Salam dears… Tekak terasa nak makan sesuatu yang berbeza. Nak makanan Western, tapi nak yang lain daripada lain. Tengok kat Whip and Whisk Cafe’ di Alam Damai, ada Oriental Chicken Chop. Uishh menarik ni, macam mana lah rasanya..sedap ke eh?

Jom masuk 😊
Mencari Yang Istimewa di Whip and Whisk Cafe’
Hari Sabtu lepas, Mama dah terjah Whip and Whisk Cafe’ ni. Mula mula melangkah masuk, wah nice! Mama suka dekorasinya yang minimalis tapi menarik, suasana santai dan selesa sejuk ja sebab ada aircond. “Sesuai jadi tempat lepak ni” fikir Mama.

Ruang yang selesa.

Ni kalau bawa si kembar pun mesti diorang suka, sebab ada ruang membaca untuk kanak-kanak. Bagus kan gini, boleh laa mak pak makan dengan selesa.

Bagi Mama, istimewanya Whip and Whisk Cafe’ ni sebab ia mengutamakan konsep ‘home cooking’, makanan segar,  tidak menggunakan bahan pengawet dan Halal. Pemilik Cafe ni pun pasangan yang beragama Islam, iaitu Kak Pah dan Abang Jaafar.
Bak kata Kak Pah, dia sentiasa memastikan kualiti dan kebersihan makanan yang dihidangkan kat sini. “Tak kan kita nak bagi pelanggan makan benda yang kita tak akan bagi keluarga kita makan” katanya.
Haaa dengar tu ja Mama rasa bertambah yakin dan selesa nak menjamah segala hidangan ni Whip and Whisk Cafe’ ni.

Apa Yang Best di Whip and Whisk Cafe’?
Bila tengok menu, banyak juga pilihan – ada hidangan Western, local delights macam Nasi Lemak, Nasi Kerabu, aneka mee, pasta, pizza, roti dan kek.
Ishh tak tahu nak pilih apa, sudahnya kitorang order ja apa yang popular kat situ, yang signature dish lah omputih kata. Nak tahu apa? Haa meh nak tayang gambar naaa…saja nak bagi korang terliur gak hehehe

Macam macam ada. Bagi Mama, harga berpatutan dengan rasa dan portion besar.

Lamb Chop ni terbaik lah!
Masa Lamb Chop ni sampai, terbeliak gak lah biji mata Mama ni. Wahhh besarnya portion! Kalau makan sorang memang buncit lah hehehe.
Pastu mula laa dok belek, ni apa yang bergulung gulung ni? Bila ngap…ooo kentang goreng rupanya, curly fries tapi versi kurus hehe. Serius sedap wehh rangup krup krap krup krap!

Lamb Chop tu memang sedap! Dagingnya lembut dan juicy ja, ala ala ‘melt in the mouth’ gitu. Terasalah perapannya. Makan plak ngan sos dan roti homemade, memang yummy sangat!

Oriental Chicken Chop yang istimewa, rasanya lain daripada yang lain.
Mula mula Oriental Chicken Chop ni sampai, kitorang semua macam ehh…apa ni? Ada nenas, buah laici dan bijan, biar betul? Macam ragu ragu gak nak try, sedap ka?

Tapi bila suapan pertama masuk ke mulut, woww sedap! Unik! Tak tahu macam mana nak terangkan, tapi ada masam masam manis, ada rasa macam black pepper, rasa macam kuah rojak pun ye juga.
Ehhh susah laaa nak describe, Chef Farid kata ianya rasa yang istimewa sebab gabungan 7 jenis sos. Apa pun yang pasti…gabungan rasanya memang menjadi, kena dengan selera tekak Mama.

Roti John Istimewa
Roti John pun salah satu hidangan favourite kat sini. Bagi Mama yang istimewa ialah rasa daging dalam Roti John tu, pastu makan ngan curly fries homemade. Memang syiok lah.
Roti dan Kek Yang Dibuat Sendiri
Ni lagi satu benda yang Mama rasa jadi ‘plus point’ kat Whip and Whisk Cafe ni, sebab semua roti dan kek yang ada kat sini dibuat sendiri oleh Kak Pah tau.
Ianya dibuat segar setiap hari dan dijual untuk tempoh satu hari setengah saja. Yang mana tak habis dijual akan dikeluarkan dari rak. Jadi tak perlu risau roti tamat tempoh ka apa kaa.



Mama tapaukan Cinnamon Rolls ni untuk si kembar, Fahmi kata “memang sedap sangat ni!”. Happy dia hehe



Walaupun dah kenyang, teringin punya pasal Mama makan gak Cream Puff comel ni. Masuk je mulut rasa krimnya melting wehh..rasa macam aiskrim, memang sedap! Tak terlalu manis, just nice ja.

Rasa coklat manis manis pahit, kena sangat dengan tekak Mama ni.

Ada Tart Kelapa, tak sempat nak rasa hari tu tapi Kak Pah kata itu best seller gak. Lain kali pergi mesti cuba ni.
Hmm lepas ni kena pergi lagi lah, nak cuba menu lain plak kat situ. Kek pun blum rasa lagi ni. Dengar kata Burnt Cheese Cake kat situ sedap.


Promosi di Whip and Whisk Cafe’
Haaa ni ada promosi di Whip and Whisk Cafe’ sempena ulang tahun pertama diorang. Korang follow je Instagram atau Facebook Whip and Whisk dan tunjukkan gambar promosi ni dari IG atau FB diorang dan boleh dapat diskaun 10%! Promosi ni berlangsung dari 10-15 Julai 2018 saja. So apa lagi, pi lah serbuuu! Hehehe
Okeh…konpem kena repeat ngan Ayah & si kembar plak ni. Korang nak join tak? Jom ler lepak mengopi kat Whip and Whisk Cafe’ tu jom 😉
Maklumat Lanjut:
Facebook:Â Whip and Whisk Bake Shop & Cafe
Instagram: Whip and Whisk KL
Alamat:Â 52-G, Jalan Damai Raya 2, Alam Damai, Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon:Â 03-9107 3987
15,328 total views, 2 views today




jom lepak..
Jom plan
Mama Kembar Tiga, thanks! And thanks for sharing your great posts every week!
Alamak… Nina pun tergoda! Menu dia semua lain dari lain . Teruja nak cuba.
Nanti nak pi lagi ajak Nina tau!
Tu lah menu situ special. Bawak anak anak pi Nina, mesti depa suka
Semua menu best, ruang pun selesa untuk lepak sambil makan².
Yup, bawak anak anak pun best ni, selesa
Cafe ni sesuai jadi port lepak instagramers..
Yup betoi betoi
lama tak makan western..siap ada roti dan dessert..cheese tart tu nampak menarik..alahai nak cubala
Pi laa try, Fariza mesti suka kek & tarts tu
suka konsep cafe gini , simple n cosy….dessert dia tu haihhhh semua bikin air liur meleleh
Pi laa try, sedap sedap makanan kat situ tau
Tergodanya tengok.. menu2 semua nampak manarik n sedap..
Mmg sedap
Dah try..no bad cuma …. p secret recipe lagi baloii ,pakej dgn air..kalau disni food lain harga dgn air. Jadi mahal.
Mungkin pasni boleh suggest diorang buat set meal gak, makanan sedap