Salam dears… Jam 12.25 tengah hari tadi, telefon berdering. Bila nampak je nama guru kelas si kembar terpampang di skrin telefon, terus berdebar debar hati Mama.
“Assalamualaikum. Ni ibu Fahmi ke?”
“Wsalam. Ye saya.”
“Ni..anak puan ni cedera, kepalanya berdarah. Puan boleh datang sekarang tak?”
“Huh?? Kena apa? Jatuh ke?”
“Saya pun tak pasti, tapi darah banyak. Ni diorang tengah cuci darah kat tangan dia”
“Ok..ok saya datang sekarang, tapi dalam sejam juga laa baru nak sampai. Ofis saya jauh…”
“Kalau macam tu, Puan izinkan tak kami bawa dia dulu ke klinik atau hospital?”
“Boleh cikgu, tolong bawa dia ke klinik bla bla bla. Dia biasa pergi klinik tu”.
Letak ja telefon, terus bagitau bos “I kena balik sekarang! Cikgu kata anak I cedera kepala berdarah”. Tak sempat bos nak tanya banyak, Mama dah angkut handbag dan berdesup keluar ofis. Langsung tak fikir bab kerja dah, yang ada dalam kepala masa tu cuma nak cepat sampai nak tengok anak!
Berlari lari juga lah ke stesen MRT, pastu naik ja tren tu terasa apsal laaa lambat sangat tren ni bergerak?? Padahal tren MRT tu, tren laju! Tapi rasa slow macam siput huhu. Sebab hati gundah gulana dok risau camna lah anak aku.
Siap terfikir kalau lah aku ni ada superpower macam The Flash kan bagus, boleh sepantas kilat sampai kat anak. Walaupun tahu tak logik, tapi tu lah pengaruh suka sangat tengok cerita superheroes DC laa Marvel bagai hahahaa
On the way, cikgu call bagitau dah selesai urusan kat klinik. Jadi dia hantar Fahmi balik ke taska. Mama pun terus ke taska, sampai ja tengok Fahmi dok baring rehat rehat.
Terus serbu peluk dia. Tanya dia ada pening tak? Ada rasa nak muntah tak? Alhamdulillah dia kata dia ok, cuma rasa sakit sikit ja kat kepala tu.
Alhamdulillah, syukur tak terkata masa tu. Syukur takat luka gitu ja. Syukur sangat sangat tak jadi lebih teruk daripada tu. Alhamdulillah…

Kena lah 3 jahitan…
Tak Sengaja Tertolak
Macam mana boleh jadi? Hmm kawan tak sengaja tertolak sampai jatuh. Alkisahnya diorang dok main lawan lawan, biasalah anak jantan kan…bila bermain memang kasar dan lasak huhu.
Dalam dok bergurau senda tu, kawannya tertolak kuat sampai Fahmi jatuh terlanggar bucu pintu kelas. Adehh…seriau rasa bila bayang ni huhu
Ni si Faris cerita, kawan yang tertolak Fahmi tu dah takut dah, takut esok Mama pergi sekolah dan marah dia. Siap dah pesan kat Faris “cakap kat mak kau aku minta maaf, aku tak sengaja…”.
Dengar tu ja Mama tak jadi nak marah. Kalau sengaja tolak, atau sebab bergaduh kaa…haa siap laa esok gak aii serbu sekolah cari sapa buat anak aku? Masa tu baru korang tau macam mana rupa raksaksa gorgon hahaha
Tapi dalam kes ni…hmm budak budak kan, main main tak sengaja nak buat camna kan? At least budak tu sedar dia salah, dan siap pesan minta maaf. Harapnya lepas ni masing masing beringat lah, jangan kasar sangat bila bermain tu.
Ni doktor bagi Fahmi MC untuk esok, hari Isnin nanti kena pergi klinik untuk buka jahitan plak. Doktor dah pesan, kalau dia muntah muntah or pening kena cepat cepat pergi ke hospital. Dan kena pastikan tempat luka tu tak kena air, takut basah kang risau jadi infection.
Setahu Mama, 24 jam pertama selepas kepala terhantuk tu yang kritikal. Jadi ni nak lepaskan 24 jam tu baru lah hati ni boleh lega sikit rasanya.
So ni kena pantau setiap masa ni. Harap harap dia ok lah tu. Korang tolong doakan moga si Fahmi ni ok dan cepat sembuh yer. Terima kasih uolss π
9,220 total views, 4 views today



Inshaa Allah.. Moga cpt sembuh
Aaminn
Alaaa siannya, moga Fahmi cepat sembuh.
Terima kasih Mas π
laki kan..lasak main..huhu..
Tu lah, hadap je lah huhu
harap dah semakin baik…..pantas mama updet…..
Alhamdulillah dah ok, dah bukak jahitan tu