Salam dears… Kebelakangan ni kerap plak dok dengar geng blogger #KBBA9 bercerita pasal kebaikan Minyak Zaitun PONS. Ben Ashaari pun rajin dok kata amalkan lah minyak zaitun, banyak kebaikannya untuk kesihatan! Paling ketara, dia kata dah rasa perubahan positif pada sendi lututnya.
Lutut Mama ni pun kadang ok, kadang tak. Ada hari nak lawan lari pun no hal (tapi konpem mengah lah hahaha), tapi ada hari turun tangga pun terasa perit. Faktor usia yang ‘makin muda’ dan badan yang ‘makin comel’ ni lah gamaknya huhu
Haishhh Mama ni kan sejenis yang mudah terpengaruh, terus wondering kenapa nak amalkan ambil minyak zaitun setiap hari?

Minyak zaitun makanan sunnah (gambar dari Pinterest)
Mama tahu lah ianya makanan sunnah yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW. Tapi, secara khususnya, apa khasiat minyak zaitun?
Kebaikan dan khasiat minyak zaitun:
– Mampu mencegah pelbagai penyakit kronik.
– Kajian menunjukkan seseorang yang mengambil minyak zaitun secara kerap akan mempunyai risiko lebih rendah mendapat penyakit kardiovaskular iaitu penyakit jantung, darah tinggi, strok dan kolesterol tinggi.
– Pengambilan minyak zaitun setiap hari mampu mencegah angin ahmar atau strok.
– Pengambilan minyak zaitun setiap hari juga boleh mencegah kanser payudara.
– Kajian khusus mengenai penyakit Alzheimer juga mendapati minyak zaitun boleh mencegah penyakit ini kerana kandungan bahan ‘oleocanthal’ didalamnya.
– Pelbagai lagi kajian saintifik yang dijalankan di seluruh dunia menunjukkan penggunaan minyak zaitun mengurangkan masalah kemurungan, menguatkan memori, bengkak pankreas akut (acute pancreatitis), penyakit hati akibat stres oksidatif dan penyakit bengkak usus (ulcerative colitis).
(Sumber)
Al Masoud Trading – Pengedar dan Pengimport Minyak Zaitun Tulen
Bila dah tahu semua kebaikan minyak zaitun, membuak buak semangat nak amalkan juga. Terus ajak Ayah ke kedai Al Masoud Trading di Shah Alam untuk tengok tengok.
Sebaik sampai di kedai, mak aihhh banyaknya pilihan! Rupa rupanya minyak zaitun ni ada banyak jenis – Extra Virgin Olive Oil, Virgin Olive Oil, Organic Extra Virgin Olive Oil (Organic EVOO), Early Harvest Olive Oil, Late Harvest Olive Oil…dan macam macam lagilah!

