Salam dears… Umur baru 8 tahun tapi dah mampu buat silibus tingkatan satu, memang wowww sangat! Itulah yang Mama rasa semasa menghadiri Kumon Advanced Student Forum 2019 (ASF 2019) baru baru ni. Dan juga rasa sangat inspired bila dapat dengar sendiri tips mendidik anak daripada Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Angkasawan Pertama Malaysia, yang telah hadir ke majlis tersebut sebagai penceramah jemputan dan juga Kumon parent.
Banyak tips berguna yang Mama dapat semasa hadiri majlis ASF 2019 tu tau. Bukan saja daripada Dato’ Dr Sheikh Muszaphar tapi juga daripada Mr. Yosuke Sugawa, Pengurus Besar Kumon Malaysia dan Ms Dana Lekshmi, instruktor Kumon yang mengajar anak anak Dato’ Dr Sheikh, semasa sesi dialog bersama media. Teruja Mama nak kongsikan ngan korang juga š

Kumon Advanced Student Forum 2019 (ASF 2019)
Kalau sebut ‘Kumon’ ja, Mama pasti ramai ibubapa yang kenal dengan nama ni kan? Kumon memang dah lama bertapak sebagai program pendidikan selepas sekolah bagi subjek Matematik dan Bahasa Inggeris yang terbesar di negara ni.
Mama sendiri ada pasang impian nak hantar si kembar ke Kumon jika ada rezeki. Jadi bila dapat jemputan untuk hadiri Kumon Advanced Student Forum 2019 (ASF 2019) ni, Mama tak lepaskan peluang lah.
Tambah plak bila dapat tahu yang Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor jadi penceramah jemputan, ishhh opkos lah aii sangat teruja nak pergi. Idola aii tu hehehe
Ohh yaa… ASF 2019 ni ialah satu platform untuk mengiktiraf kejayaan pelajar cemerlang Kumon yang mencapai peringkat sekurang-kurangnya 5 tahun melebihi umur diorang dan para pelajar yang telah melengkapkan program Kumon.

Mr. Sugawa memaklumkan yang tahun ni seramai 771 pelajar Kumon dari lebih 200 pusat di Malaysia telah menerima pengiktirafan atas prestasi cemerlang diorang. Fuhh ramai tu!


Serius Mama kagum tengok budak budak tu, kecil lagi dah bijak bijak belaka. Agaknya kalau Mama lawan buat latihan Matematik dengan pelajar cemerlang Kumon yang sekolah rendah pun, Mama akan kalah! Adehh…hahaha
Tips Mendidik Anak Berjaya
Semasa majlis ASF 2019 tu, Dato’ Dr Sheikh telah hadir sebagai penceramah untuk memberi inspirasi kepada para pelajar, ibu bapa dan para tetamu yang hadir.
Tambahan plak Dato’ Dr Sheikh juga adalah seorang ‘Kumon Parent’ sebab dua orang anaknya, Bella dan Tasha pun pelajar Kumon juga. Jadi Dato’ Dr Sheikh boleh laa berkongsi pendapat peribadinya tentang Kumon.

Kalau korang biasa follow instagram Dato’ Dr Sheikh, mesti korang dapat tengok betapa bijaknya anak anak Dato’ Dr Sheikh si Bella dan Tasha tu. Mama suka dengan cara Dato’ Dr Sheikh melayan anak anaknya, lembut dan mesra tapi ada tegasnya.

