Salam dears… Sebelum Mama ceritakan tentang aktiviti kitorang semasa bercuti ke Hat Yai dan Songkhla, ni Mama nak kongsikan pengalaman menaiki keretapi ke Hat Yai dulu.
Kalau korang pun ada plan nak naik tren klasik atau special train to Hat Yai tu maka kena rancang masa betul betul. Sebabnya kekerapan special train tu hanyalah dua kali sehari iaitu sekali pagi dan sekali petang.
Kitorang hari tu dari KL Sentral ke Padang Besar naik keretapi ETS, dari Padang Besar ke Hat Yai plak naik special train atau tren klasik yang akan berhenti di stesyen Hat Yai Junction.
Beli Tiket Keretapi ETS Secara Online
Mama beli tiket ETS secara online jer kat laman web KTM. Tren ETS ni ada yang Gold dan Premium, kitorang beli yang ETS Gold berharga RM76 seorang sehala. So pergi dan balik RM152 lah seorang.
Mama pilih seat yang tak melawan arah sebab takut pening, kang ada yang muntah kang spoil mood je kang. Masa pergi kitorang ambil seat yang menghala ke Utara dan masa balik menghala ke Selatan.
Kitorang duduk di Coach C dan dekat dengan kafe. Mama rasa agak terganggu gak laa sebab orang dok lalu lalang nak ke kafe tu, bising pun ye. Bau makanan pun semerbak gak la. So kalau korang jenis tak tahan, maka elakkan Coach C.

Haruslah berposing dalam ETS kan hehe
Lagi satu, lampu tak ditutup sepanjang perjalanan. Memang cerah terang benderang lah. Kalau korang jenis yang nak kena tidur dalam gelap, sila bawa penutup mata tu.
Naik ETS dari KL Sentral ke Padang Besar
Semasa nak ke Hat Yai, disebabkan nak naik special train ke Hat Yai waktu pagi pada 7 Disember 2018, maka kitorang naik ETS pukul 11.30 malam pada 6 Disember 2018.
Perjalanan naik ETS mengambil masa lebih kurang 5 jam 45 minit, so pukul 5.15 pagi kitorang dah sampai di stesen Padang Besar dan turun di platform 1.
Dari platform 1 tu kena naik tangga ke atas sebab lif dikunci, akan dibuka untuk kegunaan OKU saja. Jadi korang yang nak bawak beg berat berat tu bersedialah yer.

Kafe di stesen Padang Besar
Surau, tandas dan kafe ada kat tingkat atas tu. So boleh laa solat dan lepak sarapan kat situ dulu sementara tunggu kaunter tiket dan Imigresen buka.
Surau kat situ agak kecil dan orang ramai. Better bawa telekung sendiri sebab masa Mama pergi tu tengok telekung tak banyak. Tempat wuduk ada dalam surau so bab tu senang.

Sedappp!
Untuk sarapan, Mama cadangkan korang makanlah nasi lemak bungkus kat kafe tu, serius sedap wehhh! Si Shehan bantai sampai 2 bungkus terus. Harga Mama tatau sebab Shehan yang belanja. Moga murah rezeki Shehan, Aaminn.
Special Train / Tren Klasik ke Hat Yai Junction
Nak naik special train ni kena pergi ke Platform 2. Kalau dari tingkat atas (yang ada kafe tu) korang turun tangga ja belok ke kiri.
Kaunter tiket dan juga pejabat Imigresen dibuka pada jam 9 pagi (waktu Malaysia). Masa kitorang pergi tu orang tersangatlah ramai dan barisan panjang giler! Mungkin sebab waktu cuti sekolah kan.

Waktu buka kaunter tiket keretapi special train ke Hat Yai

Ni lah bilik kaunter tiket tu, sempoi ja kan.
Tiket tren klasik tu harganya THB 50 atau RM7 sehala. Masa di stesen Padang Besar boleh bayar dengan duit RM atau Baht.
Better korang sediakan duit RM gak sebab pagi pagi tu Mama nak bagi duit THB tapi kat kaunter tu tak dak duit kecil untuk bagi balance. Mama ada THB 1000 ja masa tu. Nasib baik lah Mama bawa gak duit RM masa tu so bayar ngan RM lah. Untuk beli tiket tak perlu tunjuk passport.

Tiket train klasik ke Hatyai dari Padang Besar
Lepas beli tiket tu terus pergi ke Imigresen untuk dapatkan borang putih (white card). Kena tunjuk passport dan tiket tren klasik tu untuk ambil white card. Better bawa pen sendiri supaya senang nak isi borang. Pastu pastikan isi borang dengan lengkap, takut kena rejek.

