Salam dears… Bila nak pergi bercuti atau nak book hotel, korang suka buat tempahan secara online atau telefon hotel? Well, kalau Mama memang lebih suka buat booking hotel online je. Sebab bagi Mama booking hotel atau resort secara online ni adalah satu kemudahan yang patut digunakan bila mencari tempat yang sesuai untuk bercuti atau pun untuk work purpose / business trip.
Tapi Mama rasa mesti ada diantara korang yang masih ragu-ragu nak tempah hotel secara online ni kan? Mungkin ada yang rasa booking online ni macam tak berapa selamat. Atau ada yang tak pasti nak guna laman web yang mana sebab ada banyak website untuk book hotel online kan?
Mungkin sebab tu lah masih ramai yang lebih suka walk in atau buat tempahan melalui telefon ke hotel ja. Tapi…bila buat gitu, kemungkinan besar akan dapat harga yang lebih mahal daripada online tau. So..kalau nak tau camna nak cari cheap hotel booking korang boleh teruskan membaca okey 🙂
Salah satu laman web yang korang boleh survey ialah Traveloka
Kenapa Nak Book Hotel Online?
Sapa yang ada pengalaman book hotel online atau cari best offer untuk hotel yang korang nak stay? Korang tau tak, kat negara lain dah lama dah diorang book hotel secara online ni. Cuma kat Malaysia ni ianya boleh dianggap masih baru gak lah.
Mungkin sebab ramai tak pakai kad debit untuk buat pembelian online, risau tentang keselamatan transaksi online. Tapi bab keselamatan sekarang dah makin power, so dah tak risau sangat. Bagi Mama sebenarnya lebih mudah nak beli atau buat tempahan secara online. Tapi pastikan korang ikut arahan ciri ciri keselatamatan lah.
Kalau ada orang tanya kenapa nak buat online booking? Well firstly kita dapat jimat duit dan masa kita. Bayangkan…tengah berjogging sambil pakai fon pun kita boleh book hotel, atau survey untuk bandingkan harga hotel-hotel yang ada. Kita dah tak payah call setiap hotel yang ada dalam list semata mata nak tanya pasal harga dan promosi.
Booking online ni juga lebih mudah dan fleksibel sebab ‘dihujung jari’ je korang dan boleh pilih hotel ikut kehendak dan bajet korang. Tambahan plak, boleh juga check dan baca review hotel yang ada dalam list tu. Lebih mudah lah nak pilih ikut keselesaan.
Check dan baca review dulu tau sebelum book hotel online
Kalau dah terang terang ada review yang negatif daripada pelanggan yang pernah menginap kat hotel tu, haaa pangkah je lah daripada list korang. Tak payah pening pening nak tanya merata hotel ni ok tak, hotel tu ok tak? Semuanya di hujung jari saja 😉
Disamping tu, lebih mudah untuk check maklumat berkaitan bilik yang ditempah tu. Boleh check apa yang termasuk dalam booking korang contohnya harga tu termasuk sarapan atau tidak? Nak check terms & conditions pun senang contohnya boleh duduk berapa orang, bila check in and check out.
Sebaiknya baca betul betul semua T&C sebelum booking tau, jangan main redah buat booking. Tengok dan baca betul betul supaya tak rosakkan mood masa bercuti nanti kalau last minute baru tau benda yang korang harapkan tu tak ada.
Korang jugak boleh check harga yang perlu dibayar tanpa sebarang kos-kos tersembunyi. So lagi senang nak bajet dan standby duit kan. Tapi kena ingat, kalau lambat buat booking…harga boleh naik tau. So Mama nak pesan, kalau dah ada hotel yang berkenan tu dan kena dengan bajet korang, baik cepat cepat buat booking jer. Lambat kang melepas plak harga tu kan
Untuk payment method biasanya boleh bayar pakai kad kredit atau debit. Senang kan? Macam shopping online jer. Cuma pastikan ada baki yang cukup dalam bank akaun korang, kalau tak cukup acaner nak bayar kan? hehe
Haa selain daripada check T&C, bila book online ni mudah sebab boleh check apa kemudahan yang ada kat hotel tu. Contohnya ada seterika tak? Ye laa kadang kadang kita nak iron baju tapi hotel tu takdak iron kan naya tu. Lagi satu, pastikan ada wifi atau tidak sebab Mama tau zaman sekarang ni kan kalau takde wifi korang mesti meroyan kan? Hahaha

And yang paling bestnya, boleh booking hotel di seluruh dunia! Bukan Malaysia jer, so seluruh muka bumi ni korang boleh jelajah sekali hehe. Dah tak payah bayar bil telefon mahal mahal nak booking hotel di London dah hehe. Segalanya dihujung jari je sekarang ni.
Nak tau apa hotel yang ada, search ja kat Internet. Contohnya nak cari hotel kat Port Dickson lah katakan, korang search ja kat google macam Lexus Hibiscus Port Dickson Hotel booking, kalau nak hotel lain korang tukar je lah nama hotel tu.