Semasa program ASF 2019 hari tu, sebagai Kumon parent Datoā Dr Sheikh tak lokek berkongsi beberapa tips mendidik anak. Ni diantara yang sempat Mama catat:
- Tetapkan target dan impian untuk anak-anak, tulis dan tampalkan kat tempat yang senang nampak dan baca setiap hari. Contohnya kalau nak anak jadi doktor, tulis pada kertas besar dan tampal kat dinding bilik anak. Setiap hari bangun pagi dan malam sebelum tidur, baca apa yang ditulis tu. Kiranya set dalam minda anak anak itulah cita cita yang ingin dicapainya.
- Penuhi masa anak anak dengan aktiviti yang berfaedah dan educational. Kata Datoā Dr Sheikh, kanak-kanak sangat banyak tenaga dan tak mudah penat. Jadi pastikan masa diorang sentiasa terisi dengan baik.
- Wujudkan rutin harian dan tetapkan jadual yang perlu diikuti oleh anak anak.
- Pastikan disiplin dan konsisten dalam melaksanakan segala rutin dan jadual tu. Jangan skip buat ulangkaji dan latihan walaupun sedang bercuti.
- Kuasai Bahasa Inggeris. Kemahiran berbahasa ni satu benda yang penting.
- Ibu bapa perlu kreatif dan wujudkan aktiviti dan sesi pembelajaran yang menyeronokkan. Setiap anak adalah berbeza jadi kenalpasti sifat anak dan cara anak tu belajar supaya timbul minat dan rasa seronok belajar.
- Ibu bapa perlu luangkan masa dengan anak anak. Bonding itu penting. Menemani dan membuat aktiviti bersama anak anak pun dah dikira bonding time. Dato’ Dr Sheikh cuba luangkan masa 4-5 jam sehari dengan anak-anaknya. Contohnya masa nak hantar anak anak ke sekolah, borak borak lah dengan anak. Masa nak tidurkan anak anak, bacakan bedtime story.
- Bantu anak anak untuk bina keyakinan dan atasi sebarang ketakutan atau overcome your fear. Kalau anak anak takut tinggi, bawa mereka cuba bungee jumping contohnya untuk atasi rasa takut tinggi tu. Tapi bukan lah paksa sampai mereka stress pula yer.
- Sentiasa beri sokongan dan galakan pada anak anak, walaupun ketika mereka hadapi kegagalan. Kalau gagal tak mengapa, galakkan dan bantu mereka untuk cuba, dan cuba, dan cuba lagi sehingga berjaya!
- Bersikap tegas tapi lembut dalam mendidik anak anak. Be firm! Jangan mudah mengalah atau give in bila anak anak buat perangai.
- Hadkan penggunaan gajet. Gajet ada kebaikan dan keburukan. Tak dinafikan pada zaman sekarang ni anak anak perlu tahu juga tentang teknologi tapi perlu hadkan dan kurangkan penggunan gajet untuk elakkan ketagihan pada gajet tersebut.
- Hantar anak kepada tenaga pengajar yang pakar. Kadang kadang ibu bapa nak ajar anak tapi tak tahu cara dan teknik yang betul. Sebab tu lah Dato’ Dr Sheikh menghantar anak anaknya ke Kumon walaupun dia sendiri seorang yang berpendidikan tinggi.
- Mulakan sejak umur mereka masih kecil contohnya pada umur 4 tahun, supaya anak anak lebih cepat memahami apa yang diajar dan mudah ikut rutin / jadual.

Okeh…itu diantara tips mendidik anak yang sempat Mama catit. Mungkin ada yang kita dah biasa dengar. Tapi tak salahkan kalau kita sentiasa refresh pengetahuan sendiri tentang tips keibubapaan ni kan? Bukan apa, kadang kita tahu tapi lupa nak amalkan dalam kehidupan seharian (aii ler tu huhuhu).
Kaedah Kumon Dalam Mendidik Anak Anak
Ohh yaa… Dato’ Dr Sheikh juga ada kata yang dia sangat percaya pada āKaedah Kumonā dan dia sangat kagum bagaimana Kumon telah berjaya bantu kembangkan potensi anak anaknya. Daripada tak tahu mengira sampai 10 pun, sekarang ni anaknya Bella yang umur baru 8 tahun dan mampu buat latihan Matematik untuk kanak kanak yang usia jauh lebih matang darinya, hebat!

