Salam dears… Tergoda tengok warnanya pink…nampak menarik, nampak sedap! Ditambah pula dengan kawan-kawan kata Surya S Great Grain ni minuman multi-bijirin yang sesuai untuk diet, apa lagi…haruslah Mama nak cuba gak kan hehe

Mama mula minum Surya S Great Grain (Surya SGG) masa bulan puasa yang lepas. Sebab nak benda yang mudah tapi mengenyangkan bila bersahur. Kalau makan nasi, Mama selalu cepat lapar. Jadi biasanya Mama bersahur dengan roti, minum susu atau ambil minuman bijirin macam Surya SGG ni lah.
Dua keping roti dan secawan Surya SGG dah boleh buat Mama rasa kenyang dan bertenaga sepanjang hari sampai lah waktu berbuka puasa tau. Best!
So…kalau korang yang tengah nak berdiet tu, boleh laa cuba amalkan minum Surya SGG ni gak.
Surya S Great Grain Minuman Multi-Bijirin Yang Berkhasiat
Kalau bukan nak berdiet pun elok gak amalkan Surya SGG ni sebab kandungannya memang bahan-bahan yang baik untuk kesihatan pun.
Ianya mengandungi 18 jenis bijirin termasuklah beras merah, kacang merah, kacang hijau, benih coix, biji bunga teratai, biji rami, beras perang, jagung, kacang soya, gandum, sekoi, bijan hitam, kacang walnut, kernel aprikot, kacang hitam, benih chia dan beras pulut.

Diantara kebaikan bijirin ni semua ialah ia membantu dalam pengurusan berat badan, membantu mengawal keseimbangan glukosa dalam darah dan menggalakkan kesihatan sistem pencernaan.
Selain daripada tu Surya SGG ni juga mengandungi 5 bahan istimewa iaitu Habbatus Sauda, Zaitun, Delima, Buah Tin dan Madu. Haaa ni kan diantara makanan yang memang diketahui banyak kebaikan untuk kesihatan kan?
Macam Mana Rasanya?
Surya S Great Grain ni rasanya tak manis tapi tak lah tawar sangat, rasa lemak lemak berkrim gitu. Ada rasa macam ais krim potong yang kacang merah tu, tapi tak semanis aiskrim tu. Teksturnya agak pekat juga, macam smoothie gitu lah kot.
Cara penyediaannya pun senang ja, bancuh lah sepeket dengan secawan air panas. Kacau kacau sampai larut dan tak berketul ketul.

Nak minum panas ka suam ka atau sejuk pun boleh, ikut taste masing masing lah. Mama prefer letak ais ketul sebab rasa lebih ummphhh di tekak Mama ni hehehe

Surya S Great Grain Untuk Gaya Hidup Sihat!
Multi-bijirin dalam Surya SGG ni InsyaAllah ada set nutrien yang komprehensif termasuk karbohidrat yang baik, protein, serat makanan, vitamin dan antioksida, memang sesuai lah untuk mereka yang nak mengamalkan gaya hidup sihat.
Buat sarapan untuk seisi keluarga pun sesuai…minuman multi-bijirin yang ringkas dan mudah disediakan, tapi mengenyangkan dan berkhasiat. Best!

Sesuai sebagai sarapan untuk anak-anak gak. Ringkas tapi dapat membekalkan nutrisi yang diperlukan.
Haaa lagi satu…tak perlu risau bab Halal juga sebab Surya S Great Grain ni dah dapat pengiktirafan HALAL dari JAKIM. Jadi tak perlu was was yer.
Kalau korang nak tau lebih lanjut lagi tentang Surya S Great Grain ni, sila skodeng sendiri kat Facebook dan Instagram Surya okeh? 😉
Facebook: Surya Malaysia
Instagram: Surya.Malaysia
Beli online: http://bit.ly/SGGShopee
3,418 total views, 1 views today
Wah boleh cuba ni. Macam sedap je..
Cikza recently posted…Asam Pedas Sedap Dan Padu Di Pasar Borong Melaka
Sedap, suka minum sejuk
Nampak macam sedap juga. bahan-bahan pun jenis karbo kompleks yang bantu kita kenyang lama
Mommysado recently posted…5 Tips Untuk Reset Balik Diet Selepas Raya
Yup betul ☺️