Salam dears… Dah laamaaa berangan, akhirnya tercapai juga hajat dihati ni nak bagi penapis air Cuckoo kat parents Mama.. Dia punya rasa puas hati tu, ish tak dapat nak diungkapkan dengan kata kata lah. Yang pasti, tersengih sampai telinga bila mak bagitau dah siap pasang dan ucap terima kasih 🙂

Harap harap dengan adanya penapis air Cuckoo ni akan menyenangkan parents Mama untuk minum air bersih setiap hari, InsyaAllah 🙂
Rasa happy sangat sangat dapat hadiahkan penapis air Cuckoo ni untuk parents Mama. Tak dapat hadiahkan benda mahal, dapat bagi ni pun jadilah kan 😊
Kenapa Mama Pilih Penapis Air Cuckoo?
Kalau ditanya Mama, kenapa pilih jenama Cuckoo ni berbanding jenama lain yang ada dipasaran? Secara jujurnya sebab Mama terpengaruh dengan kawan kawan. Memang laa dah lama berangan nak ada penapis air macam ni, cuma berbelah bahagi nak pilih jenama apa.
Tapi bila tengok ramai kawan kawan yang guna penapis air Cuckoo dan diorang kata bagus, maka Mama pun jadi lebih berminat dengan jenama ni lah. Salah sorangnya si Ummi Nani tu haa, dia dah bertahun guna Cuckoo. Terpengaruh aii tau hehehe

Tertarik dengan kedua dua model ni..harga pun ok kan
Memang nasib baik, disaat Mama serius mencari…ada plak harga promosi Cuckoo ‘Goood Plan’ yang sesuai dengan bajet Mama. Harga promosi serendah RM56.60 saja sebulan untuk yang model King Top tu. Tapi lepas fikir punya fikir, Mama pilih Iris Top untuk parents Mama sebab tangkinya yang lebih besar.
Lagipun, beza harga pun tak banyak mana. Yang Iris Top tu cuma RM70.75 sebulan untuk tempoh 7 tahun, InsyaAllah mampu bayar setiap bulan.
Selain daripada tu, tentulah sebab penapis air Cuckoo ni sendiri banyak ‘features’ yang Mama rasa menarik dan sesuai untuk kegunaan di rumah parents Mama. Design yang cantik, saiz tangki yang sesuai dengan keperluan, ada 13 level suhu yang boleh dipilih, servis 4 bulan sekali dan banyak lagi lah.
Hmm ni dah dok bayangkan dah, bila adik beradik balik kampung beramai ramai nanti dah tak perlu nak kelam kabut masak air sampai ntah brapa kali sehari, pastu nak kena sejukkan air dalam peti sejuk lagi lah apa lah. Nanti pakat tadah je dari mesin Cuckoo ni, senang!
Ni dok aim nak pasang lagi satu kat rumah Mama plak. Tolong doakan ada rezeki untuk Mama yer…
Ejen Cuckoo di Kuala Lumpur
Sebelum ni, Mama macam segan malu malu kucing je nak hubungi mana mana ejen Cuckoo untuk tanya pasal penapis air ni. Dok Google baca review semua, tapi…asyik bertangguh ja. Malu nak bertanya itu ini, kot kot terkena seller yang sombong ka apa kaa huhu
Tu yang bila geng blogger Mama si Shehan ni bagitau dia dah jadi ejen Cuckoo di Kuala Lumpur, apa lagi berdesup aii terus contact dia tanya pasal pakej promosi Cuckoo yang tengah ada masa tu.
Bukan pasal harga je, macam macam benda lah Mama tanya – berapa jauh dari sinki boleh pasang, kapasiti airnya banyak mana, banyak guna letrik ka tak etc etc.
Si Shehan ni sabar je melayan soalan cerdik dan ‘kurang cerdik’ dari Mama ni hehehe. Siap bagi video bagai nak tunjuk bagi Mama faham dan boleh bayangkan macam mana rupa dan fungsi mesin penapis air Cuckoo ni.

Diantara soalan ‘cerdik’ yang aii tanya hahahaha

Terima kasih Shehan sebab explain sampai Mama faham 🙂
Paling best, dia takdak paksa paksa suruh beli itu ka ini ka. Dia jawab soalan dan cadangkan pakej mana yang paling sesuai dengan bajet dan keperluan Mama. Itu ja, rasa lebih senang dan tenang berurusan bila tak kena paksa kan?
Ehh korang kalau nak tahu lebih banyak pasal penapis air Cuckoo ni jangan tanya Mama. Aii is tahu beli dan guna ja hahaha. Nak tau lebih lebih, sila tanya si Shehan tu sendiri. Tanya lah apa korang nak tanya, dia tu nampak ja macam sombong tapi sebenarnya tak pun hahahaha. Nahh ni contact details dia yer…
Facebook: YBShehan.Cuckoo
Instagram: YBShehan.Cuckoo
Whatsapp:Â www.wasap.my/60123498262
6,067 total views, 6 views today
Nasib baik kat rumah Nina dah ada penapis air. Murah laaa pakej monthly dia!
Alhamdulillah… parents Mama dapat air yang lebih berkualiti setiap hari .
Alhamdulillah 😊
deng.. kena gak sombong tu.. hahahahahaha.. tq akak beli. 1st customer tu.. heeee
Kena laa habaq, trademark u hahahaa.
Waahhh! best la bila dah ada cuckoo kat rumah..
Kan…Alhamdulillah
Alhamdulillah. Bestnya. Saya pun tgh plan nak pasangkan cuckoo kat rumah mak. Harap dapat laksanakan dalam masa terdekat
Moga tercapai hasrat tu, Aaminn