Salam dears… Sejak Mama bercerita tentang kedai Galeri Muslim, ada kawan yang kata “jauh lah Senawang, tak sempat laa nak drive ke sana” dan tanya “ada cawangan kat tempat lain tak?”. Haa korang tak payah risau dah, sebabnya Galeri Muslim ada buka ‘cawangan’ di alam maya ni haa. Jadi bagi yang mencari barangan atau set kelengkapan haji & umrah tu, boleh lah beli online jer. Laaagi senang!

Kenapa Nak Beli Set Kelengkapan Haji & Umrah di Galeri Muslim Online?
Kalau ditanya Mama, apa yang kena bawa ke Tanah Suci? Pakaian macam mana yang perlu dipakai ketika beribadah? Berapa pasang nak bawa? Aduhh..Mama serius tak tahu nak jawab! Yang Mama tahu opkos lah kain ihram dan telekung. Yang lain? I dunno hehe.
Sebabnya Mama pun belum pernah ke sana untuk menunaikan ibadah haji atau umrah. Kalau korang pun macam Mama, tertanya tanya ini perlu ke? Itu kena ke? Ehh senang cakap, kalau korang bakal menunaikan umrah atau haji tapi:
- Langsung tak tahu apa nak dibawa dan tak nak peningkan kepala fikir barang apa yang perlu.
- Tahu…tapi masih ragu-ragu dan takut tertinggal barang penting yang nak dibeli.
- Sibuk sampai tak dak masa nak ke kedai nak beli barang kelengkpan umrah. Bukan setakat sibuk kerja ofis ja tau, tapi suri rumah pun sibuk gak uruskan anak anak lah itu lah ini lah, sampai tak sempat nak ke kedai.
- Risau kos yang tinggi untuk beli segala barang kelengkapan tu. Kos bukan setakat harga barang tu ja, tapi kena ambil kira gak tol, minyak dan masa.
Dah…sekarang dah tak payah pening pening dah…tengok dan pilih je set set yang ada di page Galeri Muslim ni. Dah laa FREE POSTAGE, ada set yang dapat free gift gak tau. Untung!
Set Kelengkapan Umrah & Haji Untuk Lelaki
Set untuk lelaki ada empat jenis iaitu Set Asas, Set Penting, Set Kurta dan Set Jubah.
Set Asas Lelaki
Set Asas Lelaki mengandungi 2 keperluan pakaian asas yang perlu dibawa oleh Jemaah lelaki ketika menunaikan umrah atau haji iaitu kain Ihram (45 x 90 inci) dan tali pinggang haji.
Set Penting Lelaki
Set Penting Lelaki pula dilengkapi dengan Kain Ihram (45 x 90 inci), Tasbih Digital, Sejadah, Tali Pinggang Haji dan Spray Wudhu.

Set Kurta disarankan kepada Jemaah lelaki yang ingin memakai Kurta ketika tidak terikat dengan syarat sah Ihram.
Set ini mengandungi Kain Ihram (45 x 90 inci), T-Shirt Lengan Pendek Putih, Kurta Putih, Tali Pinggang Haji dan Seluar Haji Putih. Juga terdapat 4 Free Gift dengan setiap pembelian Set Kurta.

Set Jubah disarankan kepada Jemaah lelaki yang ingin memakai Jubah ketika tidak terikat dengan syarat sah Ihram.
Set ini mengandungi Kain Ihram (45×90 inci), T-Shirt Lengan Pendek Putih, Jubah Putih, Tali Pinggang Haji dan Seluar Haji Putih. Juga terdapat 4 Free Gift dengan setiap pembelian Set Kurta.
Set Kelengkapan Umrah & Haji Untuk Wanita
Set untuk wanita pun ada empat jenis iaitu Set Asas, Set Penting, Set Jubah dan Set Seluar.

Set asas ini mengandungi 4 keperluan pakaian asas yang perlu dibawa oleh Jemaah Wanita ketika menunaikan umrah/haji iaitu Mini Telekung, Jubah Seluar, Sarung Lengan dan Stokin Wudhu’

Set Penting Perempuan ini mengandungi Mini Telekung, Jubah Seluar, Sarung Lengan, Stokin Wudhu’, Tasbih Digital dan Sejadah.