Mama wondering juga apa maksudnya Kaedah Kumon tu? Menurut Mr Sugawa, Kaedah Kumon ni menerapkan kaedah pembelajaran kendiri (self learning) menggunakan pendekatan secara individu mengikut tahap keupayaan diri sendiri. Program Kumon ni sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 17 tahun.
Kata Mr Sugawa lagi, worksheet atau lembaran kerja Kumon direka in simple steps untuk membolehkan setiap pelajar menyelesaikan masalah mengikut tahap diri masing masing. Fokus Kumon bukan hanya untuk akademik tapi juga membina sikap positif yang diperlukan bagi membentuk minda yang lebih kuat bagi persediaan menghadapi masa depan.
Ms Dana, instruktor Kumon yang bertugas mendidik anak anak Dato’ Dr Sheikh plak berkata yang bila didalam kelas dia tidak āmengajarā tapi sebaliknya dia bantu muridnya untuk selesaikan sendiri worksheet yang diberi.

Ms Dana akan kenalpasti kelebihan dan keupayaan setiap pelajarnya dan bagi latihan yang sesuai ikut keupayaan diri murid tu. Katanya dia tak nak āspoon feedā semata mata tapi dia nak pelajar dia rasa yang diorang mampu selesaikan kerja tu sendiri. Itu penting untuk bina keyakinan diri anak anak tu.
Disamping tu, Ms Dana pun ada kongsikan beberapa pesanan kepada ibu bapa, yang Mama rasa sangat penting dan kita sebagai ibu bapa ni kadang kadang terlupa, iaitu:
- Nak menguasai sesuatu kemahiran atau ilmu tu ambil masa, jadi ibu bapa perlu ada sikap sabar dan konsisten. Jangan expect hari ni hantar tusyen, minggu depan dah pandai dapat markah cemerlang. No..no…tak boleh gitu.
- Bagi latihan atau worksheet yang bersesuaian dengan tahap kemampuan anak. Biar anak rasa dia mampu buat untuk bantu bina keyakinan dirinya dulu.
- Kalau rasa anak lambat, buat lah perlahan lahan pun takpa tapi yang penting mesti mula dan konsisten! Kata Ms Dana āIf you take small steps, you can achieve something rather than not moving at allā.
Salah satu kata kata Ms Dana yang betul betul meninggalkan kesan pada Mama ialah ābehind every successful child is the parentā atau dibelakang setiap anak yang berjaya itu adalah ibu bapanya. Sungguh…kata kata tu terus buat Mama muhasabah diri, aku perlu lakukan lebih untuk anak anakku!
Hmm…Mama rasa sangat bertuah sebab dapat peluang hadiri majlis ASF 2019 tu. Betul betul membuka mata Mama tentang betapa besarnya potensi anak anak kita ni sebenarnya. Dengan galakan dan panduan yang betul, diorang mampu capai apa saja yang diimpikan!
Dan Mama harap dapat hantar si kembar ke Kumon juga. Sebelum ni Mama ingatkan kalau nak masuk kelas Kumon tu kena dari kecil, rupa rupanya nak hantar pada umur berapa pun boleh. So…doakan moga Mama dimurahkan rezeki dan Fahmi, Faris dan Fauzi pun bakal jadi pelajar Kumon yaa š

