Salam dears… Biasanya Mama beli barang dapur atau barangan runcit sebulan sekali. Dapat gaji je, buat senarai apa nak beli untuk kegunaan sebulan. Tapi kalau barang basah macam ayam ikan tu Mama beli ikut bila perlu lah sebab peti ais kecil tak muat plak stok sebulan.
Mama suka buat gini supaya senang nak bajet perbelanjaan. Lagipun kalau lah tiba tiba tengah bulan poket dah ‘kering’, sekurang kurangnya anak anak aii tak kan kebulur sebab barang makan dah ada hehehe. Disebabkan tu, sebelum pergi membeli belah Mama biasanya akan survey dulu harga barang yang Mama nak beli.
Hargapedia: Cara Mudah Untuk Bandingkan Harga Barangan Runcit
Dulu Mama biasanya buka laman web pasaraya besar macam Aeon Big ka Tesco ka Econsave untuk tengok apa promosi yang ada dan bandingkan kalau aku shopping kat mana paling murah? Biasa lah kalau nak berjimat, kena lah rajin sikit kan? Cuma tu lah, kadang kadang rasa leceh gak bila nak kena buka satu persatu website gitu.
Tapi sekarang ni Mama dah jumpa satu cara yang lebih mudah untuk survey dan buat perbandingan harga iaitu dengan menggunakan Hargapedia. Mama dapat tahu tentang aplikasi Hargapedia ni pun lepas baca kat blog Juju. Bila dibelek belek, rasa macam ehhh bagus ni…boleh memudahkan kerja aku. Terus download dan cuba guna.

Tak payah nak survey merata dah, check kat aplikasi Hargapedia ni jer senang.
Kenapa Nak Guna Hargapedia?
Bagi Mama, ada beberapa sebab yang membuatkan Mama suka guna aplikasi Hargapedia ni iaitu:
– Boleh semak harga pelbagai barangan runcit dan promosi terkini semua dalam satu tempat saja. Ada lebih daripada 4,000 barangan dan 40 pasaraya/kedai yang disenaraikan dalam Hargapedia ni tau. Banyak tu!
– Dapat jimat masa dan wang. Jimat masa sebab tak perlu nak keluar pergi survey dua tiga kedai sebelum beli. Jimat duit opkos laa sebab dah tahu kat mana murah, boleh laa pergi beli yang kat situ je kan?

Macam macam ada!
– Memudahkan untuk semak harga pada bila bila masa dan dimana saja anda berada, selagi ada internet lah hehe. Macam hari tu, masa dalam tren nak balik kerja Mama terfikir “aku nak beli drummet Ayamas lah buat goreng makan malam ni”. So Mama buka Hargapedia, semak tengok harga kat mana paling murah dan terus pergi beli.

Boleh bandingkan harga dan cari yang paling murah.
– Boleh buat senarai shopping dengan menggunakan feature ‘Senaraiku’. Jadi apa barang yang selalu beli, masukkan je dalam Senaraiku tu. Lain kali nak shopping, rujuk senarai tu jer.

Save dalam Senaraiku ni, lain kali senang nak semak.
– Katalog terkini daripada pelbagai pasaraya. Kalau dulu gigih laa kutip katalog bawa balik rumah untuk belek, sekarang belek kat Hargapedia je. Tak yah semak rumah dengan kertas katalog dah.

Tengok katalog macam macam pasaraya kat sini je.
– Ada notifikasi tentang harga terkini. Jadi kita boleh peka tentang harga semasa di pasaran.

Notifikasi pasal promosi terkini.
Sekarang ni bila Mama nak buat senarai shopping barang barang keperluan, dah tak payah buka tiga, empat website pastu kejap pergi skrin ni, kejap buka skrin lain plak. Buka je Hargapedia dan taip apa barang nak cari kat ruangan ‘search’ dan akan dipaparkan perbandingan harga diantara pelbagai pasaraya yang ada. Memang sangat memudahkan!
Jadi Pembeli Bijak Dengan Hargapedia
Haaa menarik kan aplikasi Hargapedia ni. Mama cadangkan korang pun cuba lah guna, mana tau boleh memudahkan untuk korang bila nak shopping gak. Download je kat Google Playstore, percuma je pun.

Ada senarai klinik gak tau, kalau kemana mana boleh laa check kat Hargapedia je cari klinik terdekat.
Hmm aplikasi percuma yang boleh membantu kita untuk berjimat dan jadi pembeli yang bijak, tentulah best kan, kan? Cuba je lah guna, tak rugi apa apa pun. Ehh tak kan korang tak nak jadi pembeli yang bijak kot? 😉
Maklumat Lanjut:
Facebook: Hargapedia (BM)
Instagram: Hargapedia_MY
Muat Turun: Hargapedia
4,352 total views, 1 views today
Bagusnya, jimat minyak kereta Semua barang ada tu yang syok barang baby pun ada.. mydahnya zaman teknologi.
Yup, jimat minyak tak payah nak round survey merata. Tengok kat Hargapedia dah tau kat mana murah
Wah menarik betul apps tu. Boleh cover semua kawasan ke? Atau kat KL jer
Boleh tengok harga pastu cari lah pasaraya yang terdekat ngan kawasan u
Bagusnya ada hargapedia ni. Boleh lebih berjimat
Yup betul, sangat membantu
Hargapedia ni memang sangat membantu dalam pengurusan belanja bulanan. Jimat banyakkkk bila beli keperluan kat tempat yang harganya lebih murah. Boleh merancang budget sebelum membeli. Terbaik laaaaa
Betoi, senang nak rancang bajet
Wahhh.. Bagus ni… Sebelum pergi shopping bokeh bandingkan harga di sini dulu..hihihi
Yup, tgk dulu kat mana murah
waaa.. bagus apps ni… nnt boleh try install. tak pernah tau pun sebelum ni. tq nani share
Sama sama 😊
Bagus betul ada apps camni, sangat membantu. Bolehlah kita shopping dengan harga yang lebih murah kan?
Betul betul betul hehe
Zaman sekarang ni nak membeli mesti nak berjimat. Untuk masa hadapan.
Yup, setiap ringgit tu berharga
Ini baru pengguna bijak kan kak nani? Survey dulu harga, lepas tu kita cari mana yang termurah. Hihihiii..
Betul..jadilah pengguna yg bijak
haaa kutip katalog tu btoi. hahhahahahahha
Anda pun buat ler tu hehehe
dah download apps dia..memang bagusla..boleh tau barang dekat mana murah..jimat masa
Betul sangat
Terus download app ni , first tengok nama ingatkan dari Indon hihi
Baguih baguih, pasni senang nak banding harga
jadi nak beli dmana.. kataloq kata rm9.90 chicken wing. mama dok ambik tu tm12.90
Mama pi beli kat pasaraya yang ada promosi tapi paling dekat dengan rumah.
Bagus juga ada aplikasi macam ni. Senang sangat nak buat perbandingan harga. Dulu kena ingat pelbagai barang dapur di lain kedai, macam buat database dekat kepala sendiri 😀
Haha betul, ni guna Hargapedia ja laaagi mudah
menarik apps ni…nak installl now jugakkkkkk…tq mama info
Sama sama 😊
Bestnya app ni! Kenapa la baru tahu sekarang 😀
TQ mama share 🙂
Sama sama 🙂