Salam dears… Siapa yang pakai spek mata mesti setuju kalau Mama kata bahawa salah satu masalah besar bila nak buat spek ialah harganya mahal, betul tak? Nak cari cermin mata murah tapi berkualiti tu..susah!
Tambah plak kalau power tinggi, pastu nak kanta yang special anti silau lah nipis high index lah apa lah…boleh cecah ribu riban kot.
Itu pasal lah Mama ni hampir 2 tahun tak tukar cermin mata baru walaupun sebenarnya power dah naik. Bertahan lah guna gak, asal boleh nampak sudah. Cadangnya nak menabung lagi sampai tahun depan baru cukup bajet untuk buat baru.
Jadi bila nampak kat facebook Ben Ashaari cakap dia dah jumpa kedai cermin mata murah di Sungei Wang Plaza, Mama pun apa lagi…tergedik gedik lah nak pergi! Tapi terfikir gak, betul ke harga semurah tu? Sebab macam tak masuk akal je harganya.
Tapi takpa, why not pergi je tengok. Lagipun senang je nak ke sana. Naik MRT turun kat stesen Bukit Bintang pastu jalan kaki kejap dah sampai.
Kedai Cermin Mata Murah di Sungei Wang Plaza
Masuk je ke Sungei Wang Plaza Mama terus pergi ke Level G dan cari kedai Eye Smart Vision yang Ben cakap tu.

Salah satu cawangan kedai cermin mata murah Eye Smart Vision
Bila sampai kat kedai Mama cari William, sebab itu name card yang Ben tunjuk kat facebook dia. Nasib Mama baik, kebetulan hari tu William ada kat kedai.
Borak punya borak, rupa rupanya dia owner kedai ni. Perghhh untung Mama, tokey kedai sendiri layan hehehe. Tapi kalau dia tak ada pun, staff lain boleh je handle.

Ni lah William. Encem gak eh ehehehe
Cermin Anti Silau Yang Murah!
“RM65 tu bingkai saja ka? Cermin harga brapa?” Mama tanya William. Sebab ye lah, macam tak logik plak kalau siap ngan cermin harga semurah tu kan. Mama biasa beli, bingkai je dah seratus lebih.
“Itu RM65 sudah kira frame sama cermin. Tapi kalau you mau lagi bagus, you ambil kita punya Alpha Blue 420 lens lah, tambah RM60 saja. Jadi bingkai sama lens Alpha Blue…siap semua RM125 saja”.
Huhh biar betik?? Murah gilerr tu! Dalam hati nak joget joget dah, tapi luaran kita maintain cool lah beb takut kena ketuk harga lak kalau kata murah hahaha

Macam tak percaya je harga tu untuk bingkai + cermin skali
Opkos laa Mama terus tanya lagi pasal lens Alpha Blue 420 tu. Tambah duit sikit je dapat cermin lagi bagus, tak kan tak nak kot?
Pastu dia siap terangkan panjang lebar sambil demo lagi segala kelebihan cermin mata Alpha Blue 420 lens ni..antaranya:
– Anti silau dan pantul cahaya, jadi sesuai sangat untuk memandu waktu malam.
– 100% tapis sinar UV – elok untuk yang selalu mengadap komputer ka smartphone ka. Tak lah rosak mata dok tengok skrin tu lama lama.
– Cermin nipis jadi spek tak berat.
– Ada 12 lapisan coating – jadi kurang reflection dan lebih tahan lasak, tak mudah calar.
– Ada warranty 1 tahun, kalau coating cermin terkopek tu boleh datang tukar free ja.
– Kanta Alpha Blue ni juga kalis air.
Kalau Power Tinggi Boleh Ka?
William kata power tinggi sampai 500 pun boleh harga sama. Kalau lebih tinggi dari tu ada extra charge sikit lah tapi tetap jauh lebih murah dari cermin brand lain, tak cecah ribu ribu punyalah.
Dan memang pun, Mama yang cermin power 750 pun siap semua RM345 saja…gilerrr murah! Tak pernah laa Mama buat spek mata dengan cermin anti silau dan nipis gini, pada harga murah camni.
Mama nya spek ni, nipis index 1.67 tau. Orang yang pakai spek mesti tau, kalau index 1.67 ni selalunya mahal wehh.
Kenapa Murah?
“Saya biasa buat spek cermin ini macam banyak mahal ooo, macam mana you boleh jual murah?”. “Sebab ini cermin sama bingkai semua kita buat sendiri, kilang kita ada di KL ni. Jadi tak ada hidden cost. Lagipun kita ambil untung sikit saja maa, saya mau bagi semua orang boleh pakai spek bagus punya” kata tokey.
“Ohhh patut lah murah, ada kilang sendiri rupanya…” sambil dalam hati fikir tak kisah laa ko ambik untung sikit ka apa kaa…janji aku pun untung, dapat jimat banyak! Hehehehe
Pastikan Cawangan Eye Smart Vision Sahaja
Ohh yaa cermin Alpha Blue 420 lens ni hanya ada kat cawangan Eye Smart Vision saja tau. Kalau kedai lain kat Sungei Wang Plaza tu mungkin ada jual murah gak, tapi bukan cermin yang sama.
So pastikan korang pergi cawangan kedai Eye Smart Vision saja. Ada 4 outlet, semua kat Ground Floor, Sungei Wang Plaza:
– Eye Smart Vision
– Eye Smart Concept
– Eyes Vision Optical
– Eye Pro Vision
Buka setiap hari dari 11 pagi hingga 9 malam
Cermin Mata Murah, Berkualiti dan Siap Cepat!
Bukan saja murah, tapi boleh siap cepat tau. Dalam masa tak sampai satu jam dah siap. Mama punya hari tu setengah jam ja William dah bagitau “you boleh datang ambil spek”.
Haa kat kedai ni bingkai pun banyak gilerr, ada lebih 5,000 design! Memang rambang mata lah nak memilih…sudahnya pilih bingkai lagi lama dari masa spek nak siap hahahaha

