Salam dears… “Faris bagi 10 bintang!”. Haa tu dia rating si Faris bila ditanya sedap tak makan kat Buffet Ramadhan di Hotel Sri Petaling ni? 10 bintang terus ko hehehe. Si Fahmi dan Fauzi pun setuju, tersandar tepuk tepuk perut masing masing menandakan sedap! Hahaha

Buffet Ramadhan di Hotel Sri Petaling
Sebenarnya sejak hadiri sesi media preview buffet Ramadhan di Hotel Sri Petaling ni Mama dah plan nak bawa si kembar dan Ayah juga untuk nikmati keenakan juadah disini. Sebab Mama rasa masakan kat situ sedap dan kena dengan selera Mama.
Lagipun sebab tak jauh sangat dari rumah, dalam 30 minit gitu dah sampai. Jadi lepas balik kerja sempat laa sampai sebelum waktu berbuka.

Penuh meja 😂 Yup, si kembar ni memang kuat makan. Mama nya apa tah lagi hahahahaha
Banyak betul si kembar makan malam tu. Ntah berapa kali dok ulang alik ambil makanan. Mama tengok yang berkali kali diorang tambah ialah Spaghetti Aglio Olio, Apam Balik, ABC dan aiskrim.



Ayah plak suka Kambing Golek dan Sup Gearbox. Memang power! Mama? Opkos lah Kuey Teow Goreng dan satay, my favourite gitu hehe. Sotong bakar dan ikan keli bakar pun Mama suka, makan banyak!









Haaa aiskrim pun Mama bedal bermangkuk mangkuk gak, mengalahkan si kembar hehehe



Overall, Mama rasa happy dan berbaloi bawa si kembar dan Ayah makan kat sini. Kitorang enjoy sangat dan memang tidak mengecewakan! 🙂
Maklumat Lanjut Hotel Sri Petaling:
Alamat: No. 30, Jalan Radin Anum, Bandar Baru Sri Petaling, Kuala Lumpur
Website: Hotel Sri Petaling Kuala Lumpur
Facebook: Hotel Sri Petaling Kuala Lumpur
Instagram: HotelSriPetalingKL
Telefon: 03-9058 2323
2,834 total views, 1 views today
Amboi kembar…. Aunty pun suka berbuka kat Seri Petaling Hotel. Sedap kann…??
Aunty pun plan nak bawak derang gak..
Nina Mirza recently posted…Alhamdulillah.. TAHNIAH McDonald’s ..!!
Bawak laa..mesti depa enjoy
Nampak sedap semua menu! sate kambing tu nampak betul juicy nya!
Memang sedappp
Wow.. menu yang best best la.
Ni kalau kita mkan sikit sikit, dan kalau boleh semua kita nak rasa. Hehe
Stkat ni belum lagi terjah mana mana buffet tau.
Syamimi recently posted…Kekal sihat dan dilindungi sepanjang bulan Ramadan dengan Dettol!
Yup ambil serba sikit jadi dpt lah rasa semua yg ada
Menariknya lauk pauk dia
Semua sedap!
Eiii mengujinya baca entry ni time tengah lapar. Nampak sedap! Terus rasa nak datang makan sekarang jugak
Bertabah lah ye hehe
Tu dia, berselera betul tengok kembar makan buffet Ramadan kat sini. Terliur tengok menu menu yang dihidangkan. Harga kat sini pun berpatutan dengan menu yang ada. Boleh la cadangan kat sape sape yang tengah cari tempat buffet Ramadan
Nampak sangat menarik juadah yang disajikan.
Harganya pun berpatutan.
So adakah Rawlins pun kena selitkan Hotel Sri Petaling dalam a must visit hotel for iftar?
Diri ini tidak kuat! Hahaha
Yesss..must visit for iftar hehe
wahhh nampak sedap2 betul hidangan buffet ramadhan di sini. meriah hidanganannya. kalau sya pon saya bagi 10 bintang. belum makan lagi tu. nanti nak cuba singgahlah untuk berbuka dekat sini
Wah sampai 10 bintang si kembar bagi ya. Nampak betul betul sedap makanan buffet ramadhan ni kalau rating sampai 10 bintang. Tapi memang nampak semua makanan nampak sedap dan menyelerakan. Berbaloilah makan kat sini kan
Mimie recently posted…RAYA SAKAN DENGAN BATA BERGAYA BERSAMA
Semua makanan nampak sedap. I should go try this buffet too.
sedap sangat ni kak oii..nyum nyum..ala apam balik tu..kalau nad mesti bertamah ambil..hahahaa…suka si kembar la ye..dpaat makan sini
Wah Faris 10 bintang eh hehe alaa nyesal tak g haha menu semua terbaik
Bella sekarang ni kalau nak cari tempat yang ada buffet Ramadan, Bella cari yang mana harganya berpatutan sebab taknak support pembaziran. Banyak juga variety disini ya? Mesti happy anak2 dapat berbuka dan makan macam2.
LizzaBella recently posted…NamaStay: Affordable, Safe and Perfect Hostel to Stay in Ubud, Bali
Aduhaii.. Sedapnya.. Menu yg menarik n berbaloi dgn harga.. Sotong bakar pun ada.. Favourite AM.. Masak lemak cili padi pun ada.. Aduhaii.. Nak pegi la nnti dgn adik..
AlongMurni recently posted…JUADAH BERBUKA: TONY ROMA’S DENGAN TEMA FESTIVE DELIGHT
Tak pernah lagi cuba menu berbuka kat hotel sri petaling ni. Not bad gak ya menu dia. Nanti bolehlah sis cuba berbuka kat sana gan family. Masih ada masa lagi ni nak pergi berbuka kat sana 🙂
Hargaberpatutan sangatkan kak, tengok pilihan menu pun memang menyelerakan. Suka la dorang mama dia bawak berbuka puasa dekat hotel ni ;D
mek onie recently posted…ALTHEA: KINI TELAH MELANCARKAN ALTHEA A’BLOOM
Bab mkn sapa xsuka lebih2 bdk lelaki mmg kuat mkn, tgk menu ada mcm2 nklu blh nk mkn semua
Aduiii baca ni rasa nak berbuka satey kambing pula hari ni. Dan dan je perut ni berkeriuk keriukk..baru pukul 2 ni
Annur syuhadah recently posted…Petua Atasi Senggugut Ketika Datang Bulan. Tak sangka rupanya ‘heat belt’ banyak membantu!
Hahaha bersabarlah 🙂
Wah semua nya sedap sedap, i pun bagi 10 bintang la. Spotted some of the dishes that i like too and their price is reasonable too.
Sunshine Kelly recently posted…Oriental Steamboat @ Segambut Review
Nampak sedap menu dia. Tak sempat pergi masa bulan Ramadan hari tu. Kalau ada lagi tahun depan inshaa Allah nak merasa makanan kat sini. Banyak tu bintang budak-budak kasi. Mesti sedap kan.
Alhamdulillah sedap dan banyak yg kena dengan selera si kembar ni, tu yg 10 bintang terus tu hehe.