Salam dears… Cuti sekolah dah dekat ni, korang dah rancang nak bawa keluarga bercuti ke mana mana ke? Kalau belum, haaa ni Mama nak cadangkan satu tempat yang sangat berbaloi iaitu promosi cuti sekolah di Best Western i-City Shah Alam. Kalau dah rancang pun boleh je tambah plan baru kan, kan? Hehee
Sebabnya promosi ni memang menarik giler wehh! Bayangkan…pada harga percutian bajet je korang dah boleh tidur di hotel yang cantik dan selesa, dan main air kat waterpark sampai puas! Anak anak mesti enjoy sakan punyalah, konpem! 😉

Jom bercuti di Best Western i-City Shah Alam!
Promosi Cuti Sekolah ‘Stay and Splash’ di Best Western i-City Shah Alam
Hujung minggu lepas Mama sekeluarga dah merasai sendiri keseronokan ‘Stay and Splash’ ni. Memang syiok sangat sampai kan macam tak nak balik lah. Lemah longlai je rasa masa packing barang nak check out tu hahaha
Errr ‘Stay and Splash’ tu apa? Gini…’stay’ yakni menginap 2 hari 1 malam di Hotel Best Western i-City Shah Alam dan ‘splash’ iaitu main air sampai puas di WaterWorld i-City.
Harga? Bermula dari RM180 ja weh, dah dapat menginap 2 hari 1 malam di Superior Room termasuk sarapan untuk 2 orang dan 2 tiket dewasa untuk masuk WaterWorld i-City Shah Alam tu. Murahhh niii!

Promosi cuti sekolah Best Western i-City Shah Alam

Superior Room ada pilihan samada 2 Single Bed atau 1 Queen Bed

Ni I-Suite, luas! Siap ada pantri kecil dalam tu haaa
Kalau nak bilik yang lebih luas, boleh je tambah sikit dan upgrade ke Deluxe Room atau I-Suite. Macam kitorang ambil 2 bilik Deluxe dan minta ‘connecting room’. Lebih selesa dan juga privasi untuk mak pak tapi pada masa yang sama dapat pantau anak anak kat bilik sebelah gitu.

Happy face semua, seronok bilik cantik, bersih dan selesa sangat 😉

So sweet kan? Pertama kali Mama duduk hotel dapat personalised mesej gini, terasa dihargai 🙂

Ni bilik kitorang, Deluxe Room dengan 2 Single bed

Ni lagi satu bilik Deluxe dengan satu katil King

Boleh buka pintu tu sebab ‘connecting room’. Mama letak kerusi gitu biar pintu terbuka senang nak pantau si kembar ni.

Lengkap, peti ais pun ada.

Bilik air bersih dan yang penting kat tandas ada paip, senang nak ‘membasuh’ hahaha
Jom Main Air di WaterWorld i-City!
Lepas check-in petang tu kitorang terus terjah WaterWorld i-City, senang boleh jalan kaki je dari hotel ke WaterWorld tu. Lepas mandi plak dengan baju basah basah tu lengkang kangkung jalan balik ke hotel. Releks sangat rasa boleh balik salin baju kat bilik jer, tak payah nak mandi kat changing room ke apa ke.
Ohh yaa…kat WaterWorld ni yang tube tu semua tak payah sewa asing tau, ada banyak kat dalam tu ambil guna je lah. Ni Mama suka, sebab jimat duit bayar tiket untuk masuk jer.
Harga tiket masuk WaterWorld untuk pemegang MyKad RM25 dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak. Kalau beli online yang dewasa pun RM20 tapi kena beli sehari sebelum pergi.
Nak lagi best, ambil je lah pakej ‘Stay and Splash’ ni, dah ada 2 tiket dewasa dan dapat tidur hotel satu malam gak. Tambah beli tiket untuk anak anak jer…

Jom mandi! Yayyy!

Ayah sama naik ja ngan si kembar ni pulun sakan hahaha

Ada berani? Mama takkk hahahha

Banyak tempat lepak, aii like!
Punyalah seronok ‘berkubang’ tu memang jenuhlah nak ajak si kembar ni naik ke bilik, sampai WaterWorld dah nak tutup baru kitorang keluar. Staff kat situ dah mula kemas susun kerusi, susun tube lah baru si kembar ni mengalah gak akhirnya dan terpaksa akur kena naik ke bilik hahaha
Macam Macam Yang Menarik di i-City Shah Alam
Selain daripada mandi manda kat WaterWorld tu…di i-City Shah Alam ni ada pelbagai aktiviti menarik untuk satu keluarga enjoy. Kiranya dari pagi sampai malam, macam macam boleh buat!
City of Digital Lights
Macam kitorang, hari pertama tu siangnya main air di WaterWorld..malam plak jalan jalan di City of Digital Lights. Serius Mama terkesima jap ritu, terpegun tengok keindahan cahaya lampu warna warni, cantik! Terasa macam kat setiap sudut nak bergambar.
Si kembar ni plak, teruja tengok ada macam macam permaianan dan rides. Kalau bawa anak anak, siap duit lah yer sebab itu ini menarik! Mesti akan naik gak lah satu dua rides kat situ hehe.

