Salam dears… Selamat Hari Raya! Masing masing dah ‘pulang ke sarang’ ke tu? Korang dah start kerja? Mama masih bercuti lagi hari ni. Esok nak pergi kerja konpem rasa lemau ni, maklumlah dah seminggu cuti..liat lah jawabnya hahaha
So..camna Raya korang? Ada syok? Kitorang Raya kali ni biasa biasa saja, rasanya ni Raya yang paling kurang makan lemang dan ketupat. Kuih muih pun pulun yang sendiri beli ja hehe. Malah, tak balik kampung pun.
Sebabnya adik Mama baru bersalin, dan parents Mama datang ke Shah Alam untuk jaga adik Mama berpantang. Jadi kitorang sekeluarga pun pergi ke situ gak lah sambut Raya.
Baju Raya si kembar tahun ni pun recycle ja pakai yang tahun lepas, Ayah pakai yang dua tahun lepas kot. Mama ja buat baju baru, tu pun sepasang ja. Sebab baju tahun lepas dah mengecil. Entah laa kenapa, lepas basuh baju tu kecut agaknya hahahaha

Dan…tahun ni mak Mama tak buatlah ketupat palas macam biasa. Aduhai ketupat palas kacang sedap oiii…tahun ni tak dapat merasa huhuhu… Tapi takpalah, yang penting dapat beraya bersama keluarga tersayang kan? 😊
Raya pertama pagi di rumah adik Mama, petangnya ke rumah nenek Ayah di Gombak sebab mak mertua Mama ada disana. Dapat laa jumpa sanak saudara belah Ayah yang sama sama berkunjung kesana.
Hari Raya kedua di rumah adik gak bersama parents Mama, tolong tolong apa yang patut sambut tetamu. Malam si kembar pulun main bunga api, walau pun hujan tetap enjoy sampai berasap penuh rumah hehehe.
Raya ketiga kitorang gerak ke Johor sebab adik ipar Mama buat kenduri akikah anaknya. Pergi satu malam jer. Jumaat pergi, Sabtu dah balik KL. Pergi kejap tapi merasa laa jammed sepanjang jalan, dapat lah ambik feel travel musim Raya hahaha.
Semalam pergi balik ke rumah adik untuk celebrate birthday mak Mama. Pastu melepak je kat situ sampai malam balik rumah terus tidur Zzzzzz…
Hmm gitu je lah kot cerita Raya kitorang. Rasanya Raya kali ni paling simple, paling kurang makan (selalu Raya melantak tak hingat dunia haha) dan tak sempat nak pergi jalan jalan Raya ke rumah kawan kawan pun.

Apa apa pun, walaupun simple tapi selagi dapat sambut bersama keluarga tersayang..hari Raya tetap rasa sangat bermakna. Syukur Alhamdulillah…
Selamat Hari Raya semua! Maafkan lah jika ada salah dan silap yer. Dan terima kasih sudi baca blog Mama 😊
3,979 total views, 2 views today
Selamat hari raya mama sekeluarga..maaf zahir batin.
Perdu Cinta recently posted…Mudah,Ringkas,Cepat Dan Sedap
TQ. Selamat hari raya PC 🙂
selamat hari raya
TQ. Selamat hari raya 🙂
selamat hari raya mamak3. maaf zahir batin. selamat hari raya juga buat si kembar 3
Dorsett Pink recently posted…Akhirnya… Dapat Juga Tengok Aladdin
TQ. Selamat hari raya DP 🙂
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Mama .
Ciktie recently posted…Sinopsis Drama Setelah Terlafaznya Akad
Selamat hari raya