Set ini disarankan kepada Jemaah wanita yang ingin mengenakan pemakaian Jubah labuh ketika menunaikan haji/umrah.
Set ini mengandungi Mini Telekung, Jubah Labuh Putih, Singlet Zip, Seluar Panjang Putih, Tudung Labuh Putih, Sarung Lengan, Kasut Tawaf dan Stokin Wudhu’. Juga ada 4 Free Gift dengan setiap pembelian Set Jubah.

Set ini disarankan kepada Jemaah wanita yang ingin mengenakan pemakaian Jubah seluar ketika menunaikan haji/umrah.
Set ini mengandungi Mini Telekung, Jubah Seluar Putih, Singlet Zip, Seluar Panjang Putih, Tudung Labuh Putih, Sarung Lengan, Kasut Tawaf dan Stokin Wudhu’.
Buat masa sekarang, semua set tu hanya ada dalam warna putih sahaja. Mama harap nanti akan ada set pakaian yang berwarna hitam juga lah.
Kelengkapan dan Aksesori Lain

Set Aksesori Haji Umrah ni mengandungi barangan keperluan tambahan yang akan memudahkan segala urusan harian ketika berada di Tanah Suchi.
Set ni lengkap dengan barangan seperti Sejadah Kecil, Spray Wudhu’, Label Bag, Padlock Kecil, Tasbih Digital, Gunting Kecil, Buku Doa, Uncang Kasut, Nosk (Penapis Hidung) dan Travel Hanger.

Set Penjagaaan Diri SUCHI ni plak mempunyai pelbagai pilihan variasi set yang mengandungi kombinasi barangan penjagaan diri harian (gel mandian, krim tumit, losyen Sah Ihram, etc) yang Sah Ihram dan boleh digunakan ketika haji/umrah.
Set-Set tersebut ialah Set Safa, Set Marwah, Set Raudhah, Set Fatimah, Set Ali dan Set Aisyah.
Walaupun belum berpeluang ke Tanah Suci, tapi Mama pun guna Set Safa dari Galeri Muslim ni. Sebabnya mudah nak bawa set travel gini bila pergi holiday ke mana mana. Gel mandian ngan lipbalm dalam set tu memang best wooo 😉

