Salam dears… Salah satu step atau langkah paling asas dan paling penting dalam penjagaan kulit wajah ialah mesti rajin bersihkan muka, betul tak? Kalau nak cuci muka pun malas, acaner nak dapat kulit yang cantik dan sihat?
Haaa tu lah salah satu masalah Mama – kadang kadang malas nak cuci muka huhu. Kalau balik kerja lewat malam tu, dah penat rasa terus nak tidur je. Malas nak basuh muka basah basah ngan air.
Kadang malam minggu lepas Isyak tu keluar jalan jalan cari makan, balik dah lewat…pun malas nak ke bilir air cuci muka dah. Padahal makeup dok bertepek lagi kat muka ni haa.
Alaaa setakat bedak pun kira masih ada makeup laa kan. Dah kalau terus tidur ngan bedak still kat muka, camna kulit nak bernafas? Camna nak dapat kulit wajah yang cantik halus mulus tanpa jerawat kalau gitu?
Cetaphil Gentle Skin Cleanser Tak Perlu Guna Air!
Itu pasal lah sekarang ni Mama guna Cetaphil Gentle Skin Cleanser (GSC) ja dalam rutin penjagaan kulit wajah Mama. Sebab…boleh bersihkan muka tanpa guna air, yahooo!

Cinta hati baru Mama ehehe
Hari tu laa masa pergi ke farmasi Mama saja je laa belek botol Cetaphil, tengok tengok kat belakang tu tulis ada dua cara untuk guna – dengan air atau tanpa air. Ehhh ini yang aku cari ni, apa lagi…terus nak cuba!
Kali pertama pakai, Mama guna dengan air dulu macam pencuci muka biasa sebab nak test dulu sesuai ke tidak. Yang Mama perasan, Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni very mild, tak berbuih dan tak pedih kulit. Ok..nice!
Lepas tu baru Mama beranikan diri untuk guna tanpa air plak. Sapukan kat muka dan gosok gosok pastu lap wipe-off guna kapas muka (facial cotton pad). Ehh memang terasa bersih lah! Dan best sebab tak rasa melekit, rasa selesa ja kulit.

Gosok gosok Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni, pastu wipe-off ja dah bersih muka, senang!
Apa lagi…sekarang ni bila masa tengah tak berapa rajin tu memang ku gosok gosok dan lapΒ saja lah jawabnya hehe. Yang penting, tetap dapat bersihkan kulit muka tauuu.
Cetaphil Gentle Skin Cleanser Tak Keringkan Kulit
Salah satu benda yang Mama paling tak suka bila guna pencuci muka ialah lepas cuci tu kulit jadi tegang dan kering. Pernah Mama guna satu brand ni, lepas cuci muka rasa gatal sebab kering sangat. Kulit pun jadi merah merah.
Tapi dengan Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni…langsung tak ada masalah tu tau. Malah kulit terasa lembut dan moist jer. Tau tak kenapa? Sebab cleanser ni bebas sabun dan pewangi! Perasaan tegang dan kering tu adalah perbuatan sabun yang berbuih kerana buih akan mengikis lapisan pelindung semulajadi kulit dan jadikan dia terlalu kering. Malah, pencuci yang bebas sabun macam Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni membersih sambil melembut oleh itu rasa sedap ja pegang kulit muka sendiri selepas mencuci muka hehe
Kelebihan Cetaphil Gentle Skin Cleanser
Selain daripada boleh guna tanpa air, Mama suka Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni sebab ianya:
-
- Sesuai untuk semua jenis kulit. Kulit biasa atau sensitif pun boleh guna.
-
- Soap free maksudnya tidak bersabun, sebab tu tak bilas ngan air pun takpa. Cuma lap wipe-off ja dah bersih kulit.
-
- Tiada bahan pewangi jadi sesuai sangat untuk yang kulit sensitif.
-
- PH yang seimbang untuk kulit. Kalau PH terlalu tinggi, kulit boleh jadi kering dan iritasi. Kalau PH rendah sangat plak, boleh menghilangkan minyak semulajadi kulit dan merosakkan lapisan lipid. Jadi, PH seimbang ni sangat penting untuk menjaga kesihatan kulit tau.
-
- Tak memedihkan mata. So tak payah risau kalau terkena mata, InsyaAllah tak dak adengan termenangis sebab pedih sabun masuk mata hahahaha
-
- Telah terbukti secara klinikal ianya tidak menyebabkan iritasi pada kulit. Untuk kulit bayi pun boleh guna ni.
- Disyorkan oleh pakar dermatologi, malah Cetaphil ni ialah jenama no. 1 untuk derma skincare di Malaysia ni.
Bukan Mama je yang kata Cetaphil ni bagus tau, tapi dalam survey yang dibuat oleh Home Tester Club…sebanyak 99% pengguna Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni pun bersetuju yang ianya berkesan membersihkan kulit wajah dengan lembut dan menjadikan kulit lebih lembab tanpa menjejaskan minyak semulajadi di kulit kita.
Kulit Sihat Dengan Cetaphil Gentle Skin Cleanser
Lepas seminggu guna GSC ni Mama perasan yang kulit muka makin lembut, lembab dan tak kering. Malah rasa licin gebu camna ntah.
Lagi satu, bila tengok gambar sendiri terasa ehh cerah pulak muka aku ni. Terasa macam flawless plak hehehe. Rasanya GSC ni buat tona kulit makin sekata, sebab tu kulit nampak cerah elok ja.
Dan…Mama rasa kulit Mama dah kurang berminyak. Sebelum tidur bersihkan muka dengan GSC ni, esok paginya bangun dah tak berminyak kat T-zone macam dulu. Best!
So…kalau korang pun mencari pencuci muka yang senang nak guna dan sesuai untuk semua jenis kulit, apa kata korang cuba lah Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni?
Mana tau, lepas guna nanti korang akan rasai kesan yang sama..atau mungkin lebih bagus daripada apa yang Mama rasai kan?
Kat mana nak beli? Cari je kat farmasi macam Guardian ka Watson ka Caring Pharmacy tu, InsyaAllah ada punyalah. Ada trial set juga, jadi boleh laa cuba yang size kecil dulu. Tapi lepas tu mesti akan beli yang saiz besar gak lah, sebab Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni memang best! βΊ
Maklumat lanjut:
Website: Cetaphil
Facebook: Cetaphil
Instagram: Cetaphil
Shopee: Cetaphil Official Store
Lazada: Cetaphil Official Store
1,212 total views, 2 views today
Nina pun pakai Cetaphil. Suka!
Sesuai dengan skin nina dan paling best dia dermatologist recommended
Nina Mirza recently posted…Resipi KEK BATIK Sedap Mudah Sukatan Cawan Tanpa Telur , Kos Murah 4 bahan jerr
Yup, sebab tu tak risau nak guna
Lya pon guna gak yang ni utk anak2 masa diaorang kena gatal2 kulit . Mmg best dan berkesan sangat anak2 suka kita pon suka sebab blh cuci muka dengan berkesan.
Bagus kan serasi untuk anak anak gak
Ramai kata jenama ni bagus.. nak try jugak la nanti. Thank you share pasal ni
Try la, kot kot serasi ngan u kan
Cetaphil memang pilihan dari dulu..jerawat segan nak singgah bila pakai ..hehhe
Kan..best!
Boleh try ni yg trial set tu kak
A ahh ada trial set, cuba lah
Biasa dgr yg kulit sensitif pun pakar recommend brand ni kan
Yup, dulu Faris kena ekzema pun doktor cadangkan guna ni
Nak cuba jugaklah, senang tak payah guna air.
Cuba lah Mas
Boleh jimat air lah gini.
A ahh..betul gak hehe
Puas hati kak nani guna Cetaphil ni tau, juju sekarang kerap guna kawasan kulit sensitif. Memang melembabkan. Nanti nak restock lagi
Yup, kulit sensitif sesuai guna Cetaphil ni
bagus cetaphil cleanser ni..kulit wajah bebas dari masalah kulit selepas pengunaannya
Yup, ikut jenis kulit insyaAllah sesuai
Wow! Tak payah guna air? Menariknya. Boleh cuba test try π
Sila sila..senang tau
klu ada ruam kat badan..i cuci pakai cetaphil ni..insyaallah hilang gatal..ruam pun hilang
A ahh bagus kan leh guna bila ada masalah gitu
You have enticed me π Dah cuba & mmg sgt sesuai, kurang sangat masalah kulit sekarang ni.
Patut makin cantik.. Yanie pun guna gak. https://yanieyusuf.com/2019/04/promosi-raya-semua-baru-2019-bersama-mbh-group/
Lya pon pkai jugak cetaphil ni mama. Mmg best dan sangat sesuai dengan semua jenis kulit wajah.
Bestnya boleh cuci tanpa air.