Jom jalan jalan di City of Digital Lights i-City Shah Alam

Cantik kan?

Nampak kurus sikit tak posing gini? hahahaha
Snowalk i-City
Esoknya plak lepas check-out kitorang pergi ke Snowalk i-City. Si kembar ni lah, teringin sangat nak main salji. Diorang siap ‘pancing’ kata “Mama dah main salji kat Korea, kitorang ni tak pernah rasa pun pegang salji” sambil kelip kelip mata macam Puss in Boots. Adehhh..Mama cair hokeyyy
Haaa tips nak masuk ke Snowalk ni ialah…pergilah sebelum pukul 6 petang sebab harga tiket murah sikit iaitu RM25 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak. Lepas pukul 6 petang, dewasa RM35 dan kanak-kanak RM30.
Lagi satu, pastikan korang pakai pakaian yang sesuai sebab kat dalam tu sejuk gilerrr! Jangan laa pakai seluar pendek ka seluar sekerat lutut ka, gigil teruk nanti huhu. Kalau ada stokin dan sarung tangan, elok lah pakai gak.

Winter holiday lah kononnya ni 😉

Ntah berapa kali ntah dok ulang alik naik slides. Pastu golek golek atas salji pastu kecoh baju basah dan gigil sejuk gedi hahahah 🙂
Makanan di Best Western i-City Sedap Oiii!
Okeh bab makan ni best nak cerita, sebab makanan kat sini memang sedap! Yang pakej ‘Stay and Splash’ tu kan dah termasuk sarapan untuk 2 orang juga. So pagi tu kitorang makan kat situ, pilihan banyak dan sedap! Ikut tekak Mama ni lah sedap, ikut tekak korang…kena lah pergi rasa sendiri kan…
Punyalah syok kitorang makan sampai buncit, pastu naik ke bilik pakat lena seround hehe. Ayah tu lah yang paling banyak melantak. Dia tu kononnya tengah diet, tapi sedap punya pasal…terus lupa err apa itu diet? Hahaha

Ruang makan yang selesa

Nak duduk kat luar pun boleh

Pagi pagi dah belasah lemang, rasa macam raya plak hehe
Sunday Hi-Tea di Hotel Best Western i-City
Sebelum check-out hari Ahad tu kitorang pilih untuk makan Hi-Tea juga kat situ. Kalau sarapan dah best, Hi-Tea lagi lah meriah! Macam macam pilihan makanan ada. Fuhh pulun makan sungguh kitorang hari tu hehe. Ni diantara makanan yang ada…

Hi-Tea di Hotel Best Western i-City Shah Alam

Kuay Teow goreng tu sedap, Roti Jala ngan Kari Ayam tu pun sedap! Karinya pekat terangkat wehh hehe

Mee Rebus ni kuahnya pekat dan cukup rasa, best!

Ada ais kacang dan aiskrim, si kembar memang pulun sakan laaa

Si Faris paling suka Nasi Ayam kat sini, tiga kali tambah wehh

Hi-Tea ni hanya pada hari Ahad saja yer
Puas Hati Bercuti di Best Western i-City Shah Alam
Walaupun percutian singkat 2 hari 1 malam ja (check-in Sabtu, check-out petang Ahad), tapi Mama rasa puas hati sangat! Rasa macam pergi holiday jauh, padahal kat Shah Alam je pun hehe.
Si kembar ni tok sah cakaplah, dah berangan dah ni nak pergi lagi. Mama ok jer, bila ada promosi camni lah patut grab kan, berbaloi baloi!

Ikan ni boleh sewa masa menginap kat hotel tu, si kembar kata nanti nak pergi jumpa ikan ni lagi hehe
Korang kalau nak pergi pun baik booking awal, kot kang bilik dah penuh nangis tepi bucu katil kat rumah je lah hehehe. Nak booking, tengok kat website Best Western i-City atau telefon jer 03-55219000.
Selamat bercuti bersama keluarga tersayang. Have fun uolss 🙂
Maklumat Lanjut ‘Stay and Splash’
Website: Best Western i-City Shah Alam
Facebook: Best Western i-City Shah Alam
Instagram: @bwicity
Telefon: 03-55219000
7,072 total views, 7 views today
Juju pernah menginap sini kak nani…mmg best sgt! Bilik kak nani tu besar betul, puas hati anak2 kembar akak beristirehat kan…syoknya menu2 dia…ish kena pi lagi ni stay ni
Pi Juju, tengah promo ni lg berbaloi
Memang berbaloi sangat pakej ni, rugi kalau tak tempah. Ai pun rasa nak repeat lagi, boleh cuba bilik suites pulak.
Kan..suite tu menarik sgt
wah bestnya, bila nak pelawa kami pergi?
Grab laa promo ni Ummi, berbaloi
Wowww menarik nya.. tetiba teringin nak ke icity walaupun dekat aje dgn rumah ni
Pergi lah, lagi senang sebab dekat hehe
Sunday hi tea hg berapa seorang?
RM42 seorang untuk dewasa