ‘software’ (guru guru, kakitangan dan pentadbir sekolah dan pelajar) berbanding ‘hardware’ (peralatan dan infrastruktur).
Jadi bila semua pihak dilibatkan dalam program transformasi tu, tentu lah rasa tanggungjawab dan komitmen tu juga lebih tinggi.
TSP 2.0 Sedang Dilaksanakan
Lepas hadiri sesi pembentangan tu kan…Mama asyik terfikir bestnya lah kalau sekolah si kembar tiga ni pun dapat jadi Sekolah Amanah gak, tentu lagi seronok diorang ke sekolah. Errr ada mana mana syarikat korporat yang nak jadi sponsor tak? Kalau ada, kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan hehehe 😉
Sebab TSP 2.0 pun sedang dilaksanakan ni, jadi memang peluang baik untuk ibu bapa, pihak sekolah dan pihak syarikat korporat juga untuk bekerja sama membangunkan modal insan.
Bak kata En. Zulhaimi, “pelaburan dalam pendidikan merupakan keputusan yang paling bijak yang boleh dibuat oleh seseorang!”.

Hmm bukan semua pelajar mampu untuk jadi bijak pandai daripada segi akademik, tetapi setiap pelajar tu ada potensi dan kebolehannya tersendiri. Jadi pendidikan di sekolah dan juga di rumah, sepatutnya membantu anak anak untuk mencapai potensi tersebut!
Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal program Sekolah Amanah ni, korang boleh tengok di laman web www.leapedservices.com.
9,308 total views, 4 views today
bagus lah program gini. baru leh cungkil potensi..
Yup betoi, tak lah fokus akademik semata mata
Salam. Dapat info yg menarik. Kualiti guru dipertingkatkan. Sudah tentu prestasi murid juga bagus. Ada data yg boleh dikongsikan dr segi kebolehterimaan murid melanjut pelajaran peringkat universiti
Betul tu, InsyaAllah prestasi murid & kualiti guru meningkat.
Alamak… Baru tahu pasal. Program ni
Bagusnya! Memang kanak-kanak ni kita jangan fokus dan tekankan kwt akademik jer… Banyak lagi benda lain yang boleh diketengahkan untuk depa kembangkan kreativiti depa.
Nina Mirza recently posted…Hurrmm… Produk ada PARABEN boleh pakai ke?
Betoi, potensi depa macam macam cabang ada.
huhuh betul .. mmg tak tahu nak bayangkan keperluan budak budak ni masa depan. sekrang ni invest untuk education yang penting utk dia orang and mmg costly. tapi mcm dlm graf tu lah , in future ni tak tahu lah mcm mana kan… kita mak pak hanya mampu guide them jelah
azni recently posted…Kalut cari Surya S Great Grain bijirin untuk bantu kurangkan berat badan
Tu lah, risau gak kan. Kita as parents pun perlu bantuan guru guru & org yang lebih pakar untuk guide anak anak kita.
First time dengar program nie. But bagus program cenggini untuk anak-anak
Kan, hopefully lebih banyak sekolah akan dapat turut serta dalam program ni
Memang baru buat ye program ni..nampak bagus kalau ada taja sekolah amanah ni dekat mana-mana sekolah..
Program ni dah 6 tahun gak, tapi tak semua sekolah terlibat. Harap harap pasni makin banyak sek lah kan
Bagusnya ada program camni, sekurang² kita tahu hala tuju anak dalam education ni.
Yup betul 🙂
menariknya. baru first time saya dengar program sekolah amanah ni. thanks for sharing kak nani
Sama sama ☺️
It makes everybody in school work harder…and the benefits go to the children
Yes, that’s true 🙂