Kalau korang nak tau apa apa maklumat lanjut tentang Kumon, boleh layari laman web www.kumonmalaysia.com atau Facebook Kumon yer š
10,630 total views, 6 views today
MMg terbaekkk tips semua tu.. probnya kadang2 mak pak tak istiqomah hahah
Yup tu lah masalah plg utama huhu
Juju hampir nak daftarkan free trial kelas dkt Abg Qi masa tadika dulu tp tak kesampaian sbb jadual tak kena dgn juju…hebatkan silibus diorg…ju byk baca pengalaman ibu lain ckp kaedah Kumon ni dia beri byk latihan latih tubi…kira cuti pun kena buat latih tubi all time…tu yg budak2 ni cpt pandai.
Mcm nk htr Abg Qi kelas Kumon utk intensif Bahasa Inggeris la
Tu laa, latih tubi tu kena konsisten dan method Kumon ni buat anak anak mudah dan minat belajar. Hantar laa Abg Qi pi Kumon
Kumon ni cukup femes satu ketika dulu. Trending gitu. Apa anaknya yang tak belajat kat Kumon ni seolah ketinggalan.
Tak dinafikan Kumon ni bagus terutama Maths dia. Anak cepat mengira, selesaikan masalah. Masa anak satu dulu sempat laaa hantar kakak Kumon, bila dah 5 orang ni idok ku mampu… Huhuu
Nina Mirza recently posted…Fuuhhh⦠Kenyang! Surya S Great Grain bagus untuk yang berdiet ..
Kan..Kumon ni femes & proven.
Nuce tips! Saya antar anak saya ke Kumon.baru 3 bulan belajar kat Kumon,banyak sangat progress nya. sebelum tu langsung tak pandai menulis, duduk sebulan kat kumon dah pandai menulis. Bagi saya itu dah big achievement dah tu. Sebelumtu dia pandai counting from 1-20 jer,tapi lepas 3 bulan sekrang dah pandai mengira nombor sampai 1000. Dan dah boleh belajar silibus darjah 1,anak saya 5 tahun. Memang impress sangat-sangat tengok progress belajar dia kat kumon tu.
Wahhh bestnya dgr achievement anak u, cepat betul! Mana tau kot nnt dia pun boleh dpt award pelajar cemerlang Kumon kan.
Kalau dapat Alhamdulillah. Kalau tak dapat pun tak takpe. Janji dia enjoy belajar kat kumon tu
Yup betul tu
Suka tengok kisah keluarga DSMS ni. Memang teruja temgok cara KUMON ni.. ajar basic tapi boleh buah anak2 bijak
Kan…kagum!
kumon ni dulu tak tahu apa. tapi pernah tahu dia apart of education , sangat digalakkan
Nanti dah ada anak boleh laa u consider hantar ke Kumon gak
Dari dulu minat Kumon ni. Nak anak2 bljr kt Kumon juga sbb math masih lemah..
Sama laa, kembar ni pun maths masih lemah
Didik anak ni memang kena mula dari awal, baru berkesan. Pastu lagi satu kalau anak² lemah ibu bapa jangan cepat melatah dan putus asa. Kena usaha tingkatkan prestasi anak, pasti boleh!
Betul tu, ibubapa kena support
pernah kenal perent yg ada hantar anak dia kat Kumon , memang dia nampak perubahan positif anaknya ..and ai pun pernah berangan nak hantar anak ke Kumon ..
saidila@kaklong recently posted…13 SEBAB KENAPA PILIH KEDAI EMAS HAJAH HALIJAH
Tu laa kwn kwn i yang hantar anak ke Kumon pun mostly bg feedback positif
Bagusnya.tapi yurannya berapa Un ada tgk dekat semenyih sentral ni ada juga. Bab matematik ni yg kalau dpt nak bagi along cekap. Cuma kekangan masa lah, hujung minggu biasa sibuk.
ummi nani recently posted…Surya S Great Grain ā Minuman Multi-Bijirin Berkhasiat
Yuran RM160 sebulan, tapi better UN pi tanya sendiri kat cawangan tu. Tanya tanya ja dulu ok takdak masalah.
salam kak
yaya baru 1st time dengar..al maklum la org single xmik tau sgt hal cmni..pas kwin or da ade ank bru sibuk nak mik tau.huhu
