Salam dears… Bila pagi petang siang malam asyik kerja, kerja, kerja jer….penat lah! Tak tahu lah korang macam mana, tapi Mama ni walaupun kerja duduk mengadap PC ja kat ofis, tapi rasa penat tau…penat minda. Bila minda penat ni, boleh membawa kepada badan pun rasa tak sihat dan mood pun kelaut. Tak bagus camtu kan?
Sebab tu lah paling tidak pun setahun sekali Mama mesti nak rancang untuk pergi bercuti gak. Tak kisah lah bercuti ke luar negara atau dalam Malaysia je, asalkan dapat jalan jalan rehatkan minda, dapat luangkan masa happy happy dengan keluarga, itu dah cukup dah untuk Mama.

Teringin nak bawa si kembar plak merasa main salji, tentu diorang teruja yang amat.
Hmm tapi bila nak rancang trip bercuti ke mana mana tu, kenalah tengok poket sendiri dan buat bajet juga kan. Seboleh bolehnya nak percutian jimat jer. Maklumlah, bukan orang kaya duit berkepuk kepuk. Aii ni setakat ‘kaya anak’ jer hehehe
Anyways, itu pasal lah setiap kali ada Matta Fair, Mama jadi teruja! Syok ooo bila dapat ‘cuci mata’ tengok apa promosi yang ada, yang boleh match dengan bajet aii yang tak berapa banyak ni hehe.
Actually, tengok sambil berangan je dulu pun Mama dah happy dah. Sebab sekurang kurangnya tau lah nak siapkan bajet berapa untuk pergi holiday ke tempat tempat yang dalam ‘wish list’ Mama tu.
Tapi…tapi…masa Matta Fair 2018 yang akan datang ni, Mama tak dak kat Kuala Lumpur ni haaa. Sebab hujung minggu ni kan cuti panjang, jadi Mama dah plan nak balik kampung. So melepas lah harapan nak pergi Matta Fair kat PWTC nanti ni huwaaa!
Traveloka Sale-abration 2018 Kembali Lagi!
Tapi takpa, sebab…ada juga promosi online di Traveloka iaitu Traveloka Sale-abration yang akan berlangsung serentak dengan Matta Fair dari 4 hingga 10 September 2018, yahooo!

Traveloka Sale-abration!
Fuhh bila buka lawan web Traveloka tu, memang boleh rambang mata lah aii tell you. Sebab macam macam tawaran dan promosi yang menarik ada. Boleh laa berjimat bila nak tempah tiket flight ka nak tempah hotel ka melalui Traveloka ni. Diantara promosi yang ada termasuklah:
– Tawaran kupon diskaun tambahan untuk pembelian segera. Diskaun kupon 8% atau sehingga RM40 untuk tiket penerbangan. Tertakluk kepada terma dan syarat.
– Tawaran kupon diskaun di atas promosi penerbangan dari syarikat penerbangan yang terlibat.
– No Booking Fee! Tempah sekarang untuk perjalanan penerbangan bila-bila masa dan mana-mana destinasi!
– Tempoh tempahan ialah dari 4 September hingga 10 September 2018. Tapi tempoh perjalanannya anytime! Haaa best kan?

Jangan lupa guna kod kupon ni untuk dapatkan harga promosi tu tau.
Nak Holiday ke Mana?
Hmm…awal tahun ni Mama dah bawa keluarga bercuti ke Pulau Langkawi. Sepanjang 3 hari 2 malam kat sana memang best! Malah rasa tak puas sebab banyak lagi tempat menarik di Langkawi yang kitorang belum pergi.
Dan…yang dah pergi pun rasa nak repeat je lagi ni. Paling tak puas masa ke Langkawi hari tu ialah Mangrove Tour. Sebabnya kitorang ikut tour tu pada hari terakhir kat sana, dok kejar masa so ambil tour yang 2 jam saja. Rasa macam tak puas sebab terpaksa rushing sikit masa tu.

Leka dok tengok helang masa sesi ‘eagle feeding’
Si kembar enjoy sangat sangat Mangrove Tour tu. Ehh bukan kembar je enjoy, parents Mama yang ikut sekali pun happy ja. Mak Mama dah siap cakap lain kali pergi, nak ambil tour yang 4 jam plak. Haaa…nampak gaya memang nak kena repeat bercuti ke Langkawi lah ni hehehe

Buah hati pengarang jantung Mama 🙂
Hmm…sebenarnya selain daripada bercuti dengan keluarga, Mama teringin gak nak pergi bercuti dengan kawan kawan jer. Dengan geng pompuan yang ‘sekepala’ gitu. Macam tahun lepas kan Mama ke Korea. Wahhh feeling bercuti dengan kawan ni memang lain daripada feeling bercuti anak beranak.

Pengalaman yang tak dapat dilupakan, becuti berdua je dengan Kak Long Saidila. Terima kasih En Ayah sebab izinkan bini mu berholiday dengan kawan jer hehehe
Bila bercuti dengan anak anak ni memang best, tapi tak ‘bercuti’ sepenuhnya. Masih kena ambil peduli makan minum dan uruskan anak anak. Mungkin sebab macam Mama ni si kembar kan masih kecil, masih budak budak lagi.
Jadi bila jalan kemana mana pun, kena uruskan diorang. Kena sentiasa alert dan jaga anak anak. Jadi walaupun bercuti, tapi tak betul betul ‘bercuti’. Ehh korang faham taka pa yang Mama maksudkan kan ni? Hahaha
Haaa korang jangan salah faham plak ingat tak syok plak bercuti dengan anak anak, sebab bagi Mama dapat bawa anak anak pergi holiday ni sesuatu yang sangat best! Rasa puas hati dapat menggembirakan anak anak. Cuma sekali sekala, Mama perlukan sedikit ‘me time’. Haa gitu…ada faham? 😉
Ehh korang pun kalau tengah rancang nak pergi holiday semasa cuti sekolah hujung tahun nanti, baik lah cuba tengok tengok dan survey harga kat Matta Fair dan Traveloka. Tak dapat nak pergi Matta Fair? Jangan risau, Traveloka Sale-abration kan ada..kan, kan? Nak belek belek kat laman web Traveloka pun boleh, nak download aplikasiTraveloka pun boleh. Dua dua syiok! Hehe
Happy shopping dan selamat bercuti uollss! 😉
4,138 total views, 4 views today
bestnya dapat merasa bercuti time musim salji. betul tu kalau nak bercuti mesti pilih yang berbaloi dan harganya jimat utk hotel dan flight
ajumohit recently posted…Riadah dan jogging hujung minggu
Kan..baru puas hati