‘White card’ yang perlu diisi untuk masuk ke Thailand.
Lepas dah siap isi borang white card tu beratur plak nak lalu Imigresen Thai. Bagi passport dan white card tu, nanti pegawai Imigresen akan cop passport dan pulangkan white card yang ada tulis ‘Departure’ kat kita. Pastikan ‘Departure’ tau, dan simpan kad tu baik baik sebab masa balik nanti perlu ada kad tu.
Naik Special Train atau Tren Klasik ke Hat Yai
Kekerapan special train atau tren klasik ke Hat Yai ni hanya dua kali sehari. Masa nak pergi dari stesen Padang besar ke Hat Yai Junction ialah pada jam 9.55 pagi dan 4.40 petang waktu Malaysia.
Masa balik plak dari Hat Yai Junction ke Padang Besar ialah pukul 7.30 pagi dan 2 petang waktu Thailand (maksudnya pukul 8.30 pagi dan 3 petang waktu Malaysia). Tapi semasa di Hat Yai baik korang tengok jam ikut waktu Thailand je supaya tak keliru, terlepas tren kang naya ja.

Jadual waktu special train atau tren klasik ke Hat Yai. Waktu yang ditulis tu waktu Thai.
Perjalanan tren klasik ni sepatutnya ambil masa lebih kurang 50 minit je, akan tetapi hakikatnya mungkin lebih lama dari tu. Sebabnya…tren ni akan tunggu sampai penumpang penuh baru lah tren jalan.
Pastu kan…masa mula mula naik tu kan agak kecoh gak laa asyik kena halau tukar tempat. Seat ada nombor tapi ramai keliru coach nombor berapa. Dan juga ada tiket tanpa nombor, jadi yang mana yang tak dak nombor tu maksudnya sila berdiri lah yer, jangan dok ‘songlap’ seat orang lain plak tau.

Gelap pun gelap lah, nak posing jugak haha
Macam kitorang hari tu masa nak pergi tren patutnya bertolak jam 9.55 pagi waktu Malaysia, tapi dalam pukul 11.30 pagi baru gerak! Sepanjang perjalanan tu beberapa kali juga lah tren berhenti sebab nak bagi tren lain lalu.
Sudahnya dalam pukul 12.50 tengah hari waktu Malaysia (11.50 pagi waktu Thai) baru lah kitorang sampai ke Hat Yai Junction. Memang ‘lari timing’ sungguh lah orang kata.

Turun tren klasik tu kena cross track ni.

Mak mak yang happy. Shehan tiada dalam gambar sebab dia tukang snap. Maceh Shehan…muahhh hehehe
Berdiri Sepanjang Perjalanan Pulang…
Masa balik plak kitorang naik tren pukul 2 petang (waktu Thai) dari Hat Yai Junction ke Padang Besar. Kali ni tren bergerak ikut jadual sebab orang ramai jadi tren cepat lah penuh.
Dan…sebab orang tersangat ramai ni lah makanya kitorang dapat tiket yang tak ada seat nombor dan terpaksa berdiri sepanjang perjalanan balik!

Penuh sesak!
Nina ngan Kak Long nasib baik ada orang offer bagi seat. Si Nina tu sebab kecil comel makanya dapat laa share duduk 3 orang satu seat. Yang Kak Long Saidila plak ada sorang abam sado yang baik hati ni bagi seat dia kat Kak Long. Lupa nak tanya nama diorang, tapi terima kasihhh!

Terpaksa berdiri sepanjang perjalanan balik dari Hat Yai ke Padang Besar
Shehan duduk atas beg luggage dia ja, dia kurus boleh laa kan. Mama ni memikirkan betapa ‘comel dan ringannya’ badan sendiri maka tak sampai hati nak duduk atas beg tu, takut beg rosak hahahaha.
Tapi nasib baik lah kitorang berdiri kat pintu tren, jadi sejuk berangin ja dan dapat enjoy permandangan indah sepanjang jalan tren tu.

Pergi satu beg, balik berbeg beg adalah perkara biasa hahaha
Bila sampai di stesen Padang Besar plak, kena berbaris panjang yang amat nak lepasi Imigresen. Sakit kaki gak laa berdiri lama, ngan panasnya lagi kat situ. Tu belum campur dengan debar dub dab dub dab takut terlepas tren ETS.
Sebabnya tren ETS kitorang pukul 6.05 petang, tapi dalam pukul 5 petang gitu baru lah Mama dapat lepas Imigresen. Mau tak ketaq lutut gitu? Hahaha
So kalau korang nak naik keretapi ke Hat Yai, sila bersedia mental dan fizikal untuk menunggu lama, bersesak, berpanas dan berdiri sampai sakit kaki tau.
Jangan Lambat!
Ohh yaa…kalau nak naik tren klasik tu pastikan korang pergi awal ke stesen untuk beli tiket.
Nasib baik dapat tiket yang ada tempat duduk, nasib kurang baik dapat tiket yang kena berdiri, nasib sangat tak baik…tiket habis terus hahaha. Nangis tak berlagu laa kalau tiket tren klasik dah habis dan terlepas tren ETS huhuhu
Actually selain daripada naik tren klasik ni, boleh juga naik van dari Hat Yai ke Padang Besar. Tuk tuk dan Grab pun boleh. Tapi Mama tak tau berapa harganya dan berapa lama masa semua tu sebab Mama tak naik semua tu. Mama hanya tahu bab naik tren ja hehe
Dan jangan lupa bawa kipas yang handheld tu tau sebab panas wehh kat stesen tu. Charge lah siap siap bagi penuh, memang itulah ‘penyelamat’ Mama sepanjang perjalanan menaiki keretapi ke Hat Yai tu.

‘Penyelamat’ Mama sepanjang trip bercuti ke Hat Yai hehe
Hmm sesungguhnya trip menaiki keretapi ke Hat Yai ni hanya untuk orang orang yang tinggi tahap kesabarannya. Memang satu pengalaman yang sangat menarik, tapi…cukuplah sekali seumur hidupku pengalaman ini hahaha. Mama dah puas hati…sangat sangat puas hati dapat pengalaman yang ‘rare’ ni 😊
Kalau korang jenis yang memang suka adventure, tak kisah sedikit ketidak selesaan dan nak trip bajet, maka korang kena cuba naik tren klasik ke Hat Yai tu.
Satu pengalaman yang sangat sangat priceless! Boleh cerita sampai ke anak cucu gittewww hehehe 😉
Entri berkaitan:
35,677 total views, 4 views today
Yesszaa a…. Satu pengalaman yang sangat sangat priceless! Kenangan terindah kita
Akan ingat sampai ke tua 😉
bestnyeee korangg
Alhamdulillah..best!
Wahhh memarik ni.. Nak try lah nanti..
Sila sila…jadi kenangan seumur hidup 🙂
Saya haritu ada 5 orang je dalam train tu hah.
Tapi memang best la. Pengalaman baru.
Boleh nampak babi gemuk-gemuk tepi landasan yang orang kampung bela.
Wahh pergi masa bukan cuti sekolah kot? Syok laa tak kena bersesak macam kitorang hehe
nanti nak ikut g tempat lain..tapi tahun tak tau bila..hahaa
Bila babies dah besar nanti senang dah Nad nak plan trip gini
wahh gigihnyaa. mesti rasa ‘puas’ kan selepas selsai mengharungi dengan jayanya. a very valuable experience! 😀
Yup, kan ku kenang sampai bila bila hehe
assalamualaikum.. mmg ada dengar barisan panjang… maybe sbb cuti sekolah dan masa tu peak kot.. Alhamdulillah, masa kita org pergi hari tu, bkn masa cuti sekolah… just nak share.. utk org yg tak suka berdiri berbaris… kita org naik ETS Gold dr KL Sentral jam 7 pg (harga sama la dengan mama) enjoy tgk pemandangan dr KL hingga Perlis… sampai dlm 12 lbh tghari di Padang Besar, kami decide naik van ke Hatyai… RM20 shj (bayar guna RM) dan barisan pun tak la pjg kat Imigresen Thailand tu, dlm 10 minit dah ok… (sbb bukan cuti sekolah yer…) dlm van ada wi fi, sgt lajuuuuu… hehehe… 50 minit berikutnya sampai ke Hatyai terus depan hotel (hotel kami Diamond Plaza)…
Balik, baru kita naik keretapi Klasik dr Hatyai Junction ke Padang Besar… kita beli tiket keretapi awal, dah tentu dpt seat hehehe… perjalanan pagi jam 7.30 dr Hatyai Junction, lewat 10 minit jer.. org pun tak ramai… (hehehe.. untung sikit kalau pi bkn peak time)… tiba di Padang Besar dalam jam 9.30 (waktu Malaysia).. sama juga, barisan tak panjang dikedua dua imigresen… sambil tunggu ETS Platinum jam 11 kita makan di Café (sama la café yg mama ckp tu…) mmg sedap, cuma airnya ‘potong kaki’.. sampai KL Sentral lebih kurang dlm jam 4.30ptg..
Tapi best kannn… sesekali jalan mcm ni.. mak mak jalan ber backpack… rasa macam teenagers la pulak… dr Hatyai beg tak la tambah, tp tersinggah kat SOGO, kat situ la pla beg jd bertambah… hehehe…
Wsalam. Thanks for sharing, good infor. Next time pergi Hatyai nak try naik van plak, tren klasik tu dah merasa sekali cukup dah utk pengalaman hehe.
Hi mama.. nak tanya di padang besar station ke hatyai chop passport di dalam station ya??
Ya, kaunter imigresen ada dlm stesen tu juga.
assalammualaikum nak tanya..
dari hatyai ke padang besar boleh beli tiket siap-siap utk balik or hari balik baru boleh beli?
kaunter tiket di hatyai buka jam berapa yer? 🙂
Salam. Tiket tu tak boleh beli awal, kena beli pada hari yg nak balik tu je. Tak pasti kaunter tiket bukak kul brapa, tapi tren paling awal pukul 7.30 pagi.