Salam dears… Tahun ni kali kedua Mama sekeluarga berbuka puasa di hotel PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur. Jika tahun lepas di The 39th Restaurant, tahun ni kitorang berpeluang menikmati buffet Ramadhan di Restoran 10 Binjai plak. Yang pasti, juadah yang dihidangkan memang tidak mengecewakan!

Buffet Ramadhan di Restoran 10 Binjai Bertemakan Bazar Perdana
Bazar Perdana – itu lah tema buffet Ramadhan di Restoran 10 Binjai tahun ni. Sebab PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur nak menampilkan kelainan untuk berbuka puasa dengan membawa suasana meriah bazar.
Dengan pelbagai gerai ala bazar Ramadhan dan 188 jenis hidangan, memang terasa meriah sungguh lah! Sampaikan tak tahu nak makan apa dulu. Nasib baik ada Kuey Teow Goreng dan Kambing Golek, itu menu yang Mama ‘wajib’ cari bila ke buffet Ramadhan, terus serbu yang tu dulu, yummy!

Si kembar pula, Mama baru dok round tengok apa yang ada tapi diorang dah angkut itu ini dah letak kat meja. “Semua nampak sedap lah Mama” tu konpem rambang mata lah tu hehe.
Pastu kejap kejap tanya “dah boleh makan ke? Dah azan ke?” sampai penat lah Mama nak menjawab. Tak sabar laa tu, dah makanan sedap sedap terhidang depan mata kan hehehe

Menu Enak Bazar Perdana
Untuk buffet Ramadhan kali ni, Chef Amran Adnan telah menyediakan sajian bufet beraneka citarasa dengan variasi sebanyak 188 hidangan masakan tempatan.
Diantara signature dish yang disajikan termasuklah Sup Berempah Binjai, Kambing Golek, Apam Balik, Satay, Aiskrim Goyang, Ais Batu Campur (ABC) dan juga Murtabak Cheese.



Si kembar memang pulun ABC tu bermangkuk mangkuk, Apam Balik pun ntah berapa round lah diorang ambik.
Nasi Briyani Gam pun diorang makan banyak gak. Nasinya memang sedap! Lembut dan terasa rempahnya.

Mama plak, paling suka segala lauk pauk tradisional yang ada terutamanya Sambal Kerang dan Daging Tumis Hitam. Fuhh memang marvelous!









Sup Berempah Binjai pun sedappp, kuahnya pekat dan terasa rempahnya. Pastu boleh letak pelbagai bahan seperti perut, daging, lidah, perut dan macam macam lagi, memang puas lah makan.