Haa menarik kan boleh beli online ja set kelengkapan umrah & haji ni. Tambah plak semua set tu dapat penghantaran percuma, jimat dah tu.
Tak kira dimana berada, bila bila masa boleh beli barang keperluan. Klik klik order, klik klik bayar. Semuanya di hujung jari saja. Pastu tunggu abam posmen hantar depan pintu, kan ke senang!
Nak beli buat hadiah untuk mak ayah atau saudara mara yang bakal menunaikan haji atau umrah pun boleh. Mesti diorang happy bila abam posmen hantar kat diorang kan 😊
Kalau korang nak tengok tengok apa lagi yang ada, sila lah usha kat website Galeri Muslim tu ye. Happy shoppping!
Dan buat bakal jemaah yang akan menunaikan umrah atau haji, selamat beribadah. Moga dikurniakan umrah dan haji yang mabrur, Aaminn…
Beli online: Set Kelengkapan Haji Umrah
Website: www.galerimuslimofficial.com
Facebook: Galeri Muslim Senawang
Instagram: @galerimuslimofficial
1,840 total views, 1 views today
memang senanglah macam ni tak payah pening2 kepala fikir nak bawa apa bila menunaikan umrah/haji..tak payah dah nak buat list down satu-satu..terus pergi kat Galeri ni semua dah lengkap kan
Masa mak ngan ayah nak pergi haji dengan umrah dulu, gigih masuk keluar kedai cari baju dan kelengkapan tau. Penat pun penat. Sekarang ni senang dah boleh beli online. Kalau saya pun, memang beli online je. Tak sanggup nak hadap sesak semua
Wah mudahnya beli online je sekarangkan. Yang bagusnya terus datang dengan set. Tak perlu risau kalau terlupa apa-apa daripada list. Kalau dah set mesti lebih berbaloi dan jimat, kan. Apapun kepada yang bakal menunaikan haji atau umrah, semoga selamat semuanya dah mendapat haji/umrah yang mabrur!
Senangnya bila dah ada set-set macam ni. Tak pening dah nak pikir apa kena bawa semua. Kalau tak mesti ada je yg terlupa nak beli kan. Set keperluan lain pun ada dijual. Lengkap semuanya dekat sini.
Bagus jika ada lokasi yang memudahkan sebegini kan – sepertimana pusat sehenti untuk kelengkapan mengerjakan umrah dan haji kan. Bagus ada yang memudahkan urusan ramai sebegini kan.
Senang bila boleh buat belian atas talian. Nampak gambar semua lengkap untuk kelengkapan set umrah/haji tu. Tak perlu nak beli satu2 ala-carte barang-barang keperluan. InsyaAllah ada rezeki ke sana, boleh dapatkan set lengkap dari Galeri Muslim Online.
Online boleh beli semua barang2 untuk Haji Umrah. Senang buat rakan2 semua.
Sekarang ni memang zaman semua di hujung jari. Klik and bayar dah lengkap semua. Sampai kan kelengkapan haji umrah pun sama. I will rekomen this to my friend who are going for Haj soon.
Nak beli kelengkapan haji dan umrah pun boleh beli online je sekarang ni kan. Senang kerja dan jimat masa bagi mereka yang tak berkesempatan ke kedai untuk dapatkan semua tu. Terbaikk
Maisarah recently posted…Resepi Biskut Chocolate Chip Mudah dan Sedap
Sekarang semua menda nak hanya online sahaja kat mana-mana pun boleh beli kalau mana-mana perniagaan yang tidak ikut trend ini mesti susah nak berjaya. Tengok produk nak pergi Umrah dan Haji pun dah online dulu masa kita cari kena pergi kedai sesak-sesak hehehe…
Wah menarik yer, boleh beli online jer sekarang! Teringin sangat nak pergi umrah.. best semua kelengkapan lengkap boleh dapatkan di satu tempat! nak bookmark lah, mana tahu ada ada rezeki dapat jadi tetamu Allah tak lama lagi…
Huda Halid recently posted…Review Paya Bunga Hotel Terengganu – Hotel Patuh Syariah Terbaru di Kuala Terengganu
senang bila ada cawangan dekat alam maya. skrg ni mmg tgh cari pun kelengkapan untuk umrah, sebab ada dalam perancangan. terima kasih share ya 🙂
Mohamad Khairil Hassan recently posted…Abam Kie’s Birthday Giveaway
Wahh mudahlah sebab semua list dah siap. Tak perlu pening2 nak cari barang asing2 lagi la macam ena ni lom ada pengalaman pergi umrah. Memudahkn mereka yang takde masa nak keluar survey barang.
Bagusnya GaleriMuslim adakan perkhidmatan beli secara online. Sangat memudahkan cara kann?
Nina Mirza recently posted…Buffet Ramadhan 2019 “ThrowbackRamadhan di HOTEL SRI PETALING KL
Memang memudahkan mereka yang nak tunaikan haji dan umrah kan. Kot ada yang sibuk sangat sampai tak ada masa nak beli di luar order online saja. Pantas dan mudah. Semua di hujung jari kan.
Sekarang nie mudah je semuanya dh tersedia online. Semua ada dijual tinggal rajin tak rajin je nak cari. Bagus panduan nie boleh jadinrujukan buat mereka yg nak kerjakan unrah atau hji akan datang nie
Bagus juga dah ada jual jenis set set ni kan.
Kalau kita pun pening nak membeli atau nak suggest pada kenalan apa yang perlu atau tak.
Dan mudah la lepas ni kan. Buat pembelian secara online je.
Syamimi recently posted…Genap 31Tahun. Bagaikan Mendapat Kehidupan Baru!
Wah lia baru tahu barang umrah dan haji boleh beli secara online je sekarang. Memang mudah dan pantas lah. Tak payah nak serabut ke kedai dengan jem lah nak cari parking lgi. Boleh recommend dekat kawan2
Wah.. Menarik nie.. Mmg mencari.. Semua complete dlm satu pembelian.. Boleh la AM beli utk hadiahkan pd mak utk ke umrah nnti
waaa..dah boleh beli online..tak perlu susah susah nak pi kedai dah
Wow senang don’t have to go to kedai anymore, everything can order online and come in complete set. Will share this with my Malay friends.
Sunshine Kelly recently posted…Ramadan Kareem Sale & Bazar Raya @ Lulu Hypermarket KL
bagus ye dah mudah nak dapatkan set lengkap mcm ni. dulu kena cari kedai tertentu sahaja yang jual