Salam dears… Sorang nak Western, sorang nak Nasi Lemak, sorang lagi tekak terasa nak makan sesuatu yang lain dari kebiasaan. Adeh boleh naik pening fikir nak makan kat mana kan bila gini. Tanya kawan kawan, mana restoran yang best nak bawa keluarga? Ada yang cadangkan Don’s Warong di Plaza Damas, makanan kat situ sedap sedap kata diorang.
Hmm terus Mama buka tengok Facebook Don’s Warong, ehh macam menarik. Selain daripada menu citarasa Johor, ada gak menu makanan Western. Okeh cun, hujung minggu je terus ajak Ayah jom terjah! Well, masa hujung minggu gitu laa nak round jauh sikit cari port makan yang best best kan?

Don’s Warong ni terletak di Plaza Damas, Sri Hartamas, Waze je mesti jumpa punya lah.

Kitorang hari tu nasib baik, pergi park kat basement parking Block B. Naik tangga je terus sampai sebelah restoran Don’s Warong ni.

Ruang makan terbuka dan selesa.

Kitorang pilih duduk kat meja luar ni je. Masa tu kena plak angin bertiup sepoi sepoi bahasa, syok ja lepak situ.
Menu Apa Yang Sedap di Don’s Warong?
Nak makan apa di Don’s Warong? Apa yang best? Bila tengok menu, semua rasa nak ngapp hahaha. Tapi tak dapat laa nak makan semua sekaligus kan, so pilih laa sorang satu dan kita kongsi sesama sendiri. Sharing is caring gitu hehe

Diantara menu yang ada di Don’s Warong, Plaza Damas
Paling penting, Mama tentulah nak rasa Laksa Johor dan Mee Rebus Johor sebab daripada apa yang Mama Google, itu memang hot seller kat Don’s Warong ni. Dan…memang tak menyesal lah pilih, makan sehingga nak jilat pinggan je rasa hehehe.

Macam macam pilihan ada.

Mee Rebur Johor ni kuahnya memang pekat. Hirisan dagingnya lembut, taugeh segar dan taburan tepung goreng yang rapuh tu bila kunyah krup krap krup krap…uishh sedap oiii!

Nampak tu kuah pekat tu? Fuhhh!

Laksa Johor ni korang mesti rasa tau. Resepi turun temurun keluarga pemilik Don’s Warong ni memang terbaik lah!

Laksa Johor kuahnya pekat likat sedap sangat.

Adoi teringat ingat plak dok hirup slurp slurppp…
Selain daripada Mee Rebus dan Laksa Johor, kitorang makan Nasi Lemak, Chicken Chop dan The Don Burger. Meh nak tayang gambar bagi korang terliur…

Nasi Lemak Kukus Johor Dengan Ayam Goreng Berempah
Nasi Lemak Kukus Johor ni memang secukup rasalah, nasinya sedap berlemak tapi tak terlalu lemak. Ehh tak tahu nak cakap camna tapi ‘just nice’. Si Fahmi pulun ayam goreng berempah tu sampai tinggal tulang ja tau. Sambal tu plak…si kembar ni tak makan pedas, so Mama lah yang bedal sampai licin, pedas tapi sedap!

The Don Burger ni dagingnya tebal dan juicy. Dihidangkan dengan kentang goreng gemoks gemoks, puas makan lah.

Haa tu dia besarnya burger, nganga luas luas hehehe

Don Chop – ayamnya garing diluar, lembut dan juicy di dalam. Kuah ‘homemade brown sauce’ tu Fahmi kata sedap sangat, dia siap hirup minum dari bekas tu hehehe

Membukit Ais Kacang ni, yummy!

Kopi Muar Blended ngan Soursop Blended, korang kena cuba ni tau. Memang layan laa..

Ngappp!

Biskut raya pun ada.

Buku resepi yang ditulis oleh pemilik Don’s Warong ni ada dijual disini. Pemiliknya orang Melayu anak kelahiran Johor. Patutlah menu Johornya rasa ‘authentic’ betul.
Haaa nampak sedap kan? Bukan takat nampak jer, tapi memang sedap pun! Si kembar ni punya syok makan, sampai tanya kenapa kita tak pernah datang sini sejak dulu Mama? Tu lah, Mama pun terfikir gak, rugi oii aku tak datang awal awal ke Don’s Warong ni hehehe.
Korang kalau nak jalan jalan cari makan, Mama cadangkan pergi lah cuba pelbagai hidangan yang ada kat Don’s Warong di Plaza Damas ni. Lepas kerja ka masa hujung minggu ka boleh lepak sana. Nak bawa client pergi meeting sambil makan makan pun sesuai gak kat situ. Suasana santai tapi selesa. Makanan pun sedap. Memang syiok!

Kitorang dah makan kat Don’s Warong, korang tu bila nak datang? 😉
Apa apa hal, baik korang call booking tempat dulu sebelum pergi. Kot meja penuh kang nangis tepi tiang je la korang hehehe. Adehh dok teringat ingat plak dah…Laksa Johor ngan Mee Rebus Johor Don’s Warong ni sedap oiii!
Don’s Warong
Alamat: B-0-4 Plaza Damas, 60 Jalan Sri Hartamas, Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu Operasi: 7.30 pagi hingga 12.00 tengah malam
Facebook: Don’s Warong
Instagram: Don’s Warong
Telefon: 03-62061242
4,735 total views, 4 views today



Alamak…. Kopi muar blended tuu bikin Nina meronta-ronta nih..!!
Oh my oh my…
Sedap tau
sedapnya..
Mmg semua sedap
wow…klasik nama Dons Warong ni…makann pulak semua menggoda selera……wajib cuba nih…tq mama sebab suggest tempat best camni
Sila terjah naa
Saya orang Johor pun tak pernah pergi ke don warung. Insha Allah ada peluang nanti saya nak ke sana.
Sila sila 🙂
Wow nampak sedap..mcm nak try..harga mcmane? Keras tak? 😀
Harga standard je untuk restoran gini