Kemudahan Lain
– Ruang makan yang selesa dan tandas berada dalam Restoran, jadi senang nak uruskan anak anak yang kejap kejap nak ke tandas.
– Surau di tingkat 5.
– Parking di bahagian bawah.
– Berdekatan dengan stesen LRT Ampang Park, kitorang naik LRT ja pastu jalan kaki tak sampai 10 minit ke hotel.
Hotel Patuh Syariah
PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur yang berkonsepkan syariah Islam sememangnya telah diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak tahun 2007 lagi.
Jadi tak perlu risau atau ragu ragu menjamah hidangan kat sini sebab PNB Perdana Hotel ni merupakan salah satu Hotel yang menerima pensijilan syariah sepenuhnya daripada JAKIM.
Harga Buffet Ramadhan di PNB Perdana Hotel & Suites KL:-
Restoran 10 Binjai
– RM98.00 nett untuk dewasa
– RM59.00 nett untuk kanak-kanak (umur 7-12 tahun).
Tel: 03-7490 3838
Restoran 39
– RM135.00 nett (dewasa)
– Tel: 03-7490 3939
Kalau korang mencari lokasi buffet Ramadhan yang sesuai untuk seisi keluarga, rakan sepejabat atau rakan perniagaan, apa kata korang berbuka puasa di Restoran 10 Binjai ni? InsyaAllah puas hati 😊
Untuk maklumat lanjut, sila layari:
Website: www.pnbperdanaonthepark.com
Facebook: https://www.facebook.com/pnbperdanakl/
Instagram: https://www.instagram.com/pnbperdanakl/
4,416 total views, 2 views today
Akak dan teh ais pun xle dipisahkan. Dpt teh tarik pun sure layan. Hahahaha
Tambah plak teh tarik tu sedap, pulun laa hehehe
Nina pun dah pegi, kelmarin.
Kalau laaaa.sama date kann best kannn?
Nina paling suka kambing golek dia!
Nina Mirza recently posted…Murah beb! Harga emas kat KEDAI EMAS HAJJAH HALIJAH Sungai Petani Kedah
Kalau pi sesama, mau lagi meriah hehe. Yup kambing golek sedappp
Sambal kerang tu memanggil juju ni kak, huwaaaaaaa kena ulang balik iftar sini nampaknya. Juju suka rendang paru dengan gulai kawah dia, pekat dan rempah digunakan rasa macam throwback mkn dkt suasana kampung…enak sungguh!
Kan..rasa nak repeat ja, sedappp
that’s nice to know this, I no try dine this place before. I like to go this place to try out soon, my dear likes to eat too. I shall let my friends know of this place too.
U should try it out 🙂
Daging tumis hitam tu nampak sedap.. Memang favorite ni.. Menu2 yang ada nampak sangat menyelerakan. Harga pun tak mahal sangat.. Trima kasih kongsi info. Selamat berpuasa
Memang sedap daging tu, bertambah I makan hehe
Bestnya berbuka dekat sini. Makanan dia menarik sangat². Ada pelbagai pilihan makanan boleh dimakan. Seronok ajak keluarga makan ramai² dkt sini ni. Almaklum berbuka puasa sekali sekala dekat luar memang seronok.
Yup, sekali sekali makan buffet gini ngan keluarga memang best
look so enak la… all the kuih muih is my favourite too!! how good to see the kuey teow goreng is progress !! a big wok , my husband love kuey teow ..hehe
The kuey teow was really good
Harga hanya RM98?
Nampak gaya kena bawa kawan pergi berbuka kat sana la nampaknya.
Dah la menu utama dia lazat2.
Pastu kuih muih dia pun lmenggugat jiwa dan raga.
Acaner nak kurus time Ramadhan nie?
Lupakan je la bab kurus tu hehehe
Meriah betul makanannya. Harga pun not bad lah kalau nak tengok pada pilhan makanan yang ada. Yang pentng ada kambing golek tu
Kambing golek sedap!
Teringin gak nak berbuka kat sana, tak pernah lagi cuba. Tengok lauk pauk dia nampak sedap-sedap. Kalau ada rezeki insallah akan ke sana dengan keluarga
Pergi lah, InsyaAllah puas hati.
Semua makanan untuk iftar ni sedap belaka tau. Rambang mata nak pilih untuk berbuka nanti. Macam macam ada kuih muih kan. Kalau dekat dah lama terjah dah
Mimie recently posted…Kek Viral RM10 Isma Bakery Port Dickson
Memang sedap & puas hati makan situ
Restoran di Pnb antara yng best utk datang berbuka. Stp tahun meni yg ditawarkan x pernah mengecewakan. Mmg terbaik
harap-harap dapatla makan dekat binjai ni..hahaa..dah pernah rasa juga dekat 39 restaurant..pergh smeua sedp menu dia..apam balik tu yummy…seronok kembar dpaat makan dekat luar ye..
Ada murtabak cheese dan teh tarik live! Menarik nya buffet ni. First time jumpa style macam ni.
banyaknya menu yang zul teringin nak makan, bila lah boleh singgah hotel ni, nak juga merasa iftar dekat hotel dengan makanan yang sedap macam tu.
Tengok ketupat dan serunding tu buat zul rindu nak balik kampung, heheh
Nasi briyani makan dengan kambing mesti sedap ni. Minum pulak dengan teh tarik. Adoi terliur bulan posa ni kan. Kena Cuba makan kat sini
tengok makanan dalam entri ni , teringin pulak nak berbuka kat sini.. tengok harga pun boleh tahan..insyaallah minggu depan mungkin nak try kat sini pulak
fendi mazalan recently posted…Muzik terhasil dari pergerakan video: Kelas Tebas
Kambing golek for life. Hihi. Tapi menu2 lain pun tak kurang sedapnya jugak. Terliur kita dibuatnya hehe.
emi recently posted…Review Buffet Ramadhan 2019 – Selera Ramadhan @ Silka Maytower KL
Wah! banyak juga sajian sedap sedap kat sana, I belum pernah maka kat sana lagi. Nanti nak try ajak my cols ke sana.
Sunshine Kelly recently posted…5 Possible Reasons Why Your Essential Oils Don’t Work
Restoran 10 Binjai ? Unik nama dia.. harga pun berpatutan.. bolah la ajak family try berbuka kat sini nanti..tapi tengok pada waktu free hubby.. busy sangat dia pun
hahaha aino u …u dengan kue teow mana boleh dipisahkan ….pantang nampak …..tapi ai tertarik dengan daging tumis hitam tulahhh nampak sedapppp sangatttt
Saidila Rahman recently posted…13 SEBAB KENAPA PILIH KEDAI EMAS HAJAH HALIJAH
Teh tarik satu… sedapnya klu kak pun dpt mkn kat sini, juadah yg disediakan semuanya npk menarik.
10Binjai ni meriah juga buffet Ramadan mereka. Ingatkan ruang dia kecil je restoran ni. Nanti boleh join berbuka di sini. Hehehe
Ruby recently posted…Idea Minuman Berbuka Puasa Segar Berkhasiat
Wah menarik betul makanan- makanan yang disediakan sempena iftar ni. Meleleh air liur kite. Nak try la nnti. Harga pun ok. huhuhu
The food in this place really looks delicious. OMG just look at those delectable spread at the disposal of gluttons. I am sure a lot of people will enjoy the scrumptious offerings here. 🙂
Tekkaus recently posted…Ramadhan Buffet Dinner at Cofeology Cafe & Restaurant
Meriahnya kak dapat berbuka di PNB hotel. Makanan dia semua nampak sedap dan menyelerakan ye. Oh ! Dia siap ada 2 restoran yang biasa dibuka untuk bulan puasa la kan, wow nya hotel ni 😀