Salam dears… Bila cuti atau hujung minggu tak tahu nak berjalan ke mana? Haa meh Mama nak cadangkan, bawa laa anak anak korang merasai pengalaman menarik di Farm In The City di Seri Kembangan, Selangor. Mesti budak budak seronok. Ehh bukan budak jer, yang dah dewasa cam aii ni pun sama naik teruja tau hehehe
Macam kitorang ni, dah pernah pergi dah dulu dan ini kali tiga ke Farm In The City tu tapi tak jemu jemu lagi! Si kembar ni tetap excited tengok semua haiwan kat sana.
Masih habiskan lebih dari 3 jam kat dalam tu kesana kemari sampai Mama tak larat nak kawal hehe. Dan…diorang tetap lari bertempiaran sebab takut kena kejar ngan rusa dan kambing! Muka cuak tak boleh blah tu tak sempat plak Mama nak rakam hehehe

Comel tak? hehe
Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari di Farm In The City
Yang buat lagi best kali ni ialah sebab kitorang pergi beramai ramai dengan geng Kelab Blogger Ben Ashaari untuk ‘Family Day #KBBA9’, memang meriah! Mana tak nya, punyalah ramai sampai kena pecahkan dua kumpulan supaya senang guide nak handle.

Ni Group A.

Kitorang dalam Group B ni.
Ini tak sampai separuh pun daripada family KBBA9 tau. Bayangkan kalau semua geng KBBA9 datang? Fuhhh mesti lagi kecoh lah!
Apa Yang Menarik di Farm In The City?
Bagi Mama paling menarik di Farm In The City (FITC) ni ialah ianya bukan seperti zoo biasa. Sebab FITC ni ialah ‘petting zoo’ dan kebanyakan haiwan yang ada kat situ bebas berkeliaran dalam tu. Haiwan yang tak bahaya lah, ular ngan buaya opkos laa duduk dalam kawasan bertutup/berpagar. So tak yah risau hokey? 😉
Jadi kita bukan sekadar dapat tengok haiwan je, tapi dapat pegang dan bagi makanan kat haiwan juga. Nak bergambar selfie ka wefie ka ngan haiwan tu pun boleh. Ehh meh laa layan gambar kitorang bergumbira kat sana hehe

Sebelum masuk elok beli dulu makanan untuk haiwan gini, satu bekas tu RM10

Seronok dapat suap kambing makan.

Semua dok tunggu makanan hehe

Ni namanya Alpaca, korang pernah tengok tak?

Si Fauzi tu over excited nak pegang anak ayam tu.

Comel ja raccoons ni dok gayut gitu tunggu makanan.

Jinak!

Ayah ajak parrot ni berborak, dia jawab gak tau “hello”.

Muka sebelum lari bertempiaran hehehe

Fahmi kata lizard ni comel hehehe

Kulitnya licin tapi tak lah geli sangat nak pegang.

Kura kura ni haiwan paling tua kat situ. Guide bagitau, kura kura ni boleh hidup sampai 155 tahun!

Kalau ekornya dikembangkan, mesti lagi cantik.

Ayam pun lawa weh

Cantikkan ayam ni?

Landak pun ada

Hai si comel 😉

Berduyun serbu tu haa masa ‘fish feeding’

Marmoset comel ja

Longkang fishing – aktiviti paling si kembar suka kat sini, ikut hati maunya terjun masuk dalam tu terus tu hahaha

Amboi happynya si Faris ni dapat tangkap ikan tu, berbaloi basah lencun hahaha

Ada sinki jadi senang nak basuh tangan lepas pegang haiwan kat situ.

Si Fahmi ni mahu tapi takut takut, muka cuak gak tu hehehe

Faris kata seronok tapi seram, sebab tinggi. Tu baru pony je anak ooii, tak tinggi mana pun 😂

Ini budak konpem tak takut, terlebih excited adalah sampai gedik gitu. Geramm ja Mama tengok dia tau hahaha
Pony ride tu tak termasuk dalam harga tiket ye. Harganya RM7 per ride setiap sorang. Ok lah, sekali sekala bagi pengalaman menarik untuk anak anak kan.
Haiwan Comel dan Bijak Dalam ‘Animal Show’
Selain dalam dok sibuk bagi makan haiwan situ, jangan lupa saksikan juga ‘animal show’ yang menarik di Farm In The City ni tau. Ada Hari tu kitorang sempat tengok parrot show, memang best!
Bukan main semangat lagi si kembar dok jerit jerit jawab soalan dan ikut arahan host masa tu hahaha. Sampai balik rumah ni lah diorang dok sebut pasal si Tom pandainya berlakon. Errr siapa Tom? Berlakon apa? Haaa itu korang kenalah pergi tengok sendiri hehe

Ni semua pelakon handalan oiii hahaha

Bijak parrot ni, lupa plak apa nama dia.
Selain daripada parrot show ni, ada juga aktiviti lain seperti Otter Feeding, Pelican feeding dan lain lain. Semua ada jadual dan masa tertentu tau, Mama terlupa plak nak snap gambar jadual tu. Tapi korang boleh pergi tengok jadual tu kat blog Mommy Shehan ok.
Harga Tiket Farm In The City
Harga tiket Farm In The City ni bagi Mama berbaloi dengan pengalaman menarik dan keseronokan yang rasaii, bukan setakat seronok tapi anak anak dapat belajar juga. Memang berbaloi!

Harga tiket Farm In The City
Nanti bila korang nak ke Farm In The City tu, Mama cadangkan pergi lah awal pagi. Masa orang belum ramai tu senang boleh parking dekat dengan pintu masuk.

Kalau pergi awal InsyaAllah senang dapat parking dekat ngan pintu masuk gini.
Ohh yaa…tak boleh bawa makanan dan minuman luar masuk ke sini yer. Takat air kosong atau makanan baby tu boleh lah. Tapi kalau lapar dan dahaga boleh beli je kat dalam tu, ada kafe. Cuma bawa duit lebih lah ye, kot lapar ke haus ke leh lepak makan dulu kat kafe.
Lagi satu, tak perlu risau panas terik dan tak bawa topi pun takpa. Kat dalam tu redup ja sebab banyak pokok pokok. Malah, terasa syok dan tenang ja macam kat kampung. Ehhh memang best lah kat situ!
So, apa lagi…jangan lupa plan untuk bawa famili korang untuk merasai sendiri pengalaman menarik di Farm In The City ni okey? InsyaAllah mesti pakat enjoy lah hehe 😉
Maklumat Lanjut:
Farm In The City
Alamat: Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Website: www.farminthecity.my
Facebook: FarmInTheCityMalaysia
Instagram: FarmInTheCityMalaysia
No. Tel: 03-89412099
3,761 total views, 4 views today
Memang syiokkk kat sini. Nanti nak pi lagi.
Jom Nina..kita plan repeat
seronokkan dpt bermain dgn haiwan2…hihihi
Seronok sangat!
Bestnya! Kalau kat zoo tak dpt pegang haiwan hehe
Yup, sangat best!
Tiap kali ajak anak-anak datang sini memang tak pernah dyorang menolak . Best sangat sebab dapat tengok dan pegang haiwan yang jinak . Paling best Pony Ride !
Kan…ajak je mesti nak!
Pergi banyak kali pun tak bosan kan, anak² seronok sangat!
Seronok tengok anak anak seronok kan
Best btul pegi sini. Budak2 cakap nak pegi lagi
Sama laa si kembar ni, nak pergi lagi walaupun dah banyak kali pi hehe