Kesimpulannya, tempahan penginapan secara online amatlah senang! Asalkan ada line Internet, ada komputer atau smartphone, kat mana mana atau bila bila masa saja boleh buat booking kan? Jimat masa dan jimat duit. So apa lagi, jom ler survey next holiday korang. Have fun! 🙂
7,146 total views, 2 views today
Ye la kan. La ni zaman internet.. maka, semuanya leh settle online 🙂
Dura Norell recently posted…Koleksi Resepi | Begedil Ayam
Makin mudah kan
Traveloka ni dah ramai pengguna dia kan.. sebab senang nak booking hotel dna flight .. cuma guna 1 aplikasi ni je dah boleh settle booking semua.. perjalanan dan percutian pun berjalan lancar.. terbaik
Rugi jugak sebelum ni kalau travel mesti sampai tempat tu baru nak pergi book hotel. Sudahnya tak tengok kemudahan apa yang ada pastu bilik pun macam agak teruk. Kadang-kadang jumpa hotel yang bagus tapi penuh. Sebab lambat book kan. Lepas ni kalau nak pegi mana mana memang nak kene book online terus
sekarang ni semua dah mudah.. hanya di hujung jari kan.. bertambah mudah lagi dgn adanya Traveloka
Thanks for the suggestions. I am in need of this because I am planning my next trip with my family. Hope to book a nice hotel to stay for the vacation thru this
Sekarang ni memang kita kalau booking hotel memang buat online jer tak ada pun nak pergi walk ini sebab tak berani takut penuh dah juga kalau online boleh dapat harga jauh lebih murah hehehehe….
off course booking online lagi senang sebab boleh survey & pilih harga bilik paling murah. kalu walk in mana dapat harga promosi..silap hari bulan lagi mahal ada la. lagi pun beli online boleh guna kod promo..bertambah murah harga bilik kita dapat tu
Dulu memang tak reti dan kurang percaya booking online. Tapi bila dah sekali explore kat Traveloka, dan senang jer rupanya
Terus puashati dan lebih mudah book online jer sekarang. Harga pun jauh lrbih jimat.
Jommmmm pi holiday!
Nina Mirza recently posted…Sinopsis Drama VOICE NOTE TV3 | Fuuhhhh… Seram seyh!
memang mudah sekarang nie. segalanya di hujung jari. pilih je nak hotel mana satu emngikut bajet dan keperluan masing2. sy jarang tempah online, selalu main terjah je. sebab jarang bercuti pada waktu puncak jadinya hotel xdelah penuh.
yup sekarang ni semua mudah.. Online je.. Swmua dihujung jari.. Tak peelu sush cati sana sini lagi.. Ehhehe.. Nad selalu usha traveloka.. Ade lagi lain kan yg boleh tengok.. Cakp bercuti terus nk beecuti.. Hehe
Betul tu kalau nak bookinh hotel harus book tru online lg murah dr walk in lgpun jimat masa dah x payah rushing2 or tgu lama2 kat kaunter tu..kita nak holiday mestilah nak seronok..nti bila walk in mcm2 masalah bilik xdelah..itulah inilah hihi
Betul tu zaman teknologi ni semua dihujung jari. Tak perlu nk buat cara tradisional yang rata-rata lebih mahal. Selalu jugak pakai traveloka ni. Sebab harga die super duper murah. Cuma belum berjaya lagi book grand lexis ni.hehehe. Soon insyallah..
murah dan mudah rupanya kalau booking online, lagi2 dengan platform apss traveloka…sebab ramai dah penggunanya jadi kita boleh percaya keberkesana n sistemnya
Mmg senang kalau ada platform online mcm ni. Tambah2 kalau ada promosi dkt online lah yang best. Harga tak masuk akal pun boleh dpt kan
Azni recently posted…Yeay ! dapat beli vacuum robot idaman di SGshop
Akak pun suka booking online. Senang pi terus cek in je. Xyah dah nak kena tunggu2 lama, confirm2 kita boleh masuk. Kalau yang walkin ni kadang takde bilik kosong kan. Kalau kami selalunya memang akan book online. Jimat masa, sometimes online lagi murah dari walkin hihi
yanmie recently posted…Tahniah Angah!, Hebatnya Kamu Olahragawan Sekolah 2019
Booking online best sebab adakalanya dapat harga yang lebih rendah dari harga asal. Tak rugi manfaatkan kemudahan yang ada.
Eiza GreenAppleKu recently posted…Apple Cider Vinegar dari Surya, Teman Sejati Perut Kembung Anda.
Emi pun memang salah seorang pengguna tegar Traveloka. Selain booking tiket flight, emi guna traveloka untuk booking hotel jugak. Hehe
Ena lagi suka booking online sebab boleh survey banyak pilihan dari awal. Plus ada offer boleh la jimatkan belanja kan. Lagipon ada kemudahan feedback rate dari customer. Jadi kita mudah nak buat pilihan sesuai.
Kita tak pernah booked secara online buat masa ni. Sebab ntah, tak reti kot. Haha
Tapi adik ppuan kita pandai. Dia biasa la kalau ada urusan, check in hotel dia booked sesiap. Nti boleh la mintak tunjuk ajar kan.
Sebelum ni booked hotel walk in je. Alhamdulillah la dpt hrga yng sama mcm mna dok survey.
Syamimi recently posted…Kejayaan Khairul Nizam Pengasas Jamumall Beri Sumber Kekuatan Untuk Semua!
Baru tahu rupanya lagi mudah bila kita booking online.. Selalunya AM walk in je..
AlongMurni recently posted…BERBELANJA DI SEGI FRESH PILIHAN AM: SENTIASA SEGAR, MURAH DAN BERKUALITI
Yes, kita cari terus kat payment tu. Sbb kita memang tak buat kredit kad jadi bila ada debit tu lega sikit. Tak suka lah asyik credit card aje macam mana nak menempah bilik kan~ ni baru best dapat bilik tak perlu susah susah lagi.