Di antara jenis minyak zaitun PONS yang ada di kedai Al Masoud Trading..
Lepas borak borak ngan Puan Lila, staff kat situ barulah Mama tahu rupa rupanya minyak zaitun tulen ni sepatutnya dibotolkan dalam botol kaca berwarna gelap barulah kualiti dan khasiatnya kekal tak terjejas.
Laaa selama ni dok tengok minyak zaitun kat pasaraya tu dalam botol kaca warna cerah ja, rupa rupanya tak sepatutnya camtu! Adehhhh…
Ciri ciri minyak zaitun yang berkualiti:
– Dibotolkan dalam botol kaca gelap. Kandungan khasiat akan hilang jika botol kaca cerah disebabkan oleh proses photo oxidation kerana terdedah kepada cahaya UV.
– Tidak menggunakan botol plastik kerana kandungan bahan kimia di dalam plastik akan bertindakbalas dan bercampur dengan minyak zaitun.
– Bukan dalam bentuk softgel dan kapsul. Minyak zaitun akan hilang khasiat disebabkan oleh oxidation semasa proses memasukan minyak ke dalam softgel atau kapsul.
– Pembotolan menggunakan nitrogen injection bagi mengekalkan kandungan khasiat sehingga tempoh maksima 2 tahun. Jika tidak, kandungan khasiat akan hilang selepas 3 bulan dibotolkan.
– Produk dari pengeluar asal, maksudnya dihasilkan dan dibotolkan dikilang pengeluar asalnya. Bukannya dihasilkan kat negara A, tapi dibotolkan kat negara B…gitulah lebih kurang maksudnya.
Minyak Zaitun PONS Extra Virgin Olive Oil Pilihan Mama
Lepas dah belek itu ini, akhirnya Mama pilih minyak zaitun PONS Extra Virgin Olive Oil. Sebab ianya sesuai untuk digunakan dalam masakan dan juga untuk diminum/makan begitu saja.
Haaa ni lagi satu benda yang Mama baru tau. Rupa rupanya tak semua minyak zaitun sesuai untuk diminum/makan secara direct. Sebab cara proses penghasilan adalah berbeza, jadi ada yang sesuai untuk digunakan untuk memasak saja.
Lain cara proses minyak zaitun untuk lain tujuan dan tentunya yang sesuai untuk pengambilan secara direct (boleh terus dimakan atau minum) adalah lebih mudah bagi Mama yang jarang memasak ni hehehe.
Bagaimana Rasa Minyak Zaitun PONS Extra Virgin Olive Oil?
Mula mula nak minum minyak zaitun PONS ni Mama nervous gak “macam mana aku nak telan ni? Konpem pahit!”.
Pertama kali nak suap ke mulut tu memang muka aii is berkerut seribu lah, siap rasa nak tutup hidung ala ala filem P. Ramlee bagai hahaha.
Tapiiii…bila dah masuk ke mulut, ehhh not so bad lah, boleh telan! Yaa, memang ada rasa sedikit pahit dan rasa macam telan minyak (dah namanya pun minyak zaitun kannn), tapi tak lah pahit sangat dan rasa minyak tu tak melekat lama sangat kat tekak.
Lepas 3 minit, minum air sikit dah hilang rasa tu. InsyaAllah tak jadi masalah lah nak amalkan kalau gini hehe.
Lagipun, benda yang baik untuk kesihatan, tak kan lah pahit sikit pun tak leh tahan kan? Kata nak sihat walafiat, ye dak? 😉
Cara penggunaan Minyak Zaitun PONS Extra Virgin Olive Oil:
– Minum satu sudu makan sebelum sarapan pagi dan satu sudu makan sebelum tidur.
– Jangan minum air selama 3 minit selepas minum minyak zaitun.
– Campurkan beberapa sudu minyak zaitun PONS ke dalam makanan yang dah siap dimasak sebagai ‘dressing’ salad, campurkan dalam sup, atau buat sapu kat roti pun boleh.
– Minyak zaitun juga boleh disapu kat kulit serta mana mana bahagian tubuh untuk menghilangkan kesan parut, kekeringan kulit, ekzema, radang kulit, masalah sendi dan lutut serta melebat dan menghitamkan rambut.

Guna buat menumis pun boleh

Tuang atau drizzle atas makanan yang dah siap dimasak pun boleh.
Minyak Zaitun PONS Untuk Kanak-kanak dan Bayi
Bila dah ambil untuk diri sendiri, mesti lah nak guna untuk anak anak gak kan? Yang bestnya minyak zaitun PONS ni ialah ada juga yang dihasilkan khas untuk bayi dan kanak-kanak iaitu PONS Extra Virgin Olive Oil for Babies (bayi umur 6 bulan dan keatas) dan PONS Extra Virgin Olive Oil for Kids (kanak-kanak berumur 3 tahun dan keatas).
Mama pilih PONS EVOO for Kids lah untuk si kembar. Rasanya lebih ‘mild’ berbanding yang Traditional EVOO tu, jadi lebih mudah untuk nak membiasakan budak budak dengan rasa minyak zaitun tulen ni.
Kuantiti yang perlu diambil pun sikit je, hanya 1/4 sudu makan. Kadang kadang Mama suruh si kembar minum gitu ja. Tapi biasanya Mama selit campurkan dalam makanan diorang lah, bukan diorang sedar pun pakat telan makanan dengan sedapnya ja hahaha

Fahmi pun mampu telan begitu sahaja, good job anakku hehehe
Harga Minyak Zaitun PONS Extra Virgin Olive Oil
Bab harga…bagi Mama harganya tak lah mahal dan InsyaAllah boleh beli. Yang PONS Traditional Extra Virgin Olive Oil Mama guna tu harganya RM25 sebotol untuk saiz 250 ml. Yang PONS untuk bayi dan kanak-kanak tu pula harganya RM45 sebotol untuk saiz 250 ml.
Haaa berminat? Korang pun nak cuba amalkan minyak zaitun tulen PONS ni juga? Korang boleh terjah kedai Al Masoud Trading di Shah Alam tu atau order online je kat Shopee. Segalanya dihujung jari je sekarang ni, senang kan? 🙂
Maklumat lanjut:
Website: http://almasoudtrd.blogspot.com
Facebook: www.facebook.com/almasoudtrading
Alamat:
AL MASOUD TRADING
No.G-33A, Blok 5, Laman Seri Business Park
Persiaran Sukan, Seksyen 13
40100 Shah Alam, Selangor
Telefon: 03-55245570
30,067 total views, 8 views today
Leave a Reply