Salam dears… Sejak kena gatal gatal ketiak, Mama dah tak boleh pakai deodoran. Kulit jadi sensitif semacam. Haippp tapi tak busuk tau, sebab Mama guna Magic Lotion Cosmoderm untuk hilangkan bau badan.
Dalam masa yang sama Mama dok cari gak laa deodoran. Dah cuba macam macam jenama tapi semuanya tak sesuai. Sampai lah Mama cuba Smelly No More ni baru baru ni…
Smelly No More
Sebelum ni memang dah biasa nampak ‘Smelly No More Natural Crystal Roll On Deodorant’ ni kat Guardian ka Watson ka, tapi tak cuba. Sebabnya tengok harga…hmm yang saiz kecil 60gm pun dah RM16.90. Berbanding jenama lain, Mama rasa agak mahal gak lah kan.

Smelly No More Natural Crystal Roll On Deodorant.
Berkesan Ke?
Tapi baru baru ni masa dok scroll Instagram, ternampak satu post ni cerita pasal orang yang badan berbau busuk masam (bukan aii hokeyyy hahaha). Pastu kat post tu ramai gak yang cadangkan pakai lah Smelly No More untuk hilangkan bau badan.
Tertarik baca komen komen diorang punya pasal esoknya terus Mama pergi beli. Ishhh mudah terpengaruh betul aii ni kan? Hehehe
Lepas beli tu, punya lah excited nak cuba. Lepas mandi terus lah sapu. Ehh…apsal keras seketul gitu je, macam batu! Apa pun tak lekat, camna nak pakai ni?
Rupa rupanya…kena basahkan dulu deodoran stick tu sebelum sapu! Laaa gitu caranya..tu lah sapa suruh excited sangat nak try sampai tak baca label dulu kan. Terus terasa bodoh kejap time tu hahahaha

Keras seketul gitu, bukan ada cam bola yang boleh ‘glide’ macam deodoran lain tu.
So berkesan atau tidak? Ni dah beberapa hari Mama guna Smelly No More dan ianya memang berkesan! Dari pagi sampai malam, ketiak tak berbau pun tau. Tak perlu risau nak angkat tangan depan orang dalam tren masa balik kerja hehe. Aii like!
Lagi pun Mama suka Smelly No More ni sebab ianya bebas bahan kimia, tak ada bau, bebas alkohol dan hypo-allergenic. Jadi sesuai untuk yang kulit sensitif macam Mama. Tak jadi gatal gatal bila pakai. Dan tambah best sebab ianya tak melekit dan tak lekat kesan kat baju.
Cumanya… saiznya tu la, agak ‘gemuk’ untuk nak bawa travel. Dan bila nak guna plak kena basahkan dulu, kalau tak memang tak leh sapu. Leceh sikit lah bab tu.
Tapi ok laa, daripada badan berbau busuk masam, apa lah sangat susah sikit gitu je kan, kan? 😉
Update: Sekarang Mama Guna Smelly No More jenis yang spray, lagi mudah. Harga lebih kurang RM27++ sebotol. Ikut penggunaan Mama, sebotol tu tahan lah dalam 2.5 bulan gitu. Agak mahal, tapi bagi Mama berbaloi 🙂
28,827 total views, 2 views today
macam best je ni…
Memang best
Sama la k.nani,baru guna gak yg ni.. Setakat ni guna, x de bau2an yg kurang enak.. Hehe..
Kan…best guna
Klo malas basahkan, blh letak dlm blk mandi, lepas mandi terus gosok
Waahh! Menarik.sy baru tahu pasal deodoran ni lepas mama share. Tq for sharing mama
Sama sama 😊
Boleh try nihh,kulit sensitif sangat huhu
Cuba lah, mana tau kot serasi
Mamma, kenapa saya pakai smelly no more ni tapi tak berkesan langsung. Bau badan saya masih ada. Saya dah tonyoh smelly no more ni rata2 tapi bau badan saya masih keluar. And, saya rasa gatal dan pedih bila saya sapu smelly no more ni dekat ketiak saya. Ramai orang kata product ni sangat berkesan. Tapi, kenapa product ni tak berkesan langsung untuk saya. Malah , product ni juga membuatkan saya rasa gatal dan pedih bila saya guna atau sapu pada ketiak saya. Saya sapu lepas mandi. Tolong reply message ni. Saya perlukan jawapan dan bantuan daripada mamma. And saya malu sebab bau ketiak saya masih keluar walaupun saya telah menggunakan product ni.
Mama pun tak dapat nak jawab kenapa, cuma mungkin Smelly No More tak sesuai dengan u kot? Smelly No More ni ada jenis spray juga, mungkin u boleh cuba yg tu pula. Atau maybe u boleh jumpa doktor, minta nasihat kot kot bau badan tu ada disebabkan oleh masalah lain. Moga u dapat selesaikan masalah tu, good luck yer
Mama sy sda cuba smelly no more ney …x kluar bau kadang kluar jgk dn ketiak sy brpeluh saja..npa yaa ..kadang sy x selesa..tolong rply.
Salam. Maaf Mama tak pasti plak kenapa, mungkin ianya tak sesuai dengan you kot.
1. Pastikan awak bersihkan dulu ketiak lpas mndi (sabun/sanitizer)
2. Keringkan betul2 dlm 3 min (ni pling pnting)
3. Guna sabun anti odour cth dettol 12 hour anti b.o.
4. Pkai baju longgar klau mudah peluh
5. Mndi dua kali sehari
6. Basahkn betul2 produk so sng dia nk glide jgn tonyoh klau air kat produk sikit.. pstikan awk glide bkn tonyoh
Kalau awak punya bau bdn sbb bakteria je.. In Shaa Allah akn hilang kalau konsisten!!
Thank you for sharing 🙂