tp mmg bgus juga kumon ni ..skrng kalau nak cari tmpat utk kanak-kanak belajar mcm agak susah kcuali ade suggestion yg bgus dari kenalan..haih..xmo la yaya fkir sgt..belum kawin da stress psal pelajaran anak..maunya kang takut nak kawen lak..hahahah =p
Takpa Yaya, dah ada anak nanti boleh consider Kumon ni
Wow! Good tips. šš Mmg kena muhasabah diri juga as a parent ni. Check kelebihan & kekurangan anak2 & diri sendiri, to train them better. š
Yup betoi
Ingatkan Kumon ni baru lagi.
Dah lama & well established dah Kumon
Rasa macam dapat satu suntikan semangat bila baca entry ni. Ada rzki nak juga hantar pi kumon ni
Dura Norell recently posted…Rupanya AbangYan pun ada special gift juga!
Moga ada rezeki nak hantar ke Kumon š
Thanks sharing tips parenting ni. Nak follow
Jom sama sama praktikkan š
banyak jugak tip-tips yang diturunkan oleh Datoā Dr Sheikh ni, yang mudah tanpa memerlukan banyak belanja. tapi yang penting komunikasi antara ibu bapa dan anak-anak itu yang penting
Yup betul, ibubapa kena ada effort
Wow bestnya dapat jumpa dengan angkasawan negara hehehehe kita sendiri pun tak dapat jumpa lagi depan-depan pulak tu dapat tip mendidik anak patut anak-anak beliau berjaya hehehe tahniah. Kumon ni popular juga kan…
Mahamahu recently posted…Tony Roma’s Pakar Dalam Masakan Rusuk Dan Grill Membawakan Festive Delight
Rasa inspired sgt dgr Dato’ ckp tau
bagusnya method kumon ni, boleh hantar anak2 ke sini nanti
fendi mazalan recently posted…Muzik terhasil dari pergerakan video: Kelas Tebas
I selalu nak hantar anak kat Kumon ni dari sebelum ada anak. Tapi skrg dah ada anak, Kumon takde yg senang nak pegi pulak. Tapi nanti rasa mmg nak survey jugak mana yg accesible. Sbb selalu dgr Kumon ni bagus.
Perkongsian yg bagus. Boleh le mak2 zaman moden skrg belajar dr perkongsian ni..:).
Sis pernah jugak htr anak ke Kumon..memang bagus. Dah besar ni je lah sis stopkan
yer, selalu jugak tengok instagram Dr Sheikh Muzaphar nie. mmg salute dengan cara dia didik anak. suka tengok. macam2 cara dia terapkan dan ajar sejak kecil lagi. teringin jumpa beliau dan berada dalam talk beliau. mesti sgt termotivasi utk terus maju kehadapan.
Tengok bonding Dr SM dengan anak-anak dia memang terbaik! No wonder anak-anak dia rapat dengan dia, pastu banyak tips dia share dekat IG untuk parents.
wah, bijaknya anak Dato’ Dr Sheikh ni ekk.. Tapi kalau sebut kumon ni memang dah tau dah bagus utk anak2 kita. Walaupun xde anal sendiri takpe, sy doakan anak2 mama dapat belajar di kumon ni ekk..
wah menarik juga ye.nak anak beljr , boleh bwk ke sini..
liez dgr silibus kumon mmg power. anak-anak kena cepat pickup dan belajar dengan pantas juga. Liez klau ada rezeki nak jehantar anak-anak ke kumon. nak diaorg expose lebih utk belajarkan..
Cx pon suka follow tips² daripada Dr.Sheikh Muzaffar ni. Mereka banyak ilmu yang dikongsikan. Tak lokek langsung dan tips beliau memang relevan dengan zaman anak² kita sekarang.
Emi adore gila dengan cara dr sms & dr halina didik anak2 dia. Balance betul dari segenap aspek. Suka tengok perkembangan anak2 dorang kat ig.
emi recently posted…Review Buffet Ramadhan 2019 – Selera Ramadhan @ Silka Maytower KL
Terima kasih di atas perkongsian info yang disampaikan oleh Dato Dr Sheikh Muszaphar… Mahal ilmu ni… BUkan semua orang dapat pengalaman mendengar sendiri daripada beliau… Dapat baca dekat blog ni pun dah rasa bersyukur sangat..
Anuar recently posted…Syukur Alhamdulillah…. Dapat Bonus Tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri 2019
Sama sama, moga bermanfaat š