Semua pun Mama berkenan, dilema sungguh nak memilih masa tu.

Murah wehhh
Pasni dah tak payah risau nak keluar banyak duit beli cermin mata, kalau anak patahkan spek pun tak payah panik tahap gaban sebab dah ada port tempat buat cermin mata murah yang amat di KL ni, yahooo! *joget*joget* hahaha
So… kalau korang nak buat cermin mata murah dan berkualiti, sila lah terjah kedai ni yer. InsyaAllah William dan staff kat situ boleh rekemen spek mata murah yang terbaik dan sesuai untuk korang.
Sambil sambil tu sebut lah korang tau ni dari blog Mama Kembar Tiga, kot kot leh dapat diskaun ke kan hehehe 😉
30,667 total views, 4 views today
Last sekali mama pilih yg mana =p
Adoi…macam nak terjah juga la spec pakai sekarang dah dekat 4 tahun dah selayaknya ditukar tapi sebab mahal bertabah la guna selagi tak patah (T_T)
Pilih yg plg bawah kanan hehe. Pergi laa mmg berbaloi murah sangat kat situ. Ambik Alpha Lens tu best giler tengok lampu dah tak silau dah.
cantilah mama dengan frame yang baru ni…dengan harga camni 1 memang tak cukup ni.
Tu lah…rasa macam nak pergi buat lagi, frame design lain plak haha
Tokei kedai mcm Artis Korea
Kan…hehehe
bagusla..murah la tu..siap ada anti silau..
Tu lah, tempat lain tak dapat harga gini
Murah lah kak nani, husband juju pun power tinggi siap kena masuk bilik khas tau nak kena betul2 cek gituuu…nanti juju nak terjah. TQ kak
Pergi laa Juju, berbaloi buat kat sini. Jimat!
kedai tu still open/available dekat sungei wang plaza?
Ya masih ada kat sg wang plaza
kalau macam power 500, agak agak budget berapa eh?
Bergantung pada bingkai & lens apa u pilih gak, tapi rasanya bawah 300. Sebab Mama punya power 700 pun RM345 ja siap semua dgn Alpha Blue lens tu.
Kalau dah ada bingkai nak tambah power rasanya berapa?
Bergantung pada jenis lens & power gak. Tapi tak mahal sangat rasanya
Kedai spec ni wujud lg tak kt sungei wang? Rasa nk terjah jugak ni
Ya, kedai ni masih ada kat situ. Jangan lupa sebut nama Mamakembartiga naa…leh dapat diskaun hehe
tq info smlm dh beli siap dlm 1 jam lebih, sy amik lens alpha blue lens + frame yg ok sikit jenis aluminium sbb cepat berpeluh, frame ada waranti 18 bln, total RM300 biasa jenis ni frame je dekat rm400, jimat sgt2 dh tahan lama sikit, sblm ni kalau pakai plastik atau steel, mesti x sampai setahun dh rosak sbb berpeluh 🙂
Alhamdulillah, memang jimat banyak tu! 🙂