Salam dears… “Kita dah lama tak mandi kolam kan Mama..” Hmm bila anak anak sebut gitu, ishh terus rasa tak senang duduk dah Mama, nak holiday! Maka sepantas kilat lah aii mencari homestay best di Kuala Lumpur yang ada kolam renang. Dan pilihan Mama, tentu lah cari kat AirBnb ja.
Mama memang suka guna AirBnb untuk sewa homestay, sebab mudah dan berbaloi. Setakat Mama dok guna AirBnb ni, dengan bajet bawah RM200 dah boleh dapat sewa kondo yang cantik dan selesa!
Homestay Best di Kuala Lumpur Dengan Kolam Renang
Memandangkan anak anak kata nak mandi kolam, jadi kali ni Mama fokus cari homestay ada kolam renang dalam Kuala Lumpur ni ja lah. Untuk short weekend getaway gitu tak yah pergi jauh jauh pun, jimat bajet minyak ngan tol kannn
Search punya search dalah AirBnb, Mama jumpa satu homestay yang kolamnya unik dan menarik sangat! Lokasi cun, dekat dengan area KLCC. Tengok harga pun ok, masih dalam bajet. Maka cepat cepat booking KL Guest House ni.

KL Guest House
Sebaik melangkah masuk ke dalam KL Guest House ni terus si kembar kata “Wahhh cantiknya! Macam rumah orang kaya ni Mama!”. Ye sayang sayang, untuk 2 hari 1 malam dok sini boleh laa kita feeling orang ‘have have’ yer hehehe
KL Guest House ni adalah satu unit ‘studio’, maksudnya tak dak bilik lah..dapur, ruang tamu, katil semua dalam satu ruang ja. Tapi ok sangat cukup luas dan selesa untuk kitorang 5 beranak. Nah Mama tepek gambar bagi korang tengok sendiri…







Ayah excited siap main tarik tali on off lampu tu tau hahaha. Kat IG Mama ada videonya kalau nak tengok betapa ‘wahhh’ nya lampu ni hahaha
Kolam Renang Yang Unik!
Paling kitorang excited tentulah sebab ada kolam renang ‘see-through’ yang unik! First time wehhh jumpa kolam camtu. Terasa macam tengok anak anak berenang dalam akuarium plak hahaha






Cumanya nak mandi kat kolam tu kena pakai pakaian mandi atau ‘swimming attire’ ye sebab pak guard agak strict tak bagi masuk kalau pakai baju biasa.
Tapi Mama hari tu nasib baik, pagi tu dapat pak guard yang tak strict dan dia biar ja masuk walau pakai baju biasa. So merasa lah gak berkubang dalam kolam rare, yahooo!


Berbaloi Atau Tidak Sewa KL Guest House Ni?
Kalau ditanya, Mama memang puas hati menginap di KL Guest House tu. Rasa sangat berbaloi sebab:
- Harga berpatutan. Kebetulan plak masa tu owner buat promo, so Mama bayar RM155 saja untuk 2 hari 1 malam, murah!
- Cantik, bersih dan selesa. Perabot semua stylo babe!
- Tempat tidur yang selesa. Ada satu katil saiz Queen dan owner juga sediakan satu set tambahan tilam dan bantal sebab Mama bagitau kitorang berlima. Dia siap bagi selimut extra gak tau. Terbaik lah!
- Ada 2 unit aircond jadi seluruh ruang rasa sejuk elok ja.
- Kelengkapan dan peralatan asas disediakan seperti TV, peti ais, seterika, pinggan mangkuk, sudu garfu, water boiler, microwave, sejadah, mesin basuh dan tuala.
- Ada Wifi percuma dan connection laju gak. Netflix pun ada tapi kitorang tak tengok pun, sebab si kembar dok pulun tengok YouTube ja kat TV.
- Ada kolam renang dan gym di tingkat 11. Kolam renang tu paling ‘win’ skali hehe.
- Kedai runcit dan kedai makan pun dekat. Turun je ke lobby ada kedai MyNews, Pasaraya Selections dan kafe.
- Mudah nak check in dan check out sebab unit ni guna prosedur ‘self check in’. Lepas dah confirm booking nanti owner akan bagi arahan macam mana dan kat mana nak ambil kad akses dan kunci rumah. Jadi senang nak arrange waktu check in/check out sendiri, tak payah nak tunggu jumpa owner pun.
- Mudah berkomunikasi dengan owner. Apa apa hal, Mama Whatsapp je dia dan cepat dapat respons.

Overall memang best lah menginap kat KL Guest House ni! Mama harap owner akan kekalkan keadaan unit tu agar sentiasa cantik dan selesa macam masa kitorang pergi hari tu.
InsyaAllah nak repeat dok situ lagi kalau ada rezeki, si kembar kata nak mandi dalam ‘kolam akuarium’ tu lagi hehe
Kalau korang pun mencari homestay best di Kuala Lumpur dan nak sewa unit kondo yang Mama duduk tu boleh tengok kat link KL Guest House ni yer.
Belum daftar Airbnb? Nahhh silalah register kat link ni daftar Airbnb untuk dapatkan diskaun bagi 1st trip korang okey 😉
Maklumat Lanjut:
AirBnb: KL Guest House
Instagram: KL Guest House
Facebook: KL Guest House
Daftar AirBnB
6,970 total views, 3 views today
wow terbaik…!!
explorasa recently posted…Old School Steakhouse, Sehingga Hari Ini Masih Terkenang Kesedapannya
Mmg best!
Lawa infinityPool dia tuu…
Dekat KLCC kira murah harga tu kannn… Studio pun selesa, peralatan lengkap.
Nina Mirza recently posted…Ku Kembali lagi! Ohhh.. Klinik Pergigian Erfa | Klinik Gigi BEST kat KL
Yup, utk location tu mmg ok sgt harganya
bestnya. nanti boleh la saya try stay sini. nampak swimming pool tu inviting betul. hehe
Memang best pool tu hehe
bestnya..tapk sempat lagi nak booking .. nak cuba juga swimming pool yang best tu
Pi laa, anak anak mesti enjoy.