Salam dears… Bayangkan… slurpp slurpp slurpp hirup serawa durian sambil cicah dengan roti. Diselang selikan juga dengan suapan cendol sejuk masuk ke tekak, fuhhh asyik!

Haaa tu dah kecuq ayaq liuq lah tu kan, kan? Kalau ya, teruskan membaca sebab Mama nak cerita kat korang pasal satu lokasi Buffet Ramadhan 2019 di mana korang boleh merasai semua keenakan tu sambil ditemani bulan dan bintang…chewahh!
Buffet Ramadhan 2019: Bazaria Buffet Dinner di Hotel The Boulevard St. Giles
Mama kata bulan dan bintang sebab Buffet Ramadhan 2019 di Hotel Boulevard St. Giles kali ni bertemakan ‘Alfresco Dining by the Poolside’. Jadi korang boleh pilih untuk menikmati hidangan secara ‘open air’ sambil bersantai di tepi kolam, best kan?

Akan ada BBQ dan pelbagai stall yang menyediakan macam macam pilihan hidangan tradisional Melayu dan aneka kuih muih. Dan opkos…serawa dan cendol durian! Fuhhh!
Hidangan Enak di Bazaria Buffet Dinner Hotel The Boulevard St. Giles KL
Diantara hidangan ‘signature dish’ yang korang patut rasa kat sini ialah Nasi Briyani, Ayam Rendang Pucuk Ubi, Ekor Asam Pedas, Sambal Udang Petai, Terung Berlada, Ayam Percik, Kambing Bakar, Kepak Ayam Madu dan Ikan Bakar. Ehh meh laa Mama nak tayang gambar bagi korang kecuq ayaq liuq hehe









Haaa Nasi Briyani dan Ikan Bakar tu, si kembar makan banyak juga tau. Faris dan Fahmi bantai ambik ikan sorang seekor, memang licin tinggal tulang jer hehe.



Ayah plak, sampai dua mangkuk Sup Gear Box diambilnya. Pastu balik rumah terus terbongkang tidur kekenyangan “banyak sungguh abang makan tadi, sampai sendat perut ni haaa” katanya. Betul betul gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati punya kes ni hahaha
Pencuci Mulut dan Kuih Muih









Harga Buffet Ramadhan 2019 di Hotel The Boulevard St. Giles
Bazaria Buffet Dinner ni akan berlangsung dari 12 hingga 30 Mei 2019 pada harga RM98.00+ untuk dewasa dan RM48.00+ untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun.
Lagi menarik, ada promosi istimewa ‘Early Bird’ untuk 100 vouchers yang pertama iaitu ‘Pay 1 Eat 2’. So tempah awal awal lah untuk grab promosi ni tau.

Lokasi Strategik
Hotel The Boulevard St. Giles ni lokasinya strategik, sebelah MidValley Megamall jer. Ada pintu masuk bersambung dari dalam MidValley. Senang laa nak shopping cuci mata sebelum pi isi perut kat Bazaria Buffet Dinner tu hehe.
Bab parking plak, kalau datang sini korang park je kat MidValley tu. Boleh dapat kan flat rate parking RM5 saja. Cuma perlu validate tiket parking tu kat kaunter reception hotel ja.
So…kalau korang nak merasai pengalaman berbuka puasa di tepi kolam, open air dibawah langit…silalah booking cepat cepat untuk menikmati Bazaria Buffet Dinner di Hotel The Boulevard St. Giles ni yer.

Apa apa soalan ka nak booking ka, korang hubungi jer nombor di bawah ni okey…
Buffet Ramadhan 2019 di Hotel The Boulevard St. Giles
Facebook: Boulevard Hotel Malaysia
Instagram: TheBoulevardStGiles
No. Telefon: 03-22958124 atau 010-2208124
E-mail: fnbblv@stgiles-hotels.com
3,351 total views, 1 views today
tudia. dekatnya ngan kolam. agak2 lepas makan, leh terjun kan? hahahhaa
Bawak baju tukaq siap siap hahahaa
nampak menyelerakan semua menu buffet ni
Mmg sedap sedap belaka
sedap-sedap makanan dia kak!
Tu lah pakat pulun makan tu hehe
OMG! Nmpk sgt2 sedap menu tu semua! Terliur ibu mengandung. Hehehehe… ❤️❤️❤️❤️❤️
Apa lagi…booking laa hehe
I’m interested! Sup gearbox, ekor asam pedas & serawa tu sgt mengoda
Nice post.. salam….
Kunjungan kembali ya..
Pasar Tozai BaruReza DalimuntheSiantar MenMedia Online Siantar
Mengujakan sungguh cendol durian ittew!
Dura Norell recently posted…Pertama kali main ping pong takde pengalah